DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 February 2010

FITNAH KE 2 KE ATAS ANWAR IBRAHIM

Kes pertuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dibicarakan sejak 2hb Februari yang lalu. Jika kita mewaraskan pemikiran dan membaca hujah atau keterangan yang diberikan oleh Saiful, ianya tidak ubah seperti dailog2 dalam skrip. Skrip yang disunting tidak begitu kemas, mungkin kerana kesuntukan masa. Bahan2 bukti seperti "Ky Jelly" dan kenyataan "tidak buang air besar selama 2 hari" serta "menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya." seolah-olah menjawap persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah2 pimpinan Pakatan Rakyat dalam ceramah2 mereka.

Mereka berusaha keras menyiapkan "homework" yang diberikan berdasarkan dengan kes yang lalu. Cuba memperbaiki kesilapan2 yang menyebabkan mereka "tewas" pada pertarungan yang lepas. Namun mereka lupa... "wamakaru wamakarullah wallahukhairun makirin"..

Fitnah ke-2 ini akan menyerang bukan sahaja batang tubuh Anwar Ibrahim bahkan jika saff kepimpinan tidak diperkukuhkan, maka sesuatu yang diingini oleh Umno/BN pasti akan berlaku. Hentikanlah pertelagahan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat. Mana2 Yang Berhormat dan mereka yang merasakan bakal menjadi Yang Berhormat pada PRU-13 nanti, teruskan berkerja untuk rakyat, peduli akan kepayahan rakyat. Insya-Allah, janji yang maha ESA itu benar bahawa setiap kebaikan pasti akan dibalas baik oleh-NYA.

Dalam ayat surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “Wahai orang2 yang beriman, hendaklah kamu bersabar, bertahanlah dalam kesabaran dan bersiagalah terhadap lawan dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu menjadi umat yang berjaya".....

Justeru, kerjasama dari semua pimpinan AMK Cabang di seluruh Johor agar menjadi agen penerangan parti bagi memperjelaskan kedudukan sebenar perbicaraan Dato' Seri AnwarIbrahim kepada masyarakat setempat kerana media pro Umno/BN akan memanipulasi secukupnya perbicaraan ini untuk memberikan gambaran negatif kepada Anwar Ibrahim Gunakanlah apa cara sekalipun untuk memberi penerangan kepada masyarakat, yang penting masyarakat berhak tau apa yang sepatutnya mereka ingin tahu.

Berserah dan berdoa tidak cukup untuk menumbangkan kedurjanaan Umno/BN...

No comments: