DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

01 August 2010

"KAMI TERIMA ARAHAN".. ALASAN MENGGAGALKAN CERAMAH DS ANWAR IBRAHIM DI BATU PAHAT

(31 Julai 2010) - Kehadiran DS Anwar Ibrahim nyata menggerunkan pimpinan Umno/BN. Masakan tidak, apabila pihak Polis dan FRU dikerah untuk menggagalkan program Ceramah Perdana DS Anwar di Markaz Tarbiyah PAS Sungai Tongkang,Rengit, Batu Pahat malam tadi. Ratusan anggota Polis dan puluhan FRU serta beberapa buah trak meriam air FRU berkampung di markaz tersebut. Kehadiran ratusan anggota polis dan FRU nyata memeranjatkan orang kampung yang hadir dengan harapan dapat bertemu dengan DS Anwar namun tindakan ganas polis dan FRU telah mengecewakan mereka bahkan ada sesetengah penduduk begitu marah dengan tindakan yang tidak beradab tersebut.

Ketika Sdr. Khairul Faizi yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis ingin memulakan majlis, pihak polis telah menyerbu pentas dan memaklumkan bahawa kehadiran orang ramai telah mengganggu lalulintas. Pihak polis meminta agar kerjasama agar orang ramai masuk ke dalam dewan. Sdr. Khairul Faizi dan Ketua Srikandi PKR, S. Aisyah telah meminta semua hadirin untuk masuk ke dalam dewan jika mahu ceramah itu diteruskkan dan hadirin telah memberi kerjasama yang baik. Melihat orang ramai memberi kerjasama dan mula memenuhi dewan tersebut, pihak polis telah bertindak sebaliknya. Mereka bertegas mahu ceramah tersebut diberhentikan.

Pada ketika itu, FRU dan anggota polis bertindak menghalau orang ramai yang berada didalam dewan supaya keluar. Suasana menjadi hinggar binggar. Orang2 tua turut dikasari dan ditolak secara kasar membuatkan orang ramai marah. Puluhan anggota FRU masuk lagi dan mereka menakut-nakutkan orang ramai sehinggakan ada yang terkejut dengan kehadiran mereka bertempiaran lari.

Keadaan tenang seketika selepas itu, namun tindakan 2 anggota Polis ingin merampas banner dan bendera parti telah membangkitkan semula kemarahan orang ramai yang mula menjerit dan pada ketika itulah tangkapan dibuat. 3 orang telah ditangkap.
Penulis bersama Cik Lateffa Koya (Peguam/Ketua Penerangan PKR) serta Tn. Hj. Hassan Karim (Peguam) agak lewat sampai disebabkan ditahan oleh pihak Polis di persimpangan Pt. Botak dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Penulis kemudian meletakkan kereta dibahu jalan dan berjalan kaki kira2 500 meter ke tempat ceramah.

Setiba disana kami terus masuk dan bertemu dengan OCPD Polis Batu Pahat dan berbincang namun beliau bertegas untuk tidak membenarkan ceramah diteruskan. Kami akur dan permintaan kami ingin bertemu dengan mereka2 yang ditahan oleh pihak polis. Tidak lama kemudian, Datuk Chua Jui Meng tiba di markaz tersebut. Kehadiran Datuk Chua Jui Meng telah menaikan semula semangat penyokong2 dan mula melaungkan "Reformasi" dan "Hidup Rakyat". Suasana "panas" semula. Cik Lateffa dan Tn. Hj Hassan Karim mengiringi Datuk Chua Jui Meng untuk bertemu dengan OCPD Batu Pahat.

Kami (Saya, Datuk Chua Jui Meng, Hj. Hassan Karim dan Cik Lateffa Koya) pergi ke Balai Polis Rengit untuk bertemu dengan mereka2 yang ditahan tadi dan mengadakan sedikit perbincangan dengan Polis. Setelah berbincang, akhirnya 3 orang yang ditahan tadi telah dibebaskan kira2 jam 1.30 pagi dan penulis turut menjamin salah seorang dari mereka yang ditahan. Dalam proses menjamin mereka, kami diberitahu oleh pegawai polis bahawa ada lagi tangkapan yang membabitkan 4 orang. Pada ketika ini puluhan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun dihadapan Balai Polis Rengit dan tidak berganjak walaupun jam sudah melewati 2.30 pagi. Penulis bersama Cik Lateffa dan Hj. Hassan Karim cuba berunding dengan Pegawai Polis bertugas dan setelah proses jaminan selesai, 4 orang yang ditahan tadi dibebaskan.

Namun begitu, orang ramai telah melihat betapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PKR, YB Syed Hussin dan Datuk Chua Jui Meng sanggup bersengkang mata sehingga jam 3.30 pagi untuk bersama-sama ratusan rakyat berhimpun didepan Balai Polis Rengit menanti mereka2 yang ditahan dibebaskan. Kesanggupan YB Syed Hussin Ali dan Datuk Chua Jui Meng bersama-sama penyokong Pakatan Rakyat memperlihatkan bahawa inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat. Susah senang bersama rakyat. Mungkin ketika itu ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sudah lena dibuai mimpi namun sikap YB Syed Hussin Ali, Datuk Chua Jui Meng, Cik Lateffa Koya, Sdr. Hassan Karim, Sdr. Khairul Faizi (PAS), Pak Habib, Sdr Zabidie Abbas dan beberapa pimpinan PKR, PAS dan DAP yang lain, sanggup menanti teman2 yang ditahan oleh polis sehingga dibebaskan boleh dijadikan contoh bahawa disaat mereka yang ditahan memerlukan keperihatinan dan sokongan moral dari kalangan pemimpin. Inilah gambaran yang cukup baik umpama "berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan perkara seumpama ini tidakmungkin dapat dilihat dalam perjuangan Umno/BN. Bagi Datuk Chua Jui Meng, mungkin inilah pengalaman pertama beliau berhadapan dengan situasi sebegini dan pengalaman ini amat berguna untuk beliau hayati. Inilah risiko seorang pejuang yang mahu menegakkan keadilan dibumi Malaysia ini.

"KALAU TAKUT DENGAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN"

No comments: