Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada Pakatan Rakyat untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama.
Pimpinan Umno/BN mengambarkan konvensyen ini sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia jelas mengambarkan kegusaran dan kegerunan kepada pemimpin2 Umno/BN dan sekaligus menterjemahkan bahawa konvensyen itu berjaya. Kejayaan tersebut tentulah digeruni oleh Umno/BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang apapatah lagi Umno/BN berada dalam keadaan kucar-kacir yang sungguh parah akibat ketamakan pimpinan mereka yang berebut kuasa. Ini jelas apabila media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan.
Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan kekompatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu. Ada beberapa foto kandit yang menyeronok untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Mat.
Apa yang jelas dan mungkin dicemburui oleh Umno/BN ialah bermulanya kesepakatan lebih erat dan lebih bererti lagi dan seterusnya membawa kepada Pakatan Rakyat akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang.
Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak.
No comments:
Post a Comment