Lebih membanggakan apabila kehadiran kaum India dan Cina yang turut mendengar tazkirah tersebut serta penerangan jelas dari Utz. Zaifidin mengenai indahnya Islam, sekurang-kurangnya dapat memperjelaskan kepada mereka yang bukan islam betapa islam ini sebenarnya agama yang cukup lengkap dari pelbagai aspek baik dari segi ekonomi, pentadbiran, sosial, kemasyarakatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
Buat permulaan, program ini akan diadakan sebulan sekali bergantung kepada komitmen ahli dan ianya telah ditetapkan oleh Pemangku Ketua Cabang, Tn. Hj. Abdul Manan sebagai program bulanan. Jika komitmen yang ditunjukan oleh ahli berterusan, program ini akan diadakan setiap minggu bagi memperkukuhkan lagi jatidiri agar kita sentiasa "istiqamah" dalam perjuangan.
AMK Gelang Patah menyeru kepada semua ahli PKR Gelang Patah atau cabang2 yang berhampiran untuk turut serta dalam program ini dan program akan datang akan diadakan pada 10 Jun 2010.Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang hadir serta menjayakan program ini pada 13 Mei yang lalu. "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana Muafakat". Insya-ALLAH jika ada muafakat serta keinginan mahukan perubahan, segala rintangan dan dugaan pasti dapat ditempuh bersama dan percayalah kejayaan sudah ada dihadapan. Namun terpulang pada kita memanafaatkan ruang dan peluang yang ada untuk kita raih kejayaan itu.
No comments:
Post a Comment