DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........
05 June 2012
HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN DI MASJID TAMAN PULAI PERDANA
Kebiasaannya pada waktu solat maghrib, hanya dua atau 3 saf sahaja yang menunaikan solat berjemaah di majis tersebut namun amat berbeza pada masa kehadiran Datuk Seri Anwar bersolat di masjid tersebut. 8 saf penuh tidak termasuk jemaah wanita memenuhi masjid tersebut dan ini menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebenarnya kuat di Taman Pulai Perdana.
Walaupun pada peringkat awal ada perancangan untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah selepas selesai solat maghrib, namun maklumbalas dari teman2 di Taman Pulai Perdana memungkinkan Datuk Seri Anwar memberi atau menyampaikan tazkirah.
Dalam perjalanan ke masjid tersebut dan kebetulan saya menaiki kereta bersama Datuk Seri Anwar, saya segera memaklumkan kepada beliau bahawa tekanan telah diberikan kepada pihak pengurusan masjid dan tazkirah mungkin tidak dapat dijalankan. Saya juga menerangkan kepada beliau kenapa Masjid tersebut menjadi pilihan. Pada saya kalau kita mahu menyerang, biarlah kita serang jantungnya dengan harapan kita dapat memecah ruyungnya bagi mendapatkan sagunya. Datuk Seri Anwar akur dan beliau menyatakan bahawa beliau hanya mahu bersolat sahaja.
Setiba di perkarangan masjid saya melihat kehadiran jemaah yang luar biasa. Datuk Seri Anwar disambut oleh jemaah yang ada disitu. Pada ketika itu, Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya - Umno) memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar. Tindakkan Datuk Aziz Sapian memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar dengan menjerit kasar "Lepas sembahyang semua boleh balik....." langsung tidak menampakkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin masyarakat apatah lagi beliau seorang ADUN.
Setelah selesai solat dan doa, seorang jemaah bangun untuk mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Anwar ke masjid tersebut namun beliau hanya sempat memberikan salam dan tindakkan beliau terus dihalang oleh pihak pengurusan masjid. Salah faham tersebut akhirnya menimbulkan sedikit kekecohan apabila salah seorang dari empat jawatankuasa masjid tersebut menarik kasar Datuk Seri Anwar dengan tujuan untuk memaksa Datuk Seri Anwar bangun dan meninggalkan ruang masjid tersebut. Tindakkan AJK masjid tersebut segera dihalang oleh beberapa pegawai pengiring Datuk Seri Anwar kerana bimbang akan memberi kesan terhadap masalah kesihatan beliau. Sikap dan keperibadian Datuk Seri Anwar yang cukup tinggi telah memperlihatkan kematangannya sebagai seorang pemimpin. Ketika kekecohan berlaku, beliau dengan tenang sambil duduk meminta semua bertenang dan menghormati rumah ALLAH. Sikap inilah yang mendapat perhatian dari seluruh jemaah yang hadir dan amat berbeza dengan sikap bongkak yang di tunjukkan oleh Datuk Aziz Sapian. Datuk Seri Anwar akhirnya bangun dan bersalaman dengan jemaah yang hadir. Salah seorang pimpinan Umno cawangan memeluk Datuk Seri Anwar sambil membisikkan sesuatu dan bersalamana sambil mencium tangan Datuk Seri Anwar. Perbuatan pemimpin Umno tersebut agak mengejutkan walaupun ianya nampak seperti biasa.
Datuk Seri Anwar akhirnya dijamu oleh salah seorang jemaah di sebuah restoran berhampiran. Ketika Datuk Seri Anwar membasahkan tekak seketika, beberapa jemaah masjid termasuk beberapa AJK masjid datang dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku didalam masjid. Beliau kesal dengan apa yang berlaku. Datuk seri Anwar dengan tenang mengatakan "tak apa la.... hari ini mereka halau saya tapi satu hari nanti mereka akan cium tangan saya....". Selesai jamuan tersebut kami bergerak untuk ke Pengerang.
Selepas beberapa hari, saya dihubungi oleh 3 individu dari Taman Pulai Perdana menyatakan kesediaan mereka untuk membuka ranting di taman tersebut. Dan setakat ini mereka sudah berjaya mengumpulkan seramai 17 orang keahlian baru Keadilan Cabang Gelang Patah. Inilah hikmahnya. Inilah hasilnya kerja yang ikhlas dan sekaligus menafikan "omong-omong kosong" yang mengatakan tiada perancangan yang rapi untuk membawa Datuk Seri ke masjid tersebut. Sebagai anak muda, lirik dalam lagu "Arus Pejuangan" menerangkan segalanya. "Membujur lalu melintang patah" cukup memberi makna kepada kami sebagai anak muda yang sentiasa mahukan cabaran. Politik kini adalah politik milenium bukan politik usang yang semakin lapuk di telan zaman.
21 March 2012
JANJI NAJIB SEMASA DI JOHOR
Peruntukan RM1 trilion dikatakan bakal disumbang Kerajaan Pusat kepada
negeri Johor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Menurut sumber kerajaan
negeri, ia akan digunakan untuk membiayai Koridor Selatan; pembangunannya
nanti dikatakan lebih hebat dan lebih canggih daripada apa yang terdapat
di Putrajaya.
Antara lain projek yang akan dibangunkan adalah pembinaan monorel, LRT,
landasan kapal terbang ringan, rangkaian lebuh raya mudah akses, tasik dan
masjid, serta kompleks mahkamah, stadium, terminal bersepadu utara serta
mini Disneyland.
Dalam kunjungan ke Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak
mengumumkan suntikan dana RM200 juta kepada Iskandar Malaysia. Ia mungkin
pendahuluan kepada peruntukan RM1 trilion yang dijanjikan beliau kepada
Johor selepas PRU13 dengan syarat BN menang di negeri ini.
Soalnya, jika benar maklumat ini, kenapa Najib sanggup menjanjikan
peruntukan yang begitu besar kepada Johor. Apakah Johor negeri miskin
seumpama Kelantan seperti didakwa Najib baru-baru ini, menyebabkan Kerajaan
Pusat bersedia menyalurkan peruntukan terlalu besar itu?
Semua maklum negara kita memang kaya, melalui hasil mahsulnya dan tidak
terkecuali mungkin juga sumber-sumber lain di luar pengetahuan rakyat,
seperti "pemberian" Pulau Batu Putih dan beratus-ratus hektar tanah
Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Singapura serta penyerahan Blok 4 telaga
minyak di Sarawak kepada Brunei? Ya, siapa tahu, 'kan?
Logiknya, mana mungkin kerajaan Umno-BN berani menjanjikan peruntukan RM1
trilion ini (hanya untuk satu negeri) jika tidak mempunyai sumber tambahan
lain yang diyakini mampu "mengembungkan" kantung mereka?
Apakah Najib merasakan kedudukan BN begitu tergugat sehingga memaksa
beliau menjanjikan peruntukan luar biasa banyaknya dengan harapan pemimpin
Umno akan bekerja lebih keras bagi mempertahankan Johor tidak dirampas
Pakatan Rakyat.
Mungkin juga Najib sudah menghidu bunga-bunga kekalahan BN di kubu terkuat
mereka yang menyumbang 26 kerusi Parlimen, lantas bagi memastikan igauan
ngeri tidak menjadi kenyataan, maka beliau terpaksa berjanji bagi mendorong
semua warga Umno-BN bekerja keras mempertahankan negeri kelahiran Umno ini.
Bukanlah sesuatu yang sukar dibaca agenda tersembunyi di sebalik peruntukan
RM1 trilion ini. Sudah pasti banyak pihak, termasuk pemimpin Umno Johor,
yang akan mendapat laba lumayan daripadanya.
Oleh kerana wang yang akan "dijahanamkan" untuk kepentingan politik Umno-BN
ini adalah wang awam maka rakyat mesti bertanggungjawab menghalang
kerakusan golongan tidak berhati perut ini.
Seluruh rakyat Johor khususnya orang Melayu mesti bertekad dan berazam
menumbangkan BN pada PRU13 ini. RM1 trilion ini tidak mungkin diberi
seandainya Johor dikuasai Pakatan nanti.
Bagaimanapun jika BN masih berkuasa, bukan rakyat yang akan mendapat
manfaatnya tetapi jerung serta lanun-lanun besar yang akan kenyang
membahamnya dan kehidupan rakyat menjadi lebih teruk apabila dipaksa
"membayar balik" pelaburan yang dibelanjakan Umno-BN untuk menipu rakyat
bagi mengekalkan kuasa.
Mahu tidak mahu, Pakatan mesti berusaha menawan Nusajaya dan Putrajaya
pada PRU13. Umno-BN mesti ditumbangkan jika kita berhasrat hasil kekayaan
negara diagih secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik.
Tiada ertinya Umno-BN dinyahkan setakat di Johor sahaja sedangkan di
peringkat Pusat masih berkuasa. Hanya dengan menguasai Putrajaya barulah
akan berlaku perubahan besar-besaran ke atas landskap politik negara ini.
Dan rakyat pula sudah tentu mendapat manfaat sangat besar, yang selama ini
dinafikan kerajaan Umno-BN sepanjang lebih 50 tahun berkuasa.
Kuasa ada di tangan rakyat. Dan rakyat yang akan mencorakkan masa depan
negara ini. Maka apa ditunggu lagi, ayuh bersama kita menumbangkan regim
zalim Umno-BN pada PRU13. Jangan ragu-ragu lagi ... lakukanlah!
14 March 2012
Rakyat Perlukan Bukti, Bukan Sekadar Penafian: Lapan Bukti Yang Perlu Dikemukakan Perdana Menteri
CATATAN SEMBRONG : UMNO SEMAKIN NAZAK
Bila terkenang dan mengintai kejadian tempohari sehingga berlakunya provokasi melampau ala samseng oleh Pemuda Umno, menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasotiyah di era Najib Razak?Kalau tidak mengalami sendiri sebahagian dari episod malam tersebut, saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?
Bagaikan tidak percaya apa yang berlaku didepan mata.... Sepanjang saya berpolitik samada dalam Umno dahulu mahupun Keadilan sekarang, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Mereka "membantai" kereta rasmi Anwar Ibrahim seperti sudah kerasukan "air syaitan" dan "dadah"... Apakah anak muda Umno ini dihidangkan dengan benda haram sebelum mereka membuat kacau....???
Cukup jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.
Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan pada malam tersebut. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar batu, mercun, kayu, air kencing dan telor busuk termasuk kayu bendera yang runcing hujungnya. Itupun didiamkan oleh pihak polis walaupun kejadian itu berlaku didepan mata mereka. Apa akan jadi jika penyokong Pakatan Rakyat berbuat demikian ketika Ceramah Umno/BN berlangsung....??? Fikir sendiri.....Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?
Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.
![]() |
| Antara Pemuda Umno yang terlibat |
Masih segar dalam ingatan bagaimana penyokong Umno Semberong yang sudah kesaruk syaitan membantai kereta rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenderaan yang saya naiki berada dihadapan kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar terpaksa berhenti akibat ditahan oleh samseng upahan Umno. Pada ketika itu saya segera keluar untuk melindungi Datuk Seri Anwar. Ketika itu juga AMK Johor diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor meluru ke arah Datuk Seri Anwar untuk memberi perlindungan. Pada ketika itu jugalah penyokong Umno/BN membantai, memukul dan menendang kereta rasmi Datuk Seri Anwar. Saya meluru ke arah kumpulan tersebut apabila melihat salah seorang diantara mereka mengangkat batu untuk dihempaskan ke arah cermin kereta Datuk Seri Anwar. Saya cuba menahan dan pada ketika itulah berlaku tarik menarik. Saya cuba ditarik masuk ke dalam kumpulan itu sehinggakan baju saya koyak. Saya mempertahankan diri dan pada ketika itulah saya dikeroyok oleh samseng upahan Umno. Ketika itu keadaan sudah tidak terkawal. Mujurlah AMK Batu Pahat membantu dengan menarik saya keluar dari kawasan itu.
![]() |
Pada ketika ceramah hampir selesai, saya dinasihati agar membawa Datuk Seri Anwar melalui "jalan dalam". Mereka khuatir "samseng upahan" Umno itu akan bertindak liar lagi.
Saya amat yakin mereka diajar dan digalakkan serta dilindungi oleh orang tertentu yang cukup berpengaruh dan kebal untuk ditangkap oleh pihak polis yang bertugas. Kalau mereka tidak "dipayung" oleh seseorang yang cukup berpengaruh masakan mereka boleh dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelang dan segala macam alat untuk mengganggu ceramah tersebut. Mungkin mereka tembolok mereka telah disumbat dengan "air kencing syaitan" atau pil kuda sehingga mereka bertindak seperti orang hilang akal. Jelas mereka telah di ajar dan ada pengarahnya.
Soal kecederaan yang saya alami itu soal kecil tetapi tindakan liar dan samseng Pemuda Umno Sembrong seolah-olah cuba menguji kesabaran AMK Johor. Malahan pada malam itu ada petugas AMK Johor yang ingin menyerang balas. Mujur saya dan beberapa pimpinan AMK Johor yang lain cuba menenangkan keadaan. Jika tidak pasti akan berlaku pergaduhan besar.
Pada 10 Mac 2012 yang lalu, ceramah Anwar Ibrahim di Sri Gading mendapat perlindungan 100% dari anggota polis dan FRU. Bahkan mereka sanggup meredah belukar dibelakang pentas untuk memastikan tiada gangguan dari "samseng upahan" Umno. Saya anggap itu arahan lakonan oleh Hishamuddin Hussein. Sejak jam 6.00ptg lagi Umno cuba melakukan provokasi dengan menggantung banner2 namun tiada sambutan. Terima kasih kepada anggota polis yang bertugas pada malam tersebut namun ianya tidak boleh mengubati luka di Sembrong. Sebagai pengajaran peristiwa di Sembrong, Keadilan Johor akan membawa kes ini ke mahkamah. Kepada AMK Johor, jadikan kejadian di Sembrong sebagai pengajaran. AMK Johor perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Komitmen di Sri Gading dan Bakri membuktikan bahawa kita mampu berdepan dengan sebarang provokasi oleh "samseng upahan" Umno. Ingat pesanan Ayahanda.... "Membujur Lalu Melintang Patah"
Lawan tetap Lawan
Ketua AMK Johor
13 March 2012
ADIK DIRANG DIJUMPAI MATI DIBAKAR
Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang), dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.
“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.
“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.
Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.
“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.
Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.
Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.
Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.
GAMBAR2 MALAM SILATURAHHIM & BBQ BERSAMA AMK GELANG PATAH
(Uncle Balah & Uncle Tiong)
(Yusree cukup berpuas hati......)
yang sedang disiapkan oleh Naib Ketua Cabang, Sdr. Azman Idris
KEMPEN KEAHLIAN BARU MELALUI SMS
Kira-kira 4,000 orang telah hadir pada malam itu untuk mendengar penjelasan oleh Datuk Seri Anwar tentang beberapa isu. Ceramah tersebut juga telah mendapat kawalan sepenuhnya dari anggota Polis dan FRU susulan dari tindakan provokasi melampau yang dilakukan oleh penyokong Umno/BN di Sembrong beberapa minggu yang lalu.
Ada juga cubaan melakukan provokasi dari Umno Sri Gading yang turut mendapat sokongan dari YB Parit Raja namun kehadiran Team AMK Johor yang ramai, dibantu pula oleh Unit AMAL sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan mereka. Kurangnya sambutan dari anak muda setempat juga menjadi penyebab mereka berpindah ke kawasan lain.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar berceramah di Pt. Arab, Bakri dan merasmikan Pusat Bertindak AMK Cabang Bakri. Tiada provokasi dilakukan oleh penyokong Umno/BN. Walaupun begitu AMK dan Unit AMAL telah bergabung dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Keseluruhan program pada malam tersebut telah berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. AMK Gelang Patah sendiri telah menghantar kira-kira 15 orang AMK untuk membantu AMK Johor menjaga dan mengawal keadaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh AMK Johor yang hadir pada malam tersebut.
Untuk mendaftar sebagai ahli baru Parti Keadilan Rakyat, sila taip TXT AMKJOHOR REG NAMAPENUH DAERAH dan hantar ke 32088 (Contoh : TXT AMKJOHOR REG AHMAD BIN SULAIMAN JOHOR BAHRU dan hantar ke 32088) - Pihak kami akan menghubungi anda....
Lawan tetap Lawan.....
08 March 2012
BANTAHAN RAKYAT
Y.A.B DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL HAJI RAZAK
PERDANA MENTERI
JABATAN PERDANA MENTERI
BLOK UTAMA, BANGUNAN PERDANA PUTRA
62502 PUTRAJAYA
Tarikh : 7hb Mac 2012
Y.A.B Dato’ Sri,
BANTAHAN RAKYAT TERHADAP CARA PUNGUTAN DAN KADAR TOL EASTERN DISPERAL LINK (‘EDL’) JOHOR BAHRU
1 Kami merujuk kepada perkara di atas dimana kami adalah satu pertubuhan gabungan pertubuhan sivil yang ditubuhkan di Johor Bahru, Johor.
2. Untuk pengetahuan Dato Sri’, anak syarikat MRCB Bhd telah membina satu lebuhraya baru di Bandaraya Johor Bahru yang dikenali sebagai Eastern Dispersal Link (‘EDL’) yang dijangka akan dibuka pada bila-bila masa.
3. Lebuhraya EDL ini adalah sepanjang 8.1 km dan kos pembinaan seperti dilapor dalam media semasa adalah RM977 juta. Juga dilaporkan bahawa MRCB telah diberi konsesi selama 34 tahun untuk memungut tol EDL tersebut.
4. Berdasarkan kepada laporan media semasa dan sehingga hari ini tidak pernah dinafikan oleh pihak MRCB, kesemua kenderaan yang masuk keluar CIQ Johor Bahru di Bangunan Sultan Ibrahim akan dikenakan tol sebanyak RM6.20 sehala (2 hala; RM12.40), tidak kira sama ada kenderaan tersebut merupakan pengguna lebuhraya EDL atau tidak.
5. Ini bertambah dengan tol yang sedia ada iaitu tol PLUS sebanyak RM2.90 bermakna setiap pengguna kereta yang masuk keluar CIQ Johor Bahru akan dibebankan dengan jumlah tol sebanyak RM15.30 berbanding dengan RM2.90 yang perlu dibayar sekarang.
6. Justeru itu, Gabungan Tolak EDL telah ditubuhkan oleh sekumpulan penduduk Johor Bahru yang khuatir dengan perlaksanaan tol baru lebuhraya EDL ini dan kesan negatif yang mungkin akan dibawa kepada ekonomi Bandaraya Johor Bahru dan Johor.
7. Kami, telah melancarkan kempen punggutan tandatangan di sekitar Johor Bahru selama dua minggu lepas ini dan dilampirkan di sini untuk perhatian Dato Sri’, borang-borang tandatangan yang sempat dipungut oleh gabungan Tolak EDL untuk perhatian dan timbang rasa Dato Sri.
8. Jumlah tandatangan yang dapat dipungut setakat hari ini adalah 15,306 tandatangan.
8. Kami amat harap Dato’ Sri selaku Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia boleh menimbang rasa hasrat rakyat Johor yang membantah cara pungutan dan kadar tol tinggi EDL ini.
9. Kami, Gabungan Tolak EDL memohon dan menuntut:-
i. Hanya pengguna Lebuhraya EDL sahaja yang patut dikenakan dengan tol dan pengguna jalan lain ke CIQ JB tidak patut menanggung bayaran tol EDL;
ii. Kadar tol yang dikenakan mestilah munasabah dan seimbang dengan kos pembinaan dan jumlah tahun konsensi yang diberi agak tidak membebankan rakyat;
10. Kempen pungutan tandatangan Tolak EDL akan terus berjalan dan akan diserahkan kepada Dato’ Sri sehingga tuntutan Gabungan kami diterima oleh pihak kerajaan.
Yang benar,
STEVEN CHOONG
GABUNGAN TOLAK EDL
**** AMK Gelang Patah mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa BANTAHAN RAKYAT TERHADAP CARA PUNGUTAN DAN KADAR TOL EASTERN DISPERAL LINK (‘EDL’) JOHOR BAHRU yang berjaya mengumpulkan sebanyak 15,182 tandatangan rakyat Johor dan menghantar memorandum bantahan tersebut kepada Perdana Menteri pada 7 Mac 2012.
GHANI RUNSING... MUHYIDDIN PENING... APAKAH KEHADIRAN NAJIB 9 MAC INI PENWARNYA????
![]() |
| Sumber: Mkini |

















