DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

29 May 2010

AMK PERLU LEBIH AGRESIF, INOVATIF DAN KREATIF

Dalam perbahasan perwakilan AMK pada Kongres AMK semalam, rata2 perwakilan menyeru agar AMK di semua peringkat, tidak kira diperingkat pusat, negeri, cabang mahupun ranting harus lebih agresif memainkan peranan mempromosikan nama parti sebagai satu langkah untuk menjamin kemenangan pada PRU-13 akan datang.
AMK perlu diberikan lebih banyak kursus dan latihan bagi memantapkan lagi pengisian tentang misi dan visi parti serta memahami nilai2 perjuangan agar tidak mudah "terjebak" dalam perangkap parti lawan yang sememangnya "teruja" apabila PKR menjadi sebuah parti yang begitu dominan. Jiwa dan semangat juang perlu disemarakkan agar dapat menyaingi kekuatan lawan yang serba lengkap apatah lagi parti lawan sentiasa disokong oleh pelbagai instrument kerajaan.
AMK perlu lebih agresif memberi penerangan kepada rakyat terutama rakyat yang berada di pendalaman seperti golongan nelayan, petani2 & pekebun2 kecil yang info medianya hanya bergantung kepada akhbar2 dan tv perdana yang terus menjadi alat propaganda Umno/BN. AMK perlu ada semangat daya saing yang tinggi untuk menyaingi kehebatan parti lawan juga perlu mempunyai idea yang kreatif untuk menawan dan menyakinkan rakyat tentang perjuangan PKR.
Pemimpin2 disemua peringkat perlu lebih bertanggungjawab terhadap organisasinya. Sewajarnya mereka yang digelar pemimpin mempunyai azam dan tekad serta wawasan yang jelas untuk menjadikan organisasi pimpinannya sebagai organisasi yang cukup kuat dan berjaya. Sudah pasti pemimpin semacam ini akan dihormati kawan dan lawan. Seseorang pemimpin yang baik tidak akan membiarkan organisasinya lemah. Justeru kesedaran dalam setiap pemimpin perlu ada dan mulai saat ini perlu berubah ke arah yang lebih baik. Jangan menuding jari ke arah orang lain sekiranya kita gagal menguruskan organisasi kita dengan baik namun kita harus menilai diri kita sendiri dan sejauh manakah sumbangan kita kepada parti dan organisasi.

Sedarlah bahawa kejayaan bukan semudah jeritan "reformasi". Jeritan "reformasi" hanya pembakar semangat namun hakikatnya semangat kerjasama, usaha, perancangan, stratergi, iltizam, istiqamah dalam perjuangan merupakan antara elemen2 penting untuk kita pertingkatkan lagi nilainya jika mahu kejayaan yang mutlak menjadi milik rakyat.

Jadikan kongres ini sebagai pemangkin perubahan minda dan corak kepimpinan yang baik demi kejayaan masa depan.

No comments: