DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 June 2010

DS ANWAR SEMAKIN OPTIMIS

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok.
Kerajaan pimpinan Najib semakin tertekan dengan pendedahan oleh oleh DS Anwar apabila syarikat milik Israel terlibat dalam pembangunan telekomunikasi beberapa kementerian. Lebih mengejutkan apabila kakitangan syarikat Apco Worlwide tersebut adalah bekas komando tentera Israel yang telah menerima beberapa pengiktirafan dari negara yahudi itu.
DS Anwar juga menyatakan bahawa banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.
Tindakan tentera yahudi yang bertindak ganas ke atas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza juga memperlihatkan keangkuhan mereka namun Najib sanggup bersekongkol dengan Apco Worldwide yang berpengkalan di Israel walaupun alasan Najib bahawa kehadiran Apco hanyalah untuk membangunkan telekomunikasi negara. Apapun alasan Najib, keselamatan negara telah digadai olehnya apatah lagi kakitangan Apco adalah bekas2 komando yang terlatih dalam teknologi maklumat.
Kenyataan serta kutukan Najib terhadap tindakan ganas tentera Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan Gaza dilihat sebagai pembohongan dari Najib. DS Anwar mencabar Najib menafikan segala dakwaan tersebut di parlimen esok.
DS Anwar juga akan mendedahkan bahawa menyelamatkan negara dari terus menjadi sebuah negara yang begitu sinonim dengan aktiviti rasuah oleh kepimpinan negara, maka pembohongan BN akan terus dibongkar dalam program ceramah isu semasa yang giat dijalankan dari masa ke semasa.
Beliau juga optimis bahawa kemenangan akan dicapai dengan mengatakan bahawa dari Sarawak sehinggalah ke Johor, Pakatan Rakyat (PR) akan pastikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, tonggak pemerintahan negara akan berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Ayuh..... bersama kita merealisasikan tekad ini.

No comments: