DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

27 June 2010

ULASAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT






Ucapan terima kasih kepada AJK PKR Cabang Gelang Patah yang hadir pada Program Khidmat Masyarakat yang diadakan pada siang tadi. Walaupun terpaksa mengorbankan masa hujung minggu, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan cukup2 membanggakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Program di ketuai oleh Pemangku Ketua Cabang, Tn. Hj. Abdul Manan bin Othman. Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir kira2 jam 1.45 petang.
Seperti biasa, program PKR tidak lekang dari pemantauan pihak polis. Sejak awal program lagi Polis Cawangan Khas (SB) sibuk mendapatkan maklumat melalui seorang AJK kami dan ketika kami berkunjung ke salah sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, 2 anggota polis berpakaian seragam memantau pergerakan kami. Jika ini situasi yang kami terima, kami berjanji selepas ini pihak polis perlu lebih kerap memantau pergerakan kami disebabkan banyak program yang telah diatur sepanjang tahun ini.
Program ini juga dapat mempertemukan kembali bekas Ketua Wanita PKR Gelang Patah yang di kenali sebagai "Mak Tik", yang masih semangat bercakap soal perjuangan walaupun umurnya sudah mencecah umur 71 tahun. Beliau menasihatkan agar kempen menarik golongan muda diperhebatkan jika mahukan kemenangan pada masa akan datang. Beliau juga memberi pandangan agar program2 penerangan perlu lebih aktif bagi memperjelaskan sesuatu isu yang diputar belitkan oleh media2 pro kerajaan dan jangan bergantung kepada ceramah semata-mata. Risalah2 perlu diedarkan dan tidak perlu takut dengan tekanan dari mana2 pihak kerana itulah perjuangan yang perlukan keberanian, kebijaksanaan dan pengorbanan. Rasa tanggungjawab perlu ada disetiap AJK agar kekuatan organisasi dapat diterjemahkan. Itulah kata2 hikmat dari seorang pejuang yang berjuang sejak dari Umno diharamkan dan pernah menjadi pimpinan Semangat 46 bersama Datuk Aziz Sapian yang menjadi ADUN (BN) Nusajaya sekarang.
Saya selaku Ketua Saketeriat yang bertanggungjawab mengatur program tersebut akan menjadikan program ini sebagai program hujung minggu kerana inilah program yang mendekatkan parti dan rakyat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang2 bantuan terutama kepada Timbalan Ketua Cabang, Tn. Hj. Yusof Hassan serta sumbangan di kalangan AJK sendiri.
Kepada AJK yang terlibat dalam program tersebut seperti Tn.Hj Manan dan Isteri, Tn.Hj.Azhari dan Isteri, Pn.Asmah, Pn. Rafiah, En.Ramli Radam, En.Balah, En. Fadzil Hashim, En. Faizul Amir Baharuddin dan En. Saiful Karim Mansod, diucapkan setinggi penghargaan diatas komitmen yang diberikan. Insya-ALLAH, jika kita komited dan yakin akan perjuangan kita, kejayaan pasti akan menunggu kita kerana "benih yang kita semai pasti akan membuahkan hasil kelak...."
Berkerja dengan jujur kerana inilah tanggungjawab kita kepada masyarakat. Semoga ALLAH meredahi kerja amal kita.

Setiausaha
PKR/AMK Cabang Gelang Patah

No comments: