Siasatan terhadap kewujudan 'banner' yang telah menyebabkan Baginda Tuanku Sultan Johor murka, kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Beberapa AJK Keadilan Cabang Gelang Patah turut dipanggil bagi membantu siasatan polis. Pada hari jumaat (13 Ogos 2010), Setiausaha Keadilan Cabang Gelang Patah diminta hadir ke IPD Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan polis berhubung banner tersebut. Hari ini (Ahad) 4 lagi AJK akan dipanggil ke IPD Johor Bahru Utara untuk dirakam kenyataan mereka bagi membantu siasatan.
Setiausaha Keadilan Gelang Patah dalam kenyataannya mendakwa bahawa kerja hina ini dilakukan oleh musuh2 politik PKR atau Pakatan Rakyat yang agak tergugat dengan perlantikkan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MPN Johor. Banner tersebut dibuat dengan tujuan menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada PKR. Banner tersebut juga dibuat atas tujuan cuba untuk membangkitkan kemarahan Baginda Tuanku Sultan Johor apatah lagi "kontroversi" penarikan darjah kebesaran Datuk Chua Jui Meng baru-baru ini masih lagi "hangat" diperkatakan. Kesempatan tersebut dipergunakan oleh musuh politik PKR dengan mengeksplotasikan gambar Baginda Tuanku Sultan Johor di dalam banner tersebut seolah-olah Baginda Sultan Johor merestui Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri ini pada PRU-13 akan datang. Perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang cukup keji dan mereka yang terlibat wajar dikenakan hukuman. Diberitakan bahawa banner ini juga ada dipasang di laluan2 Baginda Tuanku dalam program Kembara Mahkota Johor yang tamat pada awal minggu lalu. Ia menguatkan lagi dakwaan kami bahawa ini adalah kerja2 "musuh politik" yang cuba mengeruhkan hubungan antara PKR Johor dan DYMM Sultan Johor.
Justeru PKR Cabang Gelang Patah memberi nasihat kepada mereka2 yang terlibat dalam kerja2 terkutuk ini agar tidak mengulanginya lagi walaupun kami tahu bahawa jika mereka dalam keadaan yang lemah, mereka akan menggunakan 3 talian hayat iaitu dengan membangkitkan isu2 PERKAUMAN, AGAMA ATAU RAJA2 MELAYU untuk menyambung nyawa mereka dan mereka akan menunjukkan kepada umum bahawa merekalah pejuang sebenar namun disebaliknya mereka inilah sebenarnya PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA.
No comments:
Post a Comment