Y.A.B DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL HAJI RAZAK
PERDANA MENTERI
JABATAN PERDANA MENTERI
BLOK UTAMA, BANGUNAN PERDANA PUTRA
62502 PUTRAJAYA
Tarikh : 7hb Mac 2012
Y.A.B Dato’ Sri,
BANTAHAN RAKYAT TERHADAP CARA PUNGUTAN DAN KADAR TOL EASTERN DISPERAL LINK (‘EDL’) JOHOR BAHRU
1 Kami merujuk kepada perkara di atas dimana kami adalah satu pertubuhan gabungan pertubuhan sivil yang ditubuhkan di Johor Bahru, Johor.
2. Untuk pengetahuan Dato Sri’, anak syarikat MRCB Bhd telah membina satu lebuhraya baru di Bandaraya Johor Bahru yang dikenali sebagai Eastern Dispersal Link (‘EDL’) yang dijangka akan dibuka pada bila-bila masa.
3. Lebuhraya EDL ini adalah sepanjang 8.1 km dan kos pembinaan seperti dilapor dalam media semasa adalah RM977 juta. Juga dilaporkan bahawa MRCB telah diberi konsesi selama 34 tahun untuk memungut tol EDL tersebut.
4. Berdasarkan kepada laporan media semasa dan sehingga hari ini tidak pernah dinafikan oleh pihak MRCB, kesemua kenderaan yang masuk keluar CIQ Johor Bahru di Bangunan Sultan Ibrahim akan dikenakan tol sebanyak RM6.20 sehala (2 hala; RM12.40), tidak kira sama ada kenderaan tersebut merupakan pengguna lebuhraya EDL atau tidak.
5. Ini bertambah dengan tol yang sedia ada iaitu tol PLUS sebanyak RM2.90 bermakna setiap pengguna kereta yang masuk keluar CIQ Johor Bahru akan dibebankan dengan jumlah tol sebanyak RM15.30 berbanding dengan RM2.90 yang perlu dibayar sekarang.
6. Justeru itu, Gabungan Tolak EDL telah ditubuhkan oleh sekumpulan penduduk Johor Bahru yang khuatir dengan perlaksanaan tol baru lebuhraya EDL ini dan kesan negatif yang mungkin akan dibawa kepada ekonomi Bandaraya Johor Bahru dan Johor.
7. Kami, telah melancarkan kempen punggutan tandatangan di sekitar Johor Bahru selama dua minggu lepas ini dan dilampirkan di sini untuk perhatian Dato Sri’, borang-borang tandatangan yang sempat dipungut oleh gabungan Tolak EDL untuk perhatian dan timbang rasa Dato Sri.
8. Jumlah tandatangan yang dapat dipungut setakat hari ini adalah 15,306 tandatangan.
8. Kami amat harap Dato’ Sri selaku Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia boleh menimbang rasa hasrat rakyat Johor yang membantah cara pungutan dan kadar tol tinggi EDL ini.
9. Kami, Gabungan Tolak EDL memohon dan menuntut:-
i. Hanya pengguna Lebuhraya EDL sahaja yang patut dikenakan dengan tol dan pengguna jalan lain ke CIQ JB tidak patut menanggung bayaran tol EDL;
ii. Kadar tol yang dikenakan mestilah munasabah dan seimbang dengan kos pembinaan dan jumlah tahun konsensi yang diberi agak tidak membebankan rakyat;
10. Kempen pungutan tandatangan Tolak EDL akan terus berjalan dan akan diserahkan kepada Dato’ Sri sehingga tuntutan Gabungan kami diterima oleh pihak kerajaan.
Yang benar,
STEVEN CHOONG
GABUNGAN TOLAK EDL
**** AMK Gelang Patah mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa BANTAHAN RAKYAT TERHADAP CARA PUNGUTAN DAN KADAR TOL EASTERN DISPERAL LINK (‘EDL’) JOHOR BAHRU yang berjaya mengumpulkan sebanyak 15,182 tandatangan rakyat Johor dan menghantar memorandum bantahan tersebut kepada Perdana Menteri pada 7 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment