Beberapa hari yang lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dibidas oleh pimpinan Umno Pulau Pinang apabila Umno dilarang menggunakan dewan orang ramai untuk tujuan ceramah sehingga akhirnya ceramah tersebut diadakan diatas lori dihadapan dewan tersebut.
Ketua Penerangan Umno P. Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir mendakwa bahawa Umno telah mengikut prosedur yang betul iaitu dengan memohon permit daripada pihak polis kerana mereka juga berhak untuk bersuara. Beliau juga melabelkan tindakan kerajaan negeri membatalkan kebenaran menggunakan Dewan Balora Mastika di Pekan Kongsi, Balik Pulau Sabtu lalu untuk penganjuran ceramah, menyifatkan tindakan itu sebagai bacul.
Komen :-
Untuk makluman Umno Pulau Pinang yang mendakwa menerima tekanan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahawasanya Pakatan Rakyat di Johor menerima lebih tekanan dari Umno/BN di negeri yang diperintah oleh Umno/BN. Kami langsung tidak dibenarkan menggunakan dewan orang ramai. Bahkan ceramah di markaz kami pun ada kalanya diserbu oleh pihak Polis sehinggakan ada yang ditangkap. Umno Pulau Pinang masih beruntung kerana ceramah mereka tiada gangguan Polis.
No comments:
Post a Comment