DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 December 2009

JOHOR MUFLIS DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO/BN

Berikut adalah beberapa faktor penyebab kemuflisan Johor jika terus diperintah oleh Umno/BN yang semakin haloba memunggah hasil kekayaan negeri untuk tembolok mereka. Ini adalah fakta dan kami mencabar mana2 pihak menafikan fakta2 ini....

  • Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor.
  • Perbelanjaan/Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja sebelum tersebam menyembah bumi...
  • Keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan bajet bagi tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).
  • Hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).
  • Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion.
  • Keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion atau RM 2,000 juta?
  • Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012.
  • Kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau RM 2,000 juta ini boleh menyebabkan kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012, kecuali kerajaan negeri dan JCorp "TERPAKSA" mengambil "JALAN PINTAS" dengan menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh agak jawapannya kenapa JCorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan negeri menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pulak yang akan dijual?? Sebagai ingatan, aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN?
Membenarkan Umno/BN terus memerintah Johor pada masa akan datang adalah satu kesilapan besar yang kita lakukan kepada generasi akan datang. Tanamkan tekad untuk menguburkan Umno/BN pada masa akan datang. Cukuplah setakat ini mereka mengadai hak rakyat demi memuaskan nafsu mereka.

No comments: