DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 May 2010

AHLI PKR PERLU DITARBIYYAH : AMK GELANG PATAH SOKONG

Saranan Pemuda PAS Wangsa Maju agar ahli PKR terutama pimpinannya ditabiyyah bagi menguatkan jatidiri dan setia kepada kepimpinan serta tidak mudah goyah "iman" jika diugut atau ditawarkan imbuhan oleh agent2 Umno wajar diterima baik oleh pimpinan PKR. Bahkan kesediaan Pemuda PAS untuk membantu dalam program mentarbiyyah ini telah menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dari mereka dan ia wajar dipuji.

AMK Cabang Gelang Patah telahpun memulakan program memperkuat jatidiri serta membentuk kekuatan rohani apabila program keugamaan telah berjaya diadakan pada 13 Mei 2010 di Pejabat PKR, Taman Teratai. Program dimulakan dengan solat maghrib berjamaah disusuli bacaan surah Yassin dan tahlil. Selepas solat isyak berjamaah diadakan pula tazkirah oleh Utz. Zaifidin Mat Isa yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah. Program ini juga diharap dapat mempereratkan lagi "uhkuwah" antara satu sama lain.

Lebih membanggakan apabila kehadiran kaum India dan Cina yang turut mendengar tazkirah tersebut serta penerangan jelas dari Utz. Zaifidin mengenai indahnya Islam, sekurang-kurangnya dapat memperjelaskan kepada mereka yang bukan islam betapa islam ini sebenarnya agama yang cukup lengkap dari pelbagai aspek baik dari segi ekonomi, pentadbiran, sosial, kemasyarakatan, pendidikan dan pelbagai lagi.

Buat permulaan, program ini akan diadakan sebulan sekali bergantung kepada komitmen ahli dan ianya telah ditetapkan oleh Pemangku Ketua Cabang, Tn. Hj. Abdul Manan sebagai program bulanan. Jika komitmen yang ditunjukan oleh ahli berterusan, program ini akan diadakan setiap minggu bagi memperkukuhkan lagi jatidiri agar kita sentiasa "istiqamah" dalam perjuangan.

AMK Gelang Patah menyeru kepada semua ahli PKR Gelang Patah atau cabang2 yang berhampiran untuk turut serta dalam program ini dan program akan datang akan diadakan pada 10 Jun 2010.

Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang hadir serta menjayakan program ini pada 13 Mei yang lalu. "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana Muafakat". Insya-ALLAH jika ada muafakat serta keinginan mahukan perubahan, segala rintangan dan dugaan pasti dapat ditempuh bersama dan percayalah kejayaan sudah ada dihadapan. Namun terpulang pada kita memanafaatkan ruang dan peluang yang ada untuk kita raih kejayaan itu.

MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS JOHOR

MEMORANDUM KEPADA
KETUA POLIS NEGERI JOHOR

Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Sharif,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor,
Polis Diraja Malaysia
80990 Jalan Tebrau,
Johor Bahru,
Johor

ISNIN 10 MEI 2010

Pada hari Jumaat 7hb Mei 2010 Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh datang berceramah di Markaz PAS Cawangan Taman Dahlia pada jam 9.45 malam. Mulai jam 7.00 malam kawasan Taman Dahlia, Tampoi telah dikepong dengan 5 sekatan jalanraya (road block) serta ratusan anggota polis daripada Balai Polis Johor Bahru Utara. Kesannya adalah :

Kesesakan lalulintas di dalam Taman Dahlia dan sekitarnya.
Ketidakselesaan penduduk sekitar Taman Dahlia.
Memberi tekanan psikologi kepada penduduk yang ingin datang mendengar ceramah.

Setelah selesai ceramah di Taman Dahlia pihak polis telah menahan kumpulan kenderaan yang membawa Dato Seri Anwar dengan alasan menggunakan lampu veacon. Bentuk penahanan ini adalah seperti penahanan seorang penjenayah besar sedangkan ia adalah kesalahan jalanraya jika pun dibuktikan bersalah. Setelah gagal membuktikannya maka pihak polis telah melepaskan begitu sahaja. Halangan ini telah memakan masa 15 minit dan tentunya melambatkan perjalanan kumpulan ini ke ceramah seterusnya di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong.

Setelah sampai di kawasan ceramah di Taman Saujana terdapat beberapa provokasi yang boleh menjadi punca pergaduhan seperti :

Terdapat sekumpulan anak muda berpakaian UMNO membuat bising dengan kata-kata yang kesat seolah-olah mahu membuat provokasi.
Terdapat bunga api yang telah dibaling di tengah kawasan ceramah.
Terdapat banner yang menyatakan Dato Seri Anwar adalah penghianat negara

Malangnya provokasi ini tidak langsung dihalang oleh pihak polis.

Berdasarkan kepada peristiwa yang telah berlaku maka pemuda Pakatan Rakyat berpendapat bahawa :

Pihak polis telah cuba menghalang rakyat untuk hadir ke Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Markaz PAS Taman Dahlia, Tampoi.
Pihak polis telah mendedahkan dirinya kepada persepsi yang salah dikalangan rakyat.
Pihak polis telah gagal menghalang provokasi pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak polis telah menurunkan anggotanya yang terlalu ramai semasa ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia.

Justeru Pemuda Pakatan Rakyat mendesak pihak polis melaksanakan tindakan berikut:

Bertindak secara profesional dalam semua perkara khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.

Mengelakkan pembaziran wang rakyat dengan menurunkan anggota polis yang terlalu ramai untuk melaksanakan sesuatu yang tidak perlu. Tenaga ini harus ditumpukan kepada perkara yang sangat diperlukan oleh rakyat khususnya mengekang jenayah di Johor Bahru.

Memberikan cadangan kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan untuk membenarkan semua pihak menggunakan dewan-dewan orang ramai milik kerajaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, dialog dan lain-lain anjuran parti pembangkang.

Yang Benar

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR

TAN HONG PIN
KETUA PEMUDA DAP NEGERI JOHOR

MOHAMAD NAZRI BIN ISMAIL
NAIB 1 KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR

s.k :
- Ketua Polis Negara
- SUHAKAM
- Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia


Catatan :-

Pemuda Pakatan Rakyat telahpun menghantar satu Memorandum (seperti diatas) kepada Ketua Polis Johor pada 10 Mei 2010 yang lalu. Datuk Mokhtar (Ketua Polis Negeri Johor) tidak dapat menerima memorandum tersebut atas alasan tugas dan beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman untuk menerima memorandum tersebut.

Walaupun memorandum tersebut berjaya diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Johor, namun cara beliau menerima kehadiran kami amat2 mendukacitakan dan ianya tidak wajar dilakukan oleh seorang penjawat awam apatah lagi seorang yang berpangkat nombor 2 dalam Polis Johor. Beliau yang hanya menerima memorandum tersebut dan menolak untuk diadakan sesi dialog walaupun kami hanya mahukan 10 minit sahaja.

Ianya amat berbeza dengan layanan yang diberikan kepada kami semasa pertemuan Pemuda Pakatan Rakyat dan Datuk Mokhtar yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Johor. Kami percaya, layanan yang mesra dan bertertib mampu merapatkan jurang antara polis dan rakyat.

Apapun kami mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Datuk Timbalan Ketua polis Negeri Johor.

14 May 2010

KELULUSAN "JUDI" PIALA DUNIA : ALONG SEMAKIN RANCAK MENJALANKAN PROMOSI

Disekitar Taman Setia Indah, Taman Universiti, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Sri Skudai, Taman Johor Jaya, Permas Jaya dan beberapa taman lagi sekitar bandar Johor Bahru, kad2 peniagaan, banner2, poster2 dan pelbagai iklan dari ceti haram atau "along". Selepas kerajaan Apco-BN meluluskan pertaruhan piala dunia, fonomena ini semakin menjadi-jadi dan "along2" mengambil kesempatan kepada mana2 individu yang ingin bertaruh namun tidak mempunyai wang mencukupi maka mereka menawarkan pakej2 yang menarik.

Inilah kesan akibat dari tindakan kerajaan Apco-BN meluluskan pertaruhan tersebut. Mungkinkah selepas Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang dijadualkan akan berlangsung pada Jun nanti, kes2 ugutan atau pembunuhan oleh ceti2 haram ini akan meningkat akibat dari kegagalan "tahi2 judi" ini melunaskan pinjaman mereka..??? Apakah Najib sebagai Menteri Kewangan tidak terfikir impak/kesan buruk yang akan berlaku akibat dari kelulusan judi tersebut. Mengapakah begitu terdesak sekali untuk meluluskan "judi' tersebut. Ini amat2 memalukan Malaysia yang statusnya adalah negara islam.


Kenapa pemimpin melayu Umno diam seribu bahasa..??? Kemana kelantangan bloggers2 Umno yang selama ini kununnya mempertahankan melayu dan islam...??? Sekarang negara kita telah dicemari oleh judi hasil dari keputusan "bodoh dan tamak" pemimpin kamu yang "bangsat". Inikah cara kamu berpolitik..??? Mana Ezam, Lokman Noor Adam, Zulkifli Nordin, Hamdan Taha dan beberapa lagi bekas pemimpin PKR yang ada dalam Umno sekarang..??? Pondankah kamu.. Baculkah kamu... Bangsatkah kamu sehingga sanggup bersengkongkol dengan judi ini.

AMK Gelang Patah mencabar mana2 pemimpin Umno ataupun blogger2 Umno menegur Najib akibat tindakan "bangsat"nya meluluskan pertaruhan piala dunia. Nyatakan pendirian kamu jika kamu benar2 membela agama, bangsa dan negara. Sekarang negara telah dicemari oleh mereka yang tamak haloba.

Apakah benar khabar angin dari negara jiran mengatakan bahawa kerajaan hari ini gagal dalam tadbir urus kewangan negara sehinggakan beberapa kementerian gagal/lambat membayar beberapa elaun tuntutan pekerja serta beberapa projek terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukkan. Apakah benar gaji kakitangan awam dibayar oleh Yayasan Noah (sila rujuk dalam wikipedia). Yayasan Noah yang memiliki lebih 3juta saham dalam Genting Berhad. Jika perkhabaran ini benar, bermakna gaji kakitangan awam dibayar melalui hasil judi..

Apakah ini permulaan kehancuran bangsa melayu... Kamu fikirlah wahai pejuang2 melayu... Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh pembesar2 melayu yang mempergunakan kita untuk terus kekal berkuasa.... Fikirlah

PENGASAS AL-ARQAM MENINGGAL DUNIA

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

Komen :-

Penulis pernah mengikuti jemaah Al-Arqam ketika berusia belasan tahun semasa diawal penubuhannya. Penulis amat kagum dengan pengurusan dan organisasi Al-Arqam yang berjaya membina rangkaian yang kuat serta menunjukkan bahawa islam mampu menjadi kuasa yang kuat jika ditadbir dengan baik. Lihat sahaja bagaimana Al-Arqam berjaya dalam penyebaran agama melalui kekuatan bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian mampu menarik orang ramai dengan keindahan islam.

Namun akibat ketidakmampuan menerima ujian Allah dan manusia sering lupa bila terlalu dipuji dan diberikuasa, akhirnya Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Ustaz Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Walaupun begitu, beliaulah yang menasihati penulis betapa pentingnya ibadah dan perjuangan. Tidak dinafikan bahawa ketika bersama Al-Arqamlah penulis mengenali dan mempelajari banyak tentang ilmu agama, kepentingan solat serta beberapa zikir2 munajat yang menjadi alunan para2 Ustaz sekarang. Rabanni, Hijjaz dan banyak lagi kumpulan nasyid adalah lahir dari Al-Arqam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ashaari Muhammad. Al-Fatihah....

13 May 2010

GHANI MINHAT BANTAH KELULUSAN LESEN PERTARUHAN PIALA DUNIA

Lagenda bolasepak Negara, Datuk Abdul Ghani Minhat semalam menyatakan bantahannya mengenai cadangan Kerajaan Apco-BN untuk meluluskan pertaruhan (judi) pada kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Beliau bimbang jika kelulusan lesen pertaruhan pada Piala Dunia ini diluluskan, pemilik lesen perjudian itu akan meminta pula perkara yang sama bagi liga tempatan dan ini akan membunuh pembangunan bola sepak negara yang baru tumbuh.

Abdul Ghani, penyerang yang digeruni semasa eranya sekitar 60an, berkata beliau juga bimbang gejala rasuah yang pernah menyerang pasukan dalam Liga Malaysia pada tahun 1994 dan 1995, akan kembali mencemari bola sepak tempatan.

Ghani Minhat (nombor dua dari kiri) bersama YB Nik Nazmi

Liga Malaysia pernah dilanda rasuah pada tahun 1994 apabila 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan.

Akibatnya 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) manakala 21 pemain dan jurulatih diberhentikan dan beberapa pemain dibuang daerah dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan FAM seumur hidup.

Kesannya, Malaysia kehilangan pemain handalan yang ramai. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara.

Namun bantahan lagenda bolasepak negara itu agak terlewat kerana diberitakan bahawa Bernama Group telah diberikan kelulusan untuk memegang lesen pertaruhan tersebut.

12 May 2010

SYABAS YB MIKE : BERANI KERANA BENAR

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam akhirnya membuat laporan polis berhubung dakwaan rasuah dalam syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
Beliau membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan berakhir 40 minit kemudian.

Ahli parlimen itu memohon satu siasatan terperinci oleh jawatankuasa khas polis berhubung pecah amanah dan rasuah yang didakwa berlaku dalam syarikat tersebut.
Dalam laporan polis, Manikavasagam menyerahkan tiga nama pegawai tinggi syarikat itu yang menurutnya dipercayai terbabit dengan amalan rasuah.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi wujud anasir salah urus disebabkan kepincangan atasan dalam syarikat tersebut..
Menurutnya, akaun syarikat yang tidak dikemaskini menyebabkan kutipan berjuta ringgit tidak dilakukan "Syarikat juga memberi rebet atau diskaun yang melampau kepada syarikat tertentu. Syarikat gagal mencapai sasaran perniagaan yang ditetapkan tetapi kenaikan gaji pegawai tertentu dua kali ganda dan dibayar bonus empat bulan
"Ada pelombong pasir yang mendapat permit tanpa membayar royalti atau bentuk ‘monetary’ kepada syarikat," katanya dalam laporan polis itu.
Dakwa Manikavasagam lagi, syarikat mengeluarkan doket pengangkutan kepada syarikat termasuk pelombing haram, manakala permohonan pelombong tidak dipertimbangkan.
Tambahnya, Kumpulan Semesta membenarkan pengangkutan keluar pasir tanpa bayaran menyebabkan akaun tertunggak sehingga berjuta ringgit walhal polisi syarikat adalah membuat pra bayar.
Katanya, beliau membuat laporan itu selepas disuruh berbuat demikian oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadakan pertemuan pagi tadi.
"Saya menyerahkan dokumen kepada menteri besar mengenai dakwaan rasuah yang berlaku dalam syarikat tersebut.
"Saya juga menyerahkan tiga nama pegawai syarikat yang dikatakan terbabit dengan rasuah untuk pengetahuan dan tindakan menteri besar.
"Pertemuan berlangsung di pejabat menteri besar di Shah Alam selama 40 minit bermula jam 9.30 pagi tadi. Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Nik Nazmi Ahmad," katanya.
Manikavasagam sepatutnya membuat laporan polis semalam tetapi dikatakan menukar fikiran di saat akhir.
Menurutnya, dalam pertemuan dengan menteri besar, Khalid memujinya kerana berani mendedahkan isu tersebut dan mempunyai semangat melawan rasuah.
"Memberi besar memberitahu saya, kalau abang atau adiknya (Khalid) terbabit, u (kamu) buat laporan polis.
"Saya kagum dengan semangat menteri besar. Dia mempunyai semangat dan keinginan membasmi rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Manikavasagam.
KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan rakyat bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.
Isnin lalu sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) menemuinya di pejabat Manikavasagam di Kapar berhubung dakwaannya berlaku rasuah dalam syarikat tersebut.
Bagaimanapun, beliau enggan bekerjasama termasuk menyerahkan dokumen mengenai dakwaan rasuah dalam syarikat tersebut dengan alasan `tidak percaya dengan SPRM.’

Komen :-

Berprinsip bahawa perasuah tidak harus dilindungi, itulah sewajarnya dicontohi oleh semua pihak. AMK Gelang Patah berpendirian, jika benar seperti yang didakwa oleh Yb Manikavasagam, maka pucuk pimpinan parti mesti bertindak tegas termasuk memecat mereka yang terlibat dalam "kerja kotor" ini yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik parti. Jika di Pulau Pinang, Sdr. "Din Binjai" berani tampil untuk melaporkan penyelewengan oleh Fairuz bekas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang pada ketika itu walaupun akhirnya Fairuz didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Itupun setelah beliau bertindak keluar dari PKR dan menyertai Umno. Fairuz yang dikatakan mahu mengambil tindakan undang2 terhadap Din Binjai, namun sehingga kini tiada tindakan yang dibuat oleh Fairuz. Kenapa beliau tidak mengambil tindakan... Pembaca mempunyai andaian sendiri..
Dan di Selangor, YB Mike pula bertindak dan beliau juga seperti Din Binjai tidak mahu "manusia jijik" ini duduk selesa dalam PKR. Jika kesedaran di semua peringkat seperti ini, pastinya "rasuah" tidak akan betunas lagi....

TAK BAIK BOHONG... POLIS ATAU GERTAK KENA JUJUR


Billboard’ Melayu Bangkit yang mengiklankan program ‘rasis dan menghasut’ anjuran NGO-Umno lenyap dari pandangn sejak pagi ini.

Kehilangan billboard pada saat akhir menjelang progtam yang dijadualkan esok menjadi misteri, kerana menurut seorang saksi, billboard tersebut masih ada, semalam.

Ketua Polis negeri Terengganu ketika dihubungi pihak media menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana pihak supaya menurunkan billboard tersebut.

Bagaimana pun Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sehingga kini, program ‘Melayu Bangkit’ itu tetap diadakan, walaupun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat satu laporan meminta polis menyiasat program itu yang didakwa melanggar akta hasutan.

Sebaliknya, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu (GERTAK) yang menjadi penganjur bersama program mengenang kembali peristiwa 13 Mei, Razali Idris berkata pihak polis yang mengarahkan beliau menurunkan billboard itu.

Katanya, pihak polis telah memanggil beliau semalam, dan memointa beliau menurunkan billboard tersebut.

Justeru, dua kenyataan yang bertentangan tentang kehilangan billboard tersebut turut mejadi misteri, samada pihak polis atau Razali yang berbohong.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, semua soalan-soalan yang akan diajukan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah ‘soalan-soalan bocor’.

Ia adalah kerana, pihak penganjur menolak semua soalan yang akan diajukan sekiranya dihantar lewat, selepas jam 3 petang hari ini, 12 Mei.

Selain mendapat bantahan dari parti-parti dalm Pakatan Rakyat, program rasis lagi menghasut ‘Melayu Bangkit’ telah dibantah oleh sekutu Barisan Nasional MCA.

Presidennya, Chua Soi Lek telah mengarahkan ahli-ahli MCA menjauhi dan memboikot program tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengenang kesusahan, kesengsaraan dan kesedihan peristiwa 13 Mei, 1969, yang begitu menyayat hati.

BERJAYA GROUP AKAN MENJALANKAN PERTARUHAN (JUDI) YANG HALAL

Malaysiakini : Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Komen :

AMK Gelang Patah masih menanti teguran atau pandangan dari para ilmuan/cendikiawan Islam Malaysia berhubung isu ini. Mufti juga kelihatan seperti menjaga "periuk nasi" mereka apabila mengambil sikap berdiam diri walaupun secara jelas pertaruhan ini sememangnya telah menimbulkan persepsi kurang baik terhadap negara apatah lagi status negara ini adalah negara islam. Walaupun pihak kerajaan Apco-Umno menyatakan bahawa umat islam dilarang/diharamkan sama sekali untuk melakukan pertaruhan ini namun sejauh manakah pemantuan dan penguatkuasaan kerajaan membendung budaya "judi" ini dari menular ke dalam masyarakat umat islam. Jika perkara ini tidak dibendung, maka kita akan melihat semakin rosak pemikiran dan iman orang islam akibat kesilapan pemimpin yang berkiblatkan $$$$$$$$$$...

AMK Gelang Patah juga menantikan reaksi balas dari pimpinan PERKASA...

LANGKAH BIJAK AMK SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempelawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk duduk semeja bagi merangka perjuangan menuntut tanah hakmilik Melayu yang didakwanya telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan Umno/BN di negeri itu sebelum ini. Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berharap PERKASA menyahut seruan ini "agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan."

"Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai, setinggan, rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain. "Kita amat menyedari selama ini, di Selangor yang pernah ditadbir oleh Umno/BN selama 50 tahun, telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan," kata Khairul Anuar dalam satu kenyataan hari ini. "Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit .

"Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak, (maka akan) hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera," tegasnya lagi. Sehubungan itu, Khairul Anuar menegaskan bahawa AMK Selangor akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

"Malahan, kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur," tambahnya.

Komen...

AMK Johor juga akan mengikut jejak AMK Selangor dan berharap AMK di seluruh Malaysia mengambil tindakan yang sama seperti AMK Selangor untuk duduk semeja dengan Perkasa bagi membincangkan isu2 melayu terutama tanah2 rizab melayu yang dipercayai banyak telah digadai oleh pemimpin Umno selama ini.

AMK Johor akan menubuhkan saketeriat seberapa segera sebagai langkah awal untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang lengkap mengenai permasalahan orang2 melayu Johor sebelum satu perbincangan dengan Perkasa Johor diadakan. Berkemungkinan isu air dan Wilayah Pembangunan Iskandar juga akan dimasukan sebagai salah satu agenda yang akan diperbincangkan kelak.

Walaupun pada umumnya Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang bersifat "multi-racial", namun kami tetap bersedia dan terbuka dalam membincangkan permasalahan sesuatu kaum dan perlu difahami bahawa hak istimewa orang2 Melayu bukan hak mutlak Umno atau mana2 pihak.

MAJLIS TAHLIL DAN TAZKIRAH

Sebagai satu langkah memantapkan kerohanian agar terus istiqamah dalam perjuangan serta memahami garis panduan perjuangan yang dibenarkan oleh islam, Biro Agama, Kemasyarakatan dan Kebudayaan akan mengadakan satu program keagamaan yang diharap dapat menguatkan lagi iltizam dan tekad dalam usaha "membela nasib rakyat" khususnya ahli PKR serta dapat mengeratkan lagi silturahhim antara satu sama lain.

Tarikh : 13 Mei 2010 (Khamis)

Masa : 07.00 malam hingga selesai

Tempat : Pejabat PKR, Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor.

Aturcara majlis :-

07.18 - Solat Maghrib berjamaah

07.30 - Bacaan Surah Yassin dan tahlil

08.20 - Solat Isyak berjamaah

08.45 - Tazkirah (akan disampaikan oleh Utz. Zaifidin bin Mat Isa)

09.30 - Jamuan

Tuan/puan dialu-alukan untuk hadir dalam majlis tersebut.

11 May 2010

ISU JUDI PIALA DUNIA


Isu saranan kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk memberi lesen untuk membenarkan pertaruhan Piala Dunia 2010 yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin tempohari, hangat diperkatakan sekarang. Beberapa individu termasuk pimpinan PAS, PKR dan DAP telah menyatakan pendirian mereka menolak sama sekali kelulusan perjudian ini. Bekas Mufti Perlis, Ustaz MAZA secara terbuka mengkritik kenyataan tersebut.

Namun, kita masih belum mendengar pendirian/reaksi dari mereka berlima yang gambarnya seperti diatas. Mereka inilah pejuang islam tulen dan tiada pejuang islam yang lebih hebat dari mereka berlima ini di Malaysia. Kita juga belum mendengar kenyataa atau reaksi dari para Mufti dan Ilmuan Islam di seluruh negara. Kita juga mahu mendengar suara2 teguran dari para mufti, Ustaz2 dan cendekiawan2 Islam kerana isu ini melibatkan moral dan hukum-hakam.

Pernah satu ketika dulu seorang yang bergelar Datuk Ustazah mengeluarkan kenyataan "melacur dibenarkan didalam keadaan darurat....". Impak negatif dari kenyataan seorang Datuk Ustazah yang juga Ahli Parlimen ketika itu amat besar dan sekarang isu judi dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar Datuk Timbalan Menteri Kewangan....

Kita nantikan berapa ramai yang benar2 berani untuk tampil memberikan pandangan atau teguran.....

Berani kerana benar...

08 May 2010

ISU MASJID : KENYATAAN ZAID IBRAHIM

Malaysiakini.com : Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengakui bahawa beliau telah diberi amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung artikel yang ditulis dalam blog peribadinya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan masjid bagi tujuan politik.

Katanya, pengerusi Mais, Mohamad Adzib Mohd Isa telah menasihatkannya menerusi sepucuk surat bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang mempertikaikan atau mengengkari titah yang dikeluarkan oleh baginda.

Bagaimanapun Zaid (kiri) berkata beliau tetap mempertahankan pendiriannya serta tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah kuasa mutlak tanpa perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya berpendapat kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri di bawah Artikel 74 yang dibaca bersama-sama dengan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan dalam hal ehwal agama Islam itu diberi kepada pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri pada hemat saya ialah DUN.

“Jik
alau kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal-hal agama Islam itu boleh dibuat oleh Raja Melayu tanpa merujuk kepada DUN dan berkuat kuasa serta merta tanpa diwartakan maka bererti kita kembali ke zaman Khalifah,” katanya ketika pada sidang medianya di kediamnannya di Tropicana Golf and Country Resort hari ini.

Namun, menurut Zaid, beliau bersedia menghadap Sultan Selangor (kanan) bagi menjelaskan maksud artikel yang ditulisnya.

Pada artikelnya itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila menulis bahawa titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik bukan satu arahan.

Dakwanya, pada zaman khalifah mereka boleh melaksanakan undang-undang tanpa perlu merujuk pihak lain, namun dalam sistem raja berpelembagaan kuasa raja hanya boleh diguna pakai secara sah jika mengikut kehendak dan dalam kaedah yang dibenarkan perlembagaan persekutuan dan negeri.

“Fung
si penggubalan undang-undang terletak di tangan wakil yang dipilih rakyat, Perkara ini saya ingin ketengahkan dalam tulisan saya. Jika kuasa yang ada di bawah enakmen itu sah dan boleh diguna pakai, maka itu bererti tafsiran saya salah dan silap,” katanya.

Mengenai desakan pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang mahu beliau memohon maaf kerana tindakannya itu dianggap biadap, Zaid berkata:

"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini."

ULASAN PROGRAM DS ANWAR KE JOHOR (07 MEI 2010)

Kira2 2000 orang hadir pada "Makan Malam bersama DS Anwar Ibrahim" anjuran Parti Keadilan Rakyat Zon Selatan (GTJ) di Restoran Peking, Sutera Mall, Skudai malam tadi. Penulis tidak sempat mendengar ucapan beliau kerana sibuk mengaturkan program seterusnya. Walaupun terdapat beberapa ketidakpuashatian dari orang ramai berikutan susunan tempat duduk tidak mengikut nombor tiket yang dibeli, namun ianya hanyalah perkara kecil dan berjaya diatasi. sekalung tahniah buat PKR Zon Selatan (GTJ) yang berjaya menganjurkan program yang gemilang tersebut. Namun sekadar berjaya menganjur program belum memadai untuk kita menuai kejayaan kerana usaha dan kerja keras itu perlu untuk kita memenangi hati rakyat. Khidmat Masyarakat perlu aktif dan ia adalah cara yang paling efektif untuk menyelami permasalahan rakyat.

Kira jam 9.00mlm, penulis dimaklumkan oleh pimpinan PAS bahawa Sdr. Suhaizan Kaiat (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor) telah ditahan oleh pihak polis di Markaz PAS Taman Dahlia, KemPAS. Walaupun DS Anwar pada awalnya telah dimaklumkan untuk hadir di Kempas, namun beliau terpaksa menolak berikutan kesuntukan masa dan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, namun setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Tn. Hj. Zulkiffli, DS Anwar tentang penahanan Sdr. Suhaizan oleh pihak polis, DS Anwar kemudiannay bersetuju untuk singgah di Kempas sebagai tanda sokongan kepada Sdr. Suhaizan.

Walaupun terpaksa melalui beberapa sekatan jalan oleh pihak polis, akhirnya DS Anwar berjaya ke pentas Markaz PAS Taman Dahlia dan kehadiran beliau telah mengejutkan kira2 3000 orang yang hadir pada malam itu. DS Anwar sempat berucap kira2 20 minit dan pada 5 minit terakhir, Ketua Polis IPD Johor Bahru Selatan, Tn. Roslan telah memberi amaran supaya DS Anwar memberhentikan ceramah beliau. Akur dengan arahan polis dan perlu segera ke Taman Saujana, Plentong bagi menghadiri program rasmi beliau.

Semasa dalam perjalanan keluar dari Taman Dahlia, kami telah ditahan oleh pihak polis dan cara penahanan yang dilakukan oleh pihak polis seolah-olah kami melakukan jenayah besar. Beberapa anggota polis bertindak mengepung kereta rasmi DS Anwar namun keberanian Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah yang dikhaskan untuk menjaga keselamatan DS Anwar telah bertindak segera mengelilingi kenderaan DS Anwar demi keselamatan beliau. Penulis, selaku Ketua Keselamatan pada malam itu segera bertanyakan kepada anggota polis disitu atas sebab apa kami ditahan. DS Anwar yang tidak berpuashati dengan penahanan tersebut keluar dari kenderaan beliau dan turut bertanyakan sebab musabab kami ditahan. Seorang anggota polis tampil membuat penjelasan bahawa perjalanan kami ditahan hanya kerana salah satu kenderaan kami telah menggunakan "beacon lamp" berwarna biru. Mereka mendakwa menerima arahan dari Ketua Polis untuk menahan kereta tersebut, namun setelah kenderaan kami diperiksa tiada bahan bukti seperti yang didakwa oleh pihak polis. Kami amat bersimpati terhadap beberapa anggota polis yang diarahkan mengejar kenderaan kami secara berlari sedangkan kami bergerak agak laju ketika itu. Penulis kemudian meminta keizinan pihak polis untuk DS Anwar meneruskan perjalanan dan penulis sedia memberi kerjasama yang diperlukan. DS Anwar meneruskan perjalanan bersama sahabat yang lain dan penulis memberi keterangan kepada anggota polis dan kemudiannya dilepaskan. Alhamdulillah....

Penulis meneruskan perjalanan ke Markas PAS Tmn. Saujana, Plentong dan semasa dalam perjalanan, penulis dimaklumkan oleh petugas2 di sana telah berlaku provokasi "bangsat" oleh sekumpulan kecil Pemuda Umno yang kununnya berani namun sebenarnya mereka umpama langau yang bertujuan untuk mengganggu program ceramah tersebut. Kerendahan moral dan ahlak mereka yang bertindak memaki hamun DS Anwar yang sedang berceramah ketika itu jelas menunjukkan bahawa inilah kebejatan ahlak dan perilaku hasil didikkan APCO-Umno. Walaupun beberapa ahli AMK ada yang bertindakbalas dan berlaku cabar mencabar hingga berlaku sedikit ketegangan namun ianya berjaya dikawal. Apa yang dikesalkan ialah ketidak tegasan anggota polis untuk menurunkan "banner2" provokasi yang digantung berhampiran tapak ceramah itu amat dikesali. Persoalannya, apakah pihak polis turut mendiamkan diri jika kami pula bertindak seperti mana yang dilakukan oleh Pemuda APCO-Umno itu pada program mereka...???

Kehadiran lebih dari 7000 orang pada malam itu juga menunjukan bahawa angin perubahan politik akan berlaku di Parlimen Pasir Gudang. Tindakan provokasi Pemuda Apco-Umno bukan menggambarkan kekuatan mereka namun ianya mencerminkan kegusaran mereka apabila melihat kebangkitan rakyat Pasir Gudang yang mulai menolak Apco-Umno. Sekalung tahniah untuk PKR Pasir Gudang kerana berjaya menganjur program tersebut dengan jaya.

Gambar2 akan dimuatkan kelak...

06 May 2010

CERAMAH PERDANA YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Sempena Lawatan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor, satu Ceramah Perdana akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 07 Mei 2010 (Jumaat)

Masa : 09 malam

Tempat : Markas PAS Taman Saujana, Plentong, Johor Bahru

Semua dijemput hadir.

05 May 2010

BERKEMUNGKINANKAH KEPUTUSAN SIASATAN NANTI AMIRUL DIPENGARUHI DADAH

Berita ringkas sebuah radio menyiarkan bahawa hasil penyelidikan pihak polis telah mendapati bahawa pelaku jenayah sekarang dipengaruhi oleh dadah sebelum mereka bertindak. Ini kerana pengaruh dadah tersebut akan menghilangkan rasa gementar dan takut. Pihak polis menambah bahawa pesalah jenayah ini amat merbahaya untuk orang amaw dan anggota polis sendiri.

Apakah laporan penyiasatan arwah adik Aminulrasyid nanti juga menunjukkan bahawa mangsa juga dipengaruhi dadah kerana mangsa dikatakan merempuh polis semasa diarah memberhentikan keretanya.

Kita tunggu kesudahan siasatan ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid...