DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 May 2010

LANGKAH BIJAK AMK SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempelawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk duduk semeja bagi merangka perjuangan menuntut tanah hakmilik Melayu yang didakwanya telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan Umno/BN di negeri itu sebelum ini. Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berharap PERKASA menyahut seruan ini "agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan."

"Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai, setinggan, rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain. "Kita amat menyedari selama ini, di Selangor yang pernah ditadbir oleh Umno/BN selama 50 tahun, telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan," kata Khairul Anuar dalam satu kenyataan hari ini. "Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit .

"Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak, (maka akan) hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera," tegasnya lagi. Sehubungan itu, Khairul Anuar menegaskan bahawa AMK Selangor akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

"Malahan, kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur," tambahnya.

Komen...

AMK Johor juga akan mengikut jejak AMK Selangor dan berharap AMK di seluruh Malaysia mengambil tindakan yang sama seperti AMK Selangor untuk duduk semeja dengan Perkasa bagi membincangkan isu2 melayu terutama tanah2 rizab melayu yang dipercayai banyak telah digadai oleh pemimpin Umno selama ini.

AMK Johor akan menubuhkan saketeriat seberapa segera sebagai langkah awal untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang lengkap mengenai permasalahan orang2 melayu Johor sebelum satu perbincangan dengan Perkasa Johor diadakan. Berkemungkinan isu air dan Wilayah Pembangunan Iskandar juga akan dimasukan sebagai salah satu agenda yang akan diperbincangkan kelak.

Walaupun pada umumnya Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang bersifat "multi-racial", namun kami tetap bersedia dan terbuka dalam membincangkan permasalahan sesuatu kaum dan perlu difahami bahawa hak istimewa orang2 Melayu bukan hak mutlak Umno atau mana2 pihak.

No comments: