DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 December 2009

KEMELUT PKR SABAH SUDAH SELESAI, BN PULAU PINANG BERTELAGAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hari ini bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini. Maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telahmenjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.
Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut mengesahkan bahawa semua perkara telah selesai. PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkanpeletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Oktober, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti. Ia di ikuti oleh Christina Liew yang turut meletak jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Sabah . Bagaimanapun, PKR tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Disember 09, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Sementara itu, Barisan Nasional Pulau Pinang bergolak apabila Umno menuntut agar Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan kepada Umno. Presiden Parti Gerakan merupakan Pengerusi Barisan Nasional sejak 35 tahun dahulu. Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tuntutan itu sesuatu yang wajar memandangkan Umno mempunyai Adun terbanyak di peringkat BN negeri, iaitu 11 orang dan tiada wakil dari kompenen BN yang lain. Naib Presiden Umno itu turut menegaskan bahawa Umno layak mempengerusikan BN kerana hanya Adun Umno sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Ekoran itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempersoal permintaan Zahid yang didakwanya sudah jelas dipersetujui bersama. Jelas Koh lagi, aturan mempengerusikan BN bukan sahaja kehendak Gerakan, malah diakui sendiri oleh Majlis Tertinggi BN pada pertengahan tahun ini. Koh turut menasihatkan Zahid supaya tidak membangkitkan soal perjawatan itu lagi.
Ada sumber mengatakan bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri.

Diharap Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil iktibar dalam mewujudkan kesefahaman dan kesepakatan serta bertindak bijak juga memperhalusi setiap perjanjian demi kepentingan rakyat.

No comments: