DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

24 May 2010

RAYUAN PENEROKA FELDA TEBING RUNTUH

Pada 22hb Mei 2010, Najib telah mengadakan lawatan rasmi ke johor dan salah satu destinasi lawatan beliau adalah di Puteri Harbour, Nusa Jaya.
Diberitakan ketika Najib melawat kawasan tersebut, sekumpulan 5 orang peneroka Felda Tebing Runtuh, Gelang Patah yang terdiri dari kaum ibu membuat tindakan nekad mahu berjumpa dengan Najib, namun beberapa anggota polis dan pengawal peribadi Najib diarah menghalang tindakan kaum ibu tersebut yang mahukan Najib menerima memorandum dan mendengar masalah mereka. Akhirnya mereka usaha mereka sia2 setelah Najib meninggalkan mereka begitu sahaja.
Kaum ibu ini terdiri dari Peneroka Felda Tebing Runtuh yang diperdaya oleh pihak yang mendakwa mereka dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan pampasan bagi penduduk Felda Tebing Runtuh yang bersetuju dengan tawaran yangdiberikan oleh kerajaan. Kumpulan ini telahpun menerima pampasan terdahulu dan baki lebih dari RM200ribu akan dibayar secara berperingkat. Namun mereka telah diperdaya oleh pihak kerajaan apabila peneroka ini ditawarkan wang sebanyak RM30ribu sebelum menjelang hari raya dan wang tersebut dikatakan wang ikhsan dari kerajaan. Kemudiannya mereka diminta menandatangani satu perjanjian yang akhirnya memerangkap mereka. Lebih mendukacitakan, peguam yang dilantik oleh mereka (dipercayai ahli Umno) tidak bertindak melindungi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu peneroka yang daif ini. Dan akhirnya dari RM200ribu baki pampasan tersebut, peneroka ini hanya menerima RM30ribu sahaja.
Kaum ibu ini wajar diberi pujian kerana keberanian mereka dan tidak kelihatan pun kaum lelaki (suami) yang berani kehadapan untuk berjumpa dengan Najib. Namun usaha berani kaum ibu ini hampa apabila mereka ditarik ketepi oleh pihak polis yang bertugas. Mereka menjerit untuk menarik perhatian Najib namun tidak diendahkan.
Semalam mereka menghubungi Setiausaha Sulit Najib dan menceritakan segala masalah mereka. Setiausaha Sulit Najib bertanyakan siapakah ADUN kawasan tersebut, dengan berani kaum ibu ini mengatakan bahawa "ADUN Nusa Jaya adalah Datuk Aziz Sapian yang hanya tahu berjanji manis bila hampir pilihanraya namun tidak langsung membantu nasib peneroka Felda Tebing Runtuh yang telah ditipu. Begitu juga dengan Menteri Besar Johor yang hanya tahu berzapin sahaja. Berpucuk surat rayuan agar campurtangan Menteri Besar Johor dalam permasalahan ini namun tiada tindakan dari pejabat Menteri Besar..."

No comments: