Berita ringkas sebuah radio menyiarkan bahawa hasil penyelidikan pihak polis telah mendapati bahawa pelaku jenayah sekarang dipengaruhi oleh dadah sebelum mereka bertindak. Ini kerana pengaruh dadah tersebut akan menghilangkan rasa gementar dan takut. Pihak polis menambah bahawa pesalah jenayah ini amat merbahaya untuk orang amaw dan anggota polis sendiri.
Apakah laporan penyiasatan arwah adik Aminulrasyid nanti juga menunjukkan bahawa mangsa juga dipengaruhi dadah kerana mangsa dikatakan merempuh polis semasa diarah memberhentikan keretanya.
Kita tunggu kesudahan siasatan ini.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid...
2 comments:
Assalammulaikum ..Aku tak faham kenapa bila Pihak Polis melakukan tindakan yang bertujuan untuk kebaikan semua ..pihak anti Kerajaan (PKR,PAS,DAP) tak pernah melihatnya dari sudut positif ..aku pun terasa sedih dengan tindakan anggota menembak mati mangsa ..tapi u all kena lihat keadaan semasa kejadian ..pihak polis telah mengambil tindakan menebak tayar kereta ...so ini (SOP) yang pihak polis gunakan ..sepatutnya jika kita manusia biasa ..kalau pun kita melakukan kesalahan .. amaran tembakan pertama kita dah berhenti .....tapi mangsa kelihatannya berani bertindak untuk melanggar pihak polis ..ini mungkin mangsa di pengaruhi oleh dadah ..kerana sebagai manusia normal ..pulak tu budak belasan tahun ..sifat takut nya amat tinggi ..tetapi tindakan yang di ambil oleh mangsa sebaliknya ..apa2 pun siasiatan menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan ..yang bersalah perlu mendapat balasan ...dan kita perlu balik kepada rukun iman ..perlu percaya pada ketentuan Allah ...amin al-fatihah...buat arwah...
Agendabangsa...
Lihat dan tonton rakaman pengakuan rakan arwah yang menurutnya Amirul tidak merempuh polis semasa dia masih hidup. tapi selepas arwah ditembak dan rebah dipangkuan rakannya, pada ketika itu pedal minyak msih dikakinya dan kereta bergerak tanpa kawalan.
Kami mengharapkan siasatan yang adil dan Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dengan adil.
Yang salah perlu dihukum. Kami cuma tidak mahu pihak polis menggunakan kekerasan sewenang-wenangnya tanp mengikut prosedur penggunaan sejata kepada orang awam.
Takdir tetap takdir tetapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Jadi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal perlu memikirkan kenapa dan mengapa kejadian ini berlaku.
Mungkinkah berlaku akibat tekanan kerja kerana terdapat banyak kes jenayah melibatkan penjawat awam...
Post a Comment