DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 May 2008

AZALINA HALANG PELANCONG DI LIMA NEGERI MILIK PAKATAN RAKYAT

SHAH ALAM, 30 Mei (Hrkh) - UITM Shah Alam mendapat arahan daripada pihak atasan supaya tidak menerima dana daripada Kerajaan Selangor dan tidak membenarkan sebarang jemputan kepada exconya untuk menghadiri program berkenaan pelancongan.Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping dalam kenyataan medianya.
Beliau mendesak Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said perlu mengkaji semula kewajaran pembatalan Memorandum of Understanding (MoU) terhadap lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.Katanya, exco pelancongan di lima negeri itu sedia berunding dengan pihak kementerian agar pelancongan di Malaysia boleh dibangunkan tanpa halangan fahaman politik."Jika Azalina benar-benar ikhlas untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia semua projek tersebut perlu diteruskan demi produk dan infrastruktur pelancongan di Selangor dapat dinaikkan tarafnya," tegas beliau.
Menurut beliau, kerajaan Pusat perlu menghormati dan menerima hakikat bahawa rakyat Selangor telah memberi mandat dan amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.Disamping itu katanya, rakyat Selangor turut membayar cukai pendapatan dan taksiran kepada kerajaan Pusat oleh itu segala pembangunan dan peruntukkan yang diberikan mesti berlandaskan prinsip tanpa diskriminasi.Tambah beliau, pembatalan MoU dan melantik Adun sesama parti politik dengan Menteri Pelancongan untuk menjadi Pengerusi MTPN Selangor tanpa mengumumkan kepada pihak kerajaan negeri.
Beliau berkata, tindakan itu jelas membuktikan bahawa Kementerian Pelancongan masih mengamalkan diskriminasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.Halangan daripada Menteri Pelancongan secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Selangor telah berlaku.
"Minit bebas yang dikeluarkan oleh Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia pada 26 Mac 2008; "Adalah dimaklumkan bahawa senarai acara bagi beberapa negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan kelantan digugurkan daripada senarai acara `Signature Events'."
"Sehubungan itu pihak tuan adalah dipohon untuk tidak menyenaraikan acara berkenaan dalam Calender of Events, Laman Web secara bahan promosi dan publisiti'.
Beliau kesal dengan tindakan Azalina yang masih mengamalkan diskriminasi terhadap lima negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. - mr


Salam Reformasi
Zulkaria Ali
Angkatan Muda KeADILan Gelang Patah

No comments: