Semakin jelas kelihatan "Konspirasi" peringkat tertinggi dalam perbicaraan Kes Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim bahkan harapan rakyat untuk melihat satu perbicaraan yang adil dan saksama terhadap kes liwat II ini nampaknya tidak mungkin menjadi kenyataan. Sedari awal perbicaraan kita melihat hakim seolah-olah menjadi peguam bela kepada Saifool. Dan jika ianya berterusan maka kita hanya mampu berserah kepada takdir .
Ini terbukti apabila segala barang/bukti kes yang diperlukan oleh barisan peguam DS Anwar untuk membela nasibnya itu semuanya dihalang oleh hakim yang arif lagi bijaksana. Bermula dengan laporan polis Saifool, kemudian sample serta salinan dokumen bahan bukti, nama-nama saksi dan yang terkini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan DS Anwar untuk mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dibuat terhadap Saiful dulu. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.
Selain itu, peguam-peguam DS Anwar juga dihalang untuk mendapatkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual terhadap kes seperti itu. Malah pihak pembelaan juga mungkin dihalang untuk mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful iaitu Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Halangan tersebut dilihat sebagai usaha memungkinkan pakar forensik dari Australia yang dibawa khas oleh pihak DS Anwar untuk membuat rumusan berdasarkan laporan perubatan tersebut. Namun kehadiran pakar forensik tersebut mungkin sia2 apabila hakim tidak membenarkan beliau dibekalkan dengan laporan2 perubatan terhadap Saifool.
Tidak keterlaluan bahawa perbicaraan ini adalah "berat sebelah" dan mungkin juga sekadar pelengkap "skrip" untuk memenjarakan DS Anwar serta menamatkan karier politik beliau kerana DS Anwar sebenarnya ditakuti dan digeruni oleh pimpinan Umno terutama Najib Razak.
No comments:
Post a Comment