Alhamdulillah Konvensyen Pakatan Rakyat berlangsung dengan jayanya semalam.
Pelbagai dasar-dasar dikemukakan, berasaskan falsafah ringkas, mengembalikan kuasa kepada rakyat. Sekian lama, kuasa rakyat terhakis kepada pihak penguasa. Tetapi berasaskan falsafah karamah insaniah, Pakatan komited memulakan proses mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Penulis amat terharu apabila melihat pemimpin2 tertinggi ketiga-tiga parti sanggup mengetepikan perbezaan dan mencari dahulu kesepakatan seperti yang di ucapkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Lagu Konvensyen, Angin Pendamai menggarap imej perjuangan keringat dan darah rakyat sehingga lahirnya Pakatan Rakyat. Saya sayu melihat gambar Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, seorang pemimpin berpandangan jauh yang berkorban besar sehingga Pakatan Rakyat dapat mewarisi semangat Barisan Alternatif 1999.
Pada akhiran konvensyen tersebut, semua perwakilan sebulat suara meluluskan 8 resolusi yang yang merperkukuh, memperkuat dan menyatupadukan komponen Pakatan Rakyat. Inilah saat yang amat mengharukan apatah lagi keikhlasan pimpinan tertinggi parti bersetuju dan bersepakat untuk lebih berkerjasama demi kemenangan Pakatan Rakyat.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar (Jonah) masih dalam tahanan polis selepas beliau ditahan pada Jumaat ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai di Masjid Shah Alam selepas solat jumaat. Beliau mengedarkan risalah mendesak agar Mahkamah Syariah meneruskan tindakan Qazaf ke atas Saiful.
Saiful sebelum ini telah mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun Anwar telah membawa kes tersebut ke mahkamah syariah Kuala Lumpur. Tuduhan liwat jika dibicarakan di mahkamah syariah mewajibkan penuduh (Saiful) membawa empat saksi untuk membuktikan perbuatan liwat berlaku.
Malangnya dalam jawapan Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Dewan Rakyat minggu lalu bahawa mahkamah syariah hanya akan membicarakan kes Anwar setelah mahkamah sivil melakukannya terlebih dahulu. AMK melihat perkara itu melanggar perlembagaan peruntukan 121(1A) yang meletakkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil.
Oleh itu AMK melancarkan kempen ke seluruh negara mendesak agar Anwar dibicarakan di mahkamah syariah.
AMK kesal dengan tindakan polis apabila melemparkan tuduhan kununnya AMK yang akan membuat demonstrasi pada 18 Disember 09 ketika berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat dan tuduhan liar tersebut memungkinkan Jonah dan Azizi ditahan dengan lebih lama. Apakah polis masih menjadi kuda tunggangan pembesar2 Umno BN yang semakin gentar dengan kemaraan Pakatan Rakyat...???? Apa pula selepas ini....
Nama Pengadu : Isai Kumar a/l Sathieyananthan No I/c : 820811-14-6585 Alamat : , 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Saya Isai Kumar a/l Sathieyananthan ingin membuat laporan polis berkenaan keganasan polis semasa saya ditahan untuk siasatan pada 6.12.09 hingga 14.12.09. Saya ditahan di Petronas, Pekan Nilai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan dibawa ke IPK Seremban bersama kereta LIMO bernombor LIMO 2940 W. Setiba di sana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah.
Semasa saya berada di sana, saya dipukul dan ditendang oleh enam orang pegawai polis. Sewaktu itu, seorang polis berpakaian biasa telah menyuruh saya membuka baju dan seluar. Selepas itu, dia mengambil gambar kemaluan saya. Saya telah dipukul sehingga pukul 4 petang dan tidak diberi makan dan minum. Selepas itu, mereka membawa saya menaiki van polis ke IPD Seremban.
Setiba disana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah. Sewaktu disana, saya ditendang di muka oleh Inspektor Sobry. Selain itu, beberapa pegawai polis lain juga memukul dan menendang saya. Saya juga tidak diberi makan dan minum dan terus dihantar ke lokap nombor 13.
Keesokan hari 7.12.09, saya dibawa ke mahkamah dan mendapat reman 4 hari. Selepas itu saya dibawa balik ke IPD Seremban pada pukul 1 petang untuk memberi statement. Insp Sobry yang mengambil statement. Sebelum mengambil statement, Insp Sobry telah mengaku tuduhan terhadap saya adalah palsu dan dia sendiri mengaku repot pengadu tidak sahih. Selepas mengambil statement saya dibawa ke lokap.
Pada 10.12.09, saya dibawa ke mahkamah sekali lagi dan mendapat reman 6 hari. Sebelum pergi ke mahkamah Insp Sobry telah mengarah, supaya tidak bercakap dengan majistet semasa mengambil reman di mahkamah. Saya terus dibawa balik ke lokap IPD Seremban.
Semasa saya di lokap, saya dibawa ke bilik siasatan D7 Korporal bergari belakang dan dipaksa duduk berlutut dengan paip PVC yang diletak di belakang lutut saya. . Di sana saya mendapati pengadu yang membuat repot palsu terhadap saya berada dalam bilik siasatan. Di dalam bilik tersebut terdapat seorang polis perempuan dan tujuh orang polis lelaki. Di situ saya disoal dan semua jawapan yang saya beri tidak diterima dan dipukul bertubi-tubi. Pengadu bercakap bohong berkali-kali dan saya menyangkah segala tuduhannya.
Apabila saya membantah, saya akan terus dipukul dengan paip PVC dan paip getah yang tidak berlubang ditengah. Polis perempuan yang berada di bilik tersebut, memegang rambut saya dan menampar berkali-kali. Selepas itu, dia menendang dada saya menggunakan lututnya. Saya terus terbaring ke lantai.
Pegawai polis perempuan itu, duduk di atas dada saya dan memasukkan kasut yang dipakainya ke dalam mulut saya. Di memaksa kasut itu kedalam mulut. Saya boleh rasa kasut itu sudah sampai ke tekak saya. Sewaktu itu, pegawai polis tersebut mengatakan, mengapa saya perlu jumpa pengadu kerana dia(pegawai polis) lebih cantik dan dia cuba menanggalkan tudung dan bajunya. Dia juga memaki hamun dengan perkataan lucah keluarga saya. Saya ternampak nombor plet kereta polis perempuan itu iaitu Proton Waja No. MAS 6043.
Selepas itu, pegawai polis perempuan dan pengadu keluar bilik. Lebih kurang 15 min kemudian, pegawai polis perempuan tersebut datang balik ke bilik Korporal D7 dan terus mengoncang kepala saya dengan memegang rambut dan mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu terhadap saya.
Selepas ini, kesemua pegawai polis yang berada di dalam bilik tersebut terus mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu. Selepas itu saya dibawa masuk ke lokap semula. Di sana saya tidak dapat menahan sakit badan dan mendapat demam selsema. Saya meminta ubat, tetapi tidak diberi. Pegawai yang bertugas mengatakan lokap tidak mempunyai panadol atau ubat demam
Pada 11.12.09, saya masih demam tetapi masih tidak diberi ubat. Saya diberi makan, kari ikan. Selepas itu, seorang banduan di lokap itu mengatakan ikan tersebut telah basi. Saya terpaksa muntah. Saya tidak diberi makanan lagi walaupun makanan yang diberi basi. Pada waktu malam, saya diberi ubat KK tiga biji kerana masih demam.
Sepanjang di lokap, makanan yang diberi tidak mencukupi kerana di dalam lokap no 13 terdapat 7 orang. Roti yang diberi untuk sarapan pagi hanyalah 3 bungkus sahaja. Semasa mengambil statement, pegawai polis menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap saya.
Saya membuat laporan polis ini kerana tidak berpuashati dengan tingkahlaku polis yang memukul dan menggunakan perkataan lucah. Saya juga tidak mahu siasatan dilakukan oleh IPD Seremban atau IPK Negeri Sembilan. Saya memohon siasatan dilakukan oleh Bukit Aman.
Pada pagi ini saya bersama peguam saya cuba untuk berjumpa Timbalan Ketua Polis mengenai kes yang amat serius ini, tetapi pintu gate ditutp dan kami dilarang berjumpa beliau. Saya amat kecewa dengan tindakan polis ini.
Jangan lupa saksikan perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia menentang Vietnam dalam Temasya Sukan Sea XXV di Laos. Pasukan Malaysia yang menampakkan peningkatan dalam beberapa perlawanan sebelum ini diharap dapat membawa pingat emas untuk Malaysia setelah lebih 20 tahun tidak memenangi emas di kejohanan tersebut.
Apapun kita bersama mendoakan kejayan skuad bolasepak negara kita yang akan berdepan dengan Vietnam pada petang ini. Siaran langsung akan ditayangkan di TV RTM2...
Ahli Parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000.00 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.
Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.
Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.
Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.
Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.
Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.
Berikut adalah beberapa faktor penyebab kemuflisan Johor jika terus diperintah oleh Umno/BN yang semakin haloba memunggah hasil kekayaan negeri untuk tembolok mereka. Ini adalah fakta dan kami mencabar mana2 pihak menafikan fakta2 ini....
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor.
Perbelanjaan/Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja sebelum tersebam menyembah bumi...
Keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan bajet bagi tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).
Hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).
Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion.
Keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion atau RM 2,000 juta?
Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012.
Kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau RM 2,000 juta ini boleh menyebabkan kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012, kecuali kerajaan negeri dan JCorp "TERPAKSA" mengambil "JALAN PINTAS" dengan menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh agak jawapannya kenapa JCorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan negeri menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pulak yang akan dijual?? Sebagai ingatan, aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN?
Membenarkan Umno/BN terus memerintah Johor pada masa akan datang adalah satu kesilapan besar yang kita lakukan kepada generasi akan datang. Tanamkan tekad untuk menguburkan Umno/BN pada masa akan datang. Cukuplah setakat ini mereka mengadai hak rakyat demi memuaskan nafsu mereka.
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussin Ali.... Teruskan perjuanganmu...
Walau apa pun alasan Tuan-Tuan sekelian.. ketahuilah Tuan-Tuan sekelian dilantik untuk menjadi Ahli Parlimen untuk berada di Parlimen bagi pihak rakyat..
Note: * Dilarang untuk menghadiri Parlimen
Senarai penuh.. 1~P008 Pokok Sena , PAS Mahfuz Omar 2~P016 Baling PAS , Taib Azamudden Md Taib 3~P022 Pasir Mas, PAS Ibrahim Ali 4~P043 Bagan, DAP Lim Guan Eng 5~P046 Batu Kawan, DAP P. Ramasamy 6~P049 Tanjong, DAP Chow Kon Yeow 7~P050 Jelutong, DAP Ooi Chuan Aun 8~P051 Bukit Gelugor, DAP Karpal Singh 9~P052 Bayan Baru, PKR Zahrain Mohamed Hashim 10~P057 Parit Buntar, PAS Mujahid Yusof Rawa 11~P058 Bagan Serai, PKR Mohsin Fadzli Samsuri 12~P094 Hulu Selangor, PKR Zainal Abidin Ahmad 13~P098 Gombak, PKR Mohamed Azmin Ali 14~P101 Hulu Langat, PAS Che Rosli Che Mat 14~P103 Puchong, DAP Gobind Singh Deo * 16~P109 Kapar, PKR Manikavasagam Sundaram 17~P121 Pantai, Dalam PKR Nurul Izzah Anwar 18~P122 Seputeh, DAP Teresa Kok Suh Sim 19~P124 Bandar Tun Razak, PKR Abd Khalid Ibrahim 20~P171 Sepanggar, SAPP Enchin Majimbun @ Eric 21~P190 Tawau, SAPP Chua Soon Bui
Biar sejuta alasan yang diberikan, mungkin hanya rakyat yang berhak menghukum kamu... Jika diulangi lagi pasti nama2 diatas akan terpadam terus dari hati rakyat....
Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pontian (tuuu diaa...) semakin merapu dan melalut apabila diminta mengulas isu berkaitan BTN. Beliau mengatakan bahawa BTN tiada agenda politik kerajaan dan tujuan kursus BTN adalah untuk menanamkan sikap cintakan negara sambil melemparkan tuduhan bahawa persepsi tidak baik berkaitan BTN adalah agenda pembangkang. Mengaitkan DAP sebagai dalang disebalik isu ini juga dilihat sebagai usaha nakal Umno menarik isu ini kepada isu perkauman.
Kenyataan kurang bijak beliau sekaligus mahu menafikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mahukan silibus kursus tersebut di rombak selaras dengan konsep 1Malaysia.
Nazri Aziz teruk di kritik oleh blogger2 Umno apabila membuat kenyataan tersebut sambil mengatakan bahawa perlakuan buruk anak beliau akibat tidak menyertai kursus BTN tersebut.
Sebenarnya Ahmad Maslan tidak perlu menafikan bahawa BTN sebenarnya adalah salah satu institusi kerajaan yang di salahgunakan oleh pemerintah apabila perasaan kebencian ditanamkan kepada perserta kursus dengan mengatakan bahawa pemimpin PAS dikatakan sesat, pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru-hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.
Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputera dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu 'Anak kecil main api'. Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka diingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain.
Penulis berani menyatakan demikian kerana penulis adalah salah seorang peserta BTN di Ulu Tiram, Johor semasa berkhidmat di sebuah IPT dahulu...
Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4), dilihat sudah mencapai umur "maghrib" namun demi kasih sayang terhadap Malaysia tercinta maka wajar bagi setiap rakyat Malaysia mendoakan beliau agar diberikan umur yang panjang agar dapat melihat "musnah"nya Umno akibat dari kerja2 hina beliau. Demikianlah luahan seorang Vateran Umno yang menghantar e mail kepada kami.
Dalam e mail tersebut, pengirim mendakwa bahawa Mahatirlah yang akan mengepalai jalan kemusnahan dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.
Perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kenyataannya yang menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya seolah-olah merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.
Malaysia yang dahulunya adalah negara yang sentiasa berdaya saing, maju sehingga menjadi kuasa ekonomi yang cukup gah di rantau asia tenggara namun kini Malaysia telah menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran.
Tuduhan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat adalah tidak berasas sama sekali kerana beliaulah sebenarnya yang bekerjasama rapat dengan Amerika. Malah dalam buku "Malaysian Maverick" – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan sebuah perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika, apabila perjanjian itu pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor. Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.
Keghairahan Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden menyebabkan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa. Beliau mahu duduk lebih lama di kerusinya serta mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut "politik wang" dan "rasuah". Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali. Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi. Inilah politik menghalalkan cara ciptaan Dr. Mahathir Mohamad.
Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor akan mengadakan satu wacana yang khusus untuk mempertingkatkan motivasi serta keyakinan dan mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan penjawat dalam organisasi disemua peringkat. Butiran program adalah seperti berikut :-
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 0930 pagi
Tempat : Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Skudai, Johor.
Wacana ini akan membentangkan 3 kertas kerja untuk dibengkelkan iaitu :-
Sepakat Sepasukan
Merubah Kepimpinan
Menjana Kemenangan
Pada pengakhiran program, dijangka beberapa resolusi akan dicapai yang mana ianya akan dijadikan garis panduan dalam usaha memperkasakan PKR Johor bagi menghadapi cabaran2 yang mendatang terutama cabaran Piliharaya Umum ke-13 nanti.
Kehadiran pimpinan PKR disemua peringkat amat2 diharapkan kerana wacana ini amat berguna bagi memperkasakan lagi PKR di Cabang/Ranting masing2. Kertas kerja yang akan dibentangkan nanti lebih kepada meningkatkan keyakinan dan jatidiri seorang penjawat didalam organisasi parti disemua peringkat. Setiap penjawat dalam organisasi wajar diberikan kefahaman dan pemahaman yang jelas mengenai halatuju perjuangan, misi dan visi parti bagi mempertingkatkan mutu gerakerja yang akan diimpelimentasikan di setiap Cabang/Ranting masing2. Jalinan semangat kerjasama perlu diperkukuhkan lagi.
Kehadiran dan komitmen pimpinan PKR pusat juga menunjukkan serta memperlihatkan kesungguhan pucuk pimpinan parti agar PKR Johor memperoleh kejayaan seperti yang diharap-harapkan.
Justeru, saya sebagai pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyeru serta mengajak semua pimpinan AMK di semua Cabang/Ranting agar dapat berlapang dada dan melapangkan masa untuk HADIR ke program Wacana Ilmu ini kerana jika kita hadam dengan pengisian maklumat yang dibentangkan, saya amat yakin dan percaya bahawa AMK Johor akan menuju ke arah pemantapan kerja sepasukan, peningkatan jatidiri, kefahaman misi dan visi parti serta meningkatkan keazaman untuk memenangkan parti dalam pilihanraya akan datang.
Apakah benar berita mengenai Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi.www.selamatkanumno.blogspot.comturut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.
TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.
Hishamuddin wajar membuat penafian berkaitan berita ini.
Pengkhianat Rakyat Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pimpinan Umno/BN supaya berhenti dari berdebat secara terbuka kerana beliau amat khuatir ianya akan mengakibatkan mereka terperangkap dengan gerakan perang saraf Pakatan Rakyat dan secara langsung boleh memberi gambaran negatif rakyat terhadap Umno/BN.
Kenyataan itu berhubung kait dengan perbalahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Mahathir Muhammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang memerintah selama 22 tahun dan membazirkan hampir RM100 bilion dizaman pemerintahannya (sila rujuk disini...), mengenai program Biro Tata Negara. Nazri yang sebelum ini menggelar Mahathir sebagai "rasis" berikutan kenyataan Mahathir yang mahukan silibus BTN dikekalkan dan tidak perlu dirombak. Nazri pula berpendapat bahawa silibus dan program BTN wajar dirombak berikutan timbulnya ketidakpuashatian peserta kursus selepas tamat program tersebut. Nazri dilihat lebih berpijak dibumi yang nyata berbanding Mahathir dan Muhyiddin serta beberapa pemimpin Umno Johor yang mahu silibus BTN ini dikekalkan.
Ternyata Muhyiddin sudah mulai gusar dengan gerakan2 yang disusun oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehinggakan beliau membuat tuduhan bahawa pembangkang sentiasa mencari jalan dan mengadakan agenda tertentu dengan sasaran mahu menjatuhkan institusi dan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi diraja. Inilah kenyataan dari pemimpin yang bermulut "bangsat" yang menuduh tanpa mencermin keperibadian partinya sendiri.
Sebenarnya Umno/BNlah yang selama ini memperkudakan pihak Polis, SPRM, Mahkamah serta beberapa agensi kerajaan demi kepentingan politik mereka dan mengibaratkan penjawat awam seperti pencacai kepada pimpinan Umno/BN. Begitu juga dengan kedaulatan Istitusi diRaja, Umnolah pencemarnya sehinggakan berbagai-bagai dakwaan terhadap Sultan/Raja Melayu (sila rujuk disini..) sehinggakan Pemuda Umno begitu lancang dengan memberi amaran agar pihak istana tidak mencampuri urusan politik negara. Begitulah kebangsatan Umno/BN.
Jika Muhyiddin melarang pimpinan Umno/BN agar tidak berdebat secara terbuka mengenai apa juga isu yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Umno/BN maka kami beranggapan bahawa Muhyiddin juga "kecut telur" untuk berdebat secara terbuka dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai "SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT RAKYAT". Walaupun Muhyiddin mengerah dan mengarahkan Pemuda2 Umno untuk menjadi hamba suruhannya agar menjerit, menyalak dan memaki hamun Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat, hakikatnya rakyat Johor termasuk beberapa pimpinan Umno tahu bahawa Muhyiddinlah sebenarnya pengkhianat rakyat namun kerana takutkan kehilangan pangkat, jawatan dan harta benda maka mereka bertindak dengan menyokong kenyataan Muhyiddin. Inilah sikap pimpinan Umno yang sanggup berpura-pura, menjadi munafik dan ia sama sekali memperlihatkan dengan jelas sikap kebaculan mereka.
AMK Gelang Patah menerima berita dari sumber yang dipercayai mengatakan ada Exco Pemuda Umno Malaysia terpaksa menikahi seorang wanita pilihannya di negara jiran. Exco yang diberitakan berasal dari Johor dan pernah menjadi pimpinan AMK.
Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.
Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.
“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.
Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.
Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.
“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.
“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.
Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.
Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.
Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.
“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.
Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.
Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.
Kini telah terbukti bahawa akibat ketakutan akan pengaruh politik Anwar Ibrahim, maka seluruh jentera kerajaan telah digunakan untuk mempengaruhi atau meracuni pemikiran rakyat terutama kakitangan awam. Inilah ketakutan yang jelas semasa era pemeritahan Mahathir Muhammad dan terus diwarisi oleh pimpinan Umno/BN sehingga kini.
Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.
Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.
Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.
“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.