DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 May 2008

Kekalkan Tambang Pengangkutan Awam


in: Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa kerajaan tidak melayan permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Pan Malaysia untuk menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap penstrukturan semula subsidi bahan api dan lain-lain kos yang ditanggung oleh pengusaha.
AMK akur bahawa industri pengangkutan awam dan barangan merupakan salah satu nadi utama perjalanan ekonomi negara. Sebarang kepincangan yang berlaku kepada kedua-dua sektor ini mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, kebajikan rakyat terbanyak harus diseimbangkan dalam mengejar kemajuan ekonomi negara.
Kenaikan tambang pengangkutan awam, walaupun hanya 10 peratus cukup memberi kesan keatas golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menggunakan kenderaan awam ini setiap hari. Kenaikan ini, ditambah dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah ini semakin tersepit. Namun dengan mengekalkan kadar tambang yang kali terakhir disemak pada awal 2005, sedangkan harga diesel telah meningkat lebih sekali ganda akan menyebabkan ramai pengusaha terpaksa melakukan penjimatan kos, sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Sebagai langkah penyelesaian, AMK mencadangkan kerajaan membantu pengusaha bas terbabit melalui Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA), yang ditubuhkan pada 2006 bertujuan untuk membantu mereka yang terbabit secara langsung oleh kenaikan harga minyak seperti bas dan teksi; bot penumpang; lori yang membawa barangan makanan serta bekalan ubat-ubatan. Melalui bantuan tersebut, diharap pihak pengusaha bas dapat mengekalkan kadar tambang serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Langkah tersebut dapat menarik lebih ramai penumpang, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka sehingga tahap mampu diri, tanpa mengharap bantuan dari kerajaan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, AMK turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mempengerusikan jawatankuasa khas KWAPA supaya mendedahkan kepada rakyat kemanakah wang KWAPA hasil pengurangan subsidi minyak sebanyak RM 4.4 bilion itu dibelanjakan!
Hasmuzair Hassan
Exco merangkap Timb Pengerusi Biro Hal Ehwal Kepenggunaan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: