
Dr. Zaliha binti Mustaffa telah dimasukkan ke wad 202 di Johor Specialist Hospital Johor Bahru hari ini dan mengikut kenyataan Doktor yang bertugas, Dr. Zaliha akan dibedah pada khamis 11 Februari 2010.
Sehubungan dengan itu marilah kita mendoakan agar Dr. Zaliha diberikan kekuatan dan segera pulih untuk kembali memimpin PKR Cabang Gelang Patah yang sekarang semakin aktif dengan pelbagai aktiviti.
Kami dari Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Zaliha.
No comments:
Post a Comment