Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Heng (MCA) hari ini mahukan penjelasan dari Presdien parti, Datuk Seri Chua Soi Lek yang sebelum ini mendakwa bahawa nama beliau (Tan) tersenarai untuk jawatan Timbalan Menteri. Namun setelah Tan menyemak senarai nama tersebut, didapati nama beliau sebenarnya tidak tersenarai seperti mana yang didakwa oleh Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya anak Presiden MCA itu (Chua Tee Yong) pula yang tersenarai untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertanian.
"Saya tuntut keadilan", kata Tan pada sidang media di lobi parlimen dan ingin penjelasan segera dari DS Chua.
Khabar anging mengatakan bahawa Tan Ah Heng bakal disingkirkan dari senarai calon untuk PRU-13 setelah DS Chua Soi Lek dipilih menjadi Presiden. Tempat Tan dikatakan bakal diganti oleh anak tempatan yang sudah mula mendapat tempat diakhbar2 berbahasa cina.
Kerusi Parlimen Gelang Patah juga menjadi rebutan Umno yang mana dari sumber2 rakan dalam Umno sendiri mendakwa bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah wajar diberikan kepada Umno setelah pengundi cina begitu kuat menyokong ADUN Skudai, Dr. Boo pada PRU-12 dan berdasarkan senario politik sekarang serta analisis pilihanraya kecil mendapati pengundi cina akan memberi undi kepada calon pembangkang dan ini amat2 dikhuatiri oleh Umno. Jika senario ini terus berlaku maka kerusi parlimen Gelang Patah wajar diberikan kepada Umno dan mereka juga mendakwa bahawa Umno sendiri mempunyai calon tempatan yang berkelayakan.
Tan juga didakwa oleh sebilangan pemimpin Umno tempatan sebagai Ahli Parlimen yang sombong dan lupa diri kerana jarang turun padang dalam aktiviti kemasyarakatan dan hanya menghantar wakil dalam setiap program yang menuntut keterlibatan beliau dalam program tersebut.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat semakin agresif dalam program bertemu rakyat dan pada 26 Jun nanti, PKR Gelang Patah akan membuat program2 khidmat masyarakat disekitar Parlimen Gelang Patah. Program ini akan diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang, En. Abdul Manan Othman dan disertai oleh semua jawatankuasa PKR Gelang Patah. PKR Gelang Patah semakin optimis untuk memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 nanti.
"Saya tuntut keadilan", kata Tan pada sidang media di lobi parlimen dan ingin penjelasan segera dari DS Chua.
Khabar anging mengatakan bahawa Tan Ah Heng bakal disingkirkan dari senarai calon untuk PRU-13 setelah DS Chua Soi Lek dipilih menjadi Presiden. Tempat Tan dikatakan bakal diganti oleh anak tempatan yang sudah mula mendapat tempat diakhbar2 berbahasa cina.
Kerusi Parlimen Gelang Patah juga menjadi rebutan Umno yang mana dari sumber2 rakan dalam Umno sendiri mendakwa bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah wajar diberikan kepada Umno setelah pengundi cina begitu kuat menyokong ADUN Skudai, Dr. Boo pada PRU-12 dan berdasarkan senario politik sekarang serta analisis pilihanraya kecil mendapati pengundi cina akan memberi undi kepada calon pembangkang dan ini amat2 dikhuatiri oleh Umno. Jika senario ini terus berlaku maka kerusi parlimen Gelang Patah wajar diberikan kepada Umno dan mereka juga mendakwa bahawa Umno sendiri mempunyai calon tempatan yang berkelayakan.
Tan juga didakwa oleh sebilangan pemimpin Umno tempatan sebagai Ahli Parlimen yang sombong dan lupa diri kerana jarang turun padang dalam aktiviti kemasyarakatan dan hanya menghantar wakil dalam setiap program yang menuntut keterlibatan beliau dalam program tersebut.
No comments:
Post a Comment