Datuk Nasir Safar yang merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang, Pontian yang kini menjawat Pegawai Khas Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan akan meletak jawatan ekoran kenyataan biadap beliau terhadap kaum India dan Cina di negara ini. Datuk Nasir Safar adalah pencipta slogan "Melayu Glokal" dan kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai.Penulis yang mengenali sifat Datuk Nasir Safar semasa bergiat cergas dalam Pemuda Umno di Pontian sekitar awal 90an dahulu sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari Umno (namun nama masih ada dalam senarai ahli Umno) selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Datuk Nasir Safar adalah pemimpin yang petah bercakap , susun katanya teratur dan sesiapa yang mendengar pasti akan tertawan kerana Nasir memang dilahirkan untuk bijak berpidato . Namun setakat bijak berpidato saja tidak mencukupi kerana ilmu didada juga penting dan mungkin disebabkan kekurangan ilmu maka Nasir tersasul sehingga menjadi bahan kecaman sekarang ini. Beliau juga merupakan orang lemah lembut tetapi agak beremosi semasa berucap sehingga membuatkan dia kadang kala terlupa , kakinya berpijak di bumi yang mana .
Kenyataan "bangang" Nasir Safar pada Forum 1Malaysia di MITC, Melaka pada 2 Februari 2010, jelas menunjukan sikap biadap bekas Ketua Pemuda Umno Johor ini yang langsung tidak menghormati hak kaum lain yang tinggal di bumi Malaysia ini. Antara kenyataan beliau adalah :-
- Kaum bukan melayu dinegara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah
- Mengancam bahawa kerajaan akan menarik balik kerakyatan kaum India yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan SPM
- Indian came to Malaysia as beggars and chinese especially the women came to sell their bodies.
- Isu Perkauman
- Isu Raja2 Melayu
- Isu Agama.
No comments:
Post a Comment