
Kenyataan kurang bijak beliau sekaligus mahu menafikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mahukan silibus kursus tersebut di rombak selaras dengan konsep 1Malaysia.



Sebenarnya Ahmad Maslan tidak perlu menafikan bahawa BTN sebenarnya adalah salah satu institusi kerajaan yang di salahgunakan oleh pemerintah apabila perasaan kebencian ditanamkan kepada perserta kursus dengan mengatakan bahawa pemimpin PAS dikatakan sesat, pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru-hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.
Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputera dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu 'Anak kecil main api'. Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka diingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain.
Penulis berani menyatakan demikian kerana penulis adalah salah seorang peserta BTN di Ulu Tiram, Johor semasa berkhidmat di sebuah IPT dahulu...
No comments:
Post a Comment