DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 February 2010

DATUK SERI ZAHRIN MOHD HASHIM KELUAR PKR

Datuk Seri Zahrin bin Mohd Hashim (gambar) telah mengumumkan untuk keluar parti (PKR) hari ini. Dalam Sidang Akhbarnya pagi ini, beliau mendakwa bahawa tindakan beliau adalah kerana ketidakpuashatian terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mendakwa bahawa tindakan beliau adalah tindakan peribadi dan beliau akan menjadi ahli parlimen bebas yang tidak "mesra" BN. Turut hadir dalam sidang akhbar adalah bekas S/Usaha Agung PKR.

Beliau pernah menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr. Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Kepada Datuk Seri Zaharin Mohd Hashim, Selamat Maju Jaya.

Kepada mana-mana pimpinan PKR yang memakai baju PKR namun peluh masih berbau Umno.. Ikutlah jejak beliau. Tidak perlu menyalahkan orang lain jika diri itu penuh dosa...

"Jadilah benih yang baik kerana benih yang baik jika di campak ke darat akan menjadi gunung dan jika di campak ke laut akan menjadi pulau"....

No comments: