DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 May 2011

ANWAR ONLINE DALAM YAHOO! MALAYSIA

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa berkemungkinan beliau mengenali pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News. Beliau turut menyatakan bahawa beliau turut mengesyaki beberapa individu berdasarkan bentuk fizikal lelaki yang terdapat dalam video tersebut.

Ketua Umum dalam program yang dihoskan oleh Yahoo! Malaysia selama 75 minit itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”bahkan secara tegas menyatakan bahawa ini adalah jenayah jijik dan kotor yang diatur oleh konspirator2 didikan Umno/Barisan Nasional.

DS Anwar juga mempersoal ketelusan siasatan video tersebut apabila ditanya oleh seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video tersebut yang dikatakan dianalisis pakar2 dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. Kenyataan tersebut seolah-olah telah menjatuhkan hukuman terhadap DS Anwar sedangkan kesahihan pelaku seks dalam video tersebut dibuktikan. Sekiranya ia telah dibuktikan maka adalah wajar pihak berkuasa mendedahkan cara terperinci siasatan dilakukan. Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara tersebut menyatakan bahawa "tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik”.

Penulis berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebenarnya mengundang persepsi politik walaupun beliau menafikannya. Kenyataan tergantung yang diberikan oleh beliau sebenarnya memberi bola tanggung kepada media pro Umno untuk terus memutarbelitkan isu ini.

DS Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa “Datuk T” ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran “Dr MiM” bertanya, “DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda.”

Anwar menjawab, “apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?”

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata “tiada sebab” beliau harus dipenjarakan.
“Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!” jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa. “Kita patut mengatasinya,” janji Anwar.

No comments: