
jangan takut makhluk.........perjuangan harus diteruskan

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam
KLANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu tidak mengambil mudah pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Kata Anwar, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah menemui jentera pilihan raya parti di Permatang Pauh semalam untuk memantau persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu dan juga mengadakan perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar selepas menerima borang penyertaan sebagai ahli baru PKR termasuk daripada bekas timbalan ketua Wanita MCA Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan bagi menyambut ulang tahun kelima Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, di sini hari ini.
Dalam keadaan biasa, Anwar berkata beliau tidak menjangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN) kerana Permatang Pauh ialah kubunya sejak beliau dalam Umno dan Dr Wan Azizah mempunyai rekod yang baik sejak 10 tahun menjadi menjadi anggota Parlimen serta hubungan baik dengan anggota parti peringkat akar umbi.
"Datuk Husam Musa akan mewakili kepimpinan Pas malam ini di Permatang Pauh dan Ketua Menteri (Lim) Guan Eng akan menggerakkan penyokongnya dan kita tidak mengambil mudah dalam menghadapi Umno dan BN," katanya.
Ditanya sama ada pilihan raya kecil ini suatu pembaziran wang rakyat dan Permatang Pauh dilihat di bawah kawalan beliau dan keluarganya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, Anwar berkata mereka mungkin tidak tahu sejarah bahawa sesetengah pemimpin negara bertanding di bekas kawasan pilihan raya bapanya yang dianggapnya tidak apa.
Ditanya jika beliau ditangkap dalam proses mengadakan pilihan raya kecil itu, katanya: "Pertama tidak ada asas, tidak ada sebab, tidak ada alasan untuk beliau ditangkap dan sudah tentu kita mencabar. Untuk parti, saya biarkan parti mengambil tindakan selanjutnya".
Anwar berkata jika beliau ditangkap ia bukan kerana fakta dan undangundang tetapi berdasarkan pada alasan politik.
Beliau juga berkata PKR, DAP dan Pas akan bermesyuarat minggu depan untuk memutuskan pengganti Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jika kerajaan BN fikir pilihan raya kecil itu diadakan sebagai sesuatu pembaziran wang rakyat, ia hendaklah memberikan kemenangan kepada Anwar tanpa bertanding dan peruntukan untuk pilihan raya itu boleh digunakan bagi membangunkan ekonomi demi kebaikan rakyat.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

BUTTERWORTH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada di dalam lokap.
Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam.
Katanya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.
Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim Bandar Baru masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.
Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatannya sebagai Anggota Parlimen kawasan itu kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.
Selain Anwar, beberapa pemimpin parti Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah turut berucap pada majlis itu.
Majlis Ceramah Perdana itu merupakan acara pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

DR. WAN Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim dan dua anaknya, Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Nurul Nuha selepas sidang media petang tadi.
KELUARGA Anwar ketika sidang akhbar.
DR. WAN Azizah Wan Ismail menjawab soalan wartawan..
PASANGAN suami isteri - Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas sidang akhbar.
ANWAR Ibrahim bersama wakil DAP pada sidang akhbar.

