DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 December 2009

UMNO JAHAT, CELAKA, SIAL....

Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan tekadnya untuk bertempur habis-habisan dengan Umno serta membidas kebangsatan Umno/BN dalam ucapan penggulungan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada Sabtu lalu apabila Umno/BN sering menggunakan "cara-cara yang jahat, celaka dan sial....." bagi menekan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menggulung perbahasan dasar oleh perwakilan, berjanji untuk membela Anwar Ibrahim sedaya upaya kerana menganggap tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri ini adalah tidak berasas.

Anwar juga membidas Umno/BN dengan mengatakan "kemudian carilah seorang tokoh seperti tokoh politik yang bekerja 20 tahun sebagai Menteri Besar. Cari di Malaysia, cari di rantau ini, orang politik yang ada kuasa masuk 20 tahun, mempunyai rekod yang bersih. Tidak ambil tanah, tidak ada kekayaan, hidup sederhana. Orang seperti ini didakwa kerana rasuah, padahal penyamun yang rasuah besar dilepaskan. Kita lawan pertahankan Nik Aziz". Hampir 1500 orang perwakilan yang hadir ke Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam melaungkan slogan "reformasi" dan "lawan tetap lawan", sebagai sokongan terhadap ucapan Anwar Ibrahim.
Bicara Anwar semakin lantang sambil menoreh ke arah pemimpin PR yang berada di atas pentas, "Lihat, puluh di belakang ini, tanpa kecuali, satu per satu dihadap ke mahkamah. Kenapa? Nak lawan berdepan dengan rakyat, mereka tahu mereka akan tewas. Sila, nak lawan di Batu? Mana? Bagi tahu biar kita berdepan dengan mereka. Kerana dia tak mampu lakukan begitu, dia buat cara-cara jahat, celaka dan sial..."
Anwar yang sedar bahawa bahasa yang digunakan mungkin dijadikan sebagai isu, dengan lantas mempersoalkan, "Utusan Malaysia kata saya menggunakan istilah yang kasar. Saudara, aibkan orang tidak kasar? Pukul orang tidak kasar? Bunuh orang tidak kasar? Telanjangkan orang tidak kasar?"

No comments: