Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri yang pertama mengharamkan pertaruhan piala dunia 2010 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dibawah pentadbiran Najib Razak. Walaupun yang membentangkan usul tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, hakikatnya Menteri Kewangan iaitu Najib sebagai Menteri Kewangan I atau Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan II yang mempunyai kuasa penuh meluluskan lesen "judi" tersebut.
Walaubagaimanapun, tindakan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mengharamkan pertaruhan piala dunia tersebut mendapat reaksi berbeza dari ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang menganggap arahan pengharaman tersebut adalah "mainan politik" Lim Guan Engg.
Sebagai seorang muslim yang sudah puluhan tahun menganuti agama islam, beliau (Arif Shah) sewajarnya menyokong tindakan Lim Guan Eng yang bukan sahaja tindakan yang memberi kebaikan kepada rakyat bahkan menyelamatkan rakyat terutama orang melayu/islam terjerumus ke lembah perjudian. Dan jika perlunya penambahbaikan atau pemantauan rapi, Arif Shah sebagai ahli politik yang berpengalaman sewajarnya berkongsi idea dan pendapat dengan Lim Guan Eng demi kebaikan rakyat bukan mengkritik tindakan "baik" dari Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Ketepikan soal politik buat sementara waktu, yang penting adalah "gaya hidup baru yang lebih sihat" tanpa perjudian.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga mengambil tindakan yang sama untuk mengharamkan "pertaruhan piala dunia" yang disifatkan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "penyakit sosial". Tindakan Kerajaan Pusat meluluskan lesen pertaruhan tersebut sebenarnya memburukan lagi "penyakit sosial" ini kerana bagi mereka yang berfikiran cetek maka pertaruhan ini akan dijadikan tempat untuk mencari kekayaan "segera" walaupun terpaksa meminjam dengan ceti2 haram. Inilah tindakan yang amat2 "bodoh" yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Mufti Johor, Datuk Hj Tahrir bin Dato' Hj Shamsuddin secara peribadi telah menyatakan kekesalan beliau keatas tindakan kerajaan Malaysia meluluskan lesen pertaruhan piala dunia ketika Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor menghantar memorandum bantahan terhadap kelulusan lesen tersebut. Namun kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Abdul Ghani Othman belum menyatakan pendirian beliau mengenai kewajaran kerajaan pusat meluluskan lesen pertaruhan piala dunia.
Kita nantikan kenyataan dari Ghani Othman ataupun beliau "bacul" dan membiarkan sahaja "penyakit sosial" ini menular kepada rakyatnya. Jika beliau mendiamkan diri, apakah beliau seorang "Menteri Besar" yang baik..????
No comments:
Post a Comment