Kira2 2000 orang hadir pada "Makan Malam bersama DS Anwar Ibrahim" anjuran Parti Keadilan Rakyat Zon Selatan (GTJ) di Restoran Peking, Sutera Mall, Skudai malam tadi. Penulis tidak sempat mendengar ucapan beliau kerana sibuk mengaturkan program seterusnya. Walaupun terdapat beberapa ketidakpuashatian dari orang ramai berikutan susunan tempat duduk tidak mengikut nombor tiket yang dibeli, namun ianya hanyalah perkara kecil dan berjaya diatasi. sekalung tahniah buat PKR Zon Selatan (GTJ) yang berjaya menganjurkan program yang gemilang tersebut. Namun sekadar berjaya menganjur program belum memadai untuk kita menuai kejayaan kerana usaha dan kerja keras itu perlu untuk kita memenangi hati rakyat. Khidmat Masyarakat perlu aktif dan ia adalah cara yang paling efektif untuk menyelami permasalahan rakyat.
Kira jam 9.00mlm, penulis dimaklumkan oleh pimpinan PAS bahawa Sdr. Suhaizan Kaiat (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor) telah ditahan oleh pihak polis di Markaz PAS Taman Dahlia, KemPAS. Walaupun DS Anwar pada awalnya telah dimaklumkan untuk hadir di Kempas, namun beliau terpaksa menolak berikutan kesuntukan masa dan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, namun setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Tn. Hj. Zulkiffli, DS Anwar tentang penahanan Sdr. Suhaizan oleh pihak polis, DS Anwar kemudiannay bersetuju untuk singgah di Kempas sebagai tanda sokongan kepada Sdr. Suhaizan.
Walaupun terpaksa melalui beberapa sekatan jalan oleh pihak polis, akhirnya DS Anwar berjaya ke pentas Markaz PAS Taman Dahlia dan kehadiran beliau telah mengejutkan kira2 3000 orang yang hadir pada malam itu. DS Anwar sempat berucap kira2 20 minit dan pada 5 minit terakhir, Ketua Polis IPD Johor Bahru Selatan, Tn. Roslan telah memberi amaran supaya DS Anwar memberhentikan ceramah beliau. Akur dengan arahan polis dan perlu segera ke Taman Saujana, Plentong bagi menghadiri program rasmi beliau.
Semasa dalam perjalanan keluar dari Taman Dahlia, kami telah ditahan oleh pihak polis dan cara penahanan yang dilakukan oleh pihak polis seolah-olah kami melakukan jenayah besar. Beberapa anggota polis bertindak mengepung kereta rasmi DS Anwar namun keberanian Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah yang dikhaskan untuk menjaga keselamatan DS Anwar telah bertindak segera mengelilingi kenderaan DS Anwar demi keselamatan beliau. Penulis, selaku Ketua Keselamatan pada malam itu segera bertanyakan kepada anggota polis disitu atas sebab apa kami ditahan. DS Anwar yang tidak berpuashati dengan penahanan tersebut keluar dari kenderaan beliau dan turut bertanyakan sebab musabab kami ditahan. Seorang anggota polis tampil membuat penjelasan bahawa perjalanan kami ditahan hanya kerana salah satu kenderaan kami telah menggunakan "beacon lamp" berwarna biru. Mereka mendakwa menerima arahan dari Ketua Polis untuk menahan kereta tersebut, namun setelah kenderaan kami diperiksa tiada bahan bukti seperti yang didakwa oleh pihak polis. Kami amat bersimpati terhadap beberapa anggota polis yang diarahkan mengejar kenderaan kami secara berlari sedangkan kami bergerak agak laju ketika itu. Penulis kemudian meminta keizinan pihak polis untuk DS Anwar meneruskan perjalanan dan penulis sedia memberi kerjasama yang diperlukan. DS Anwar meneruskan perjalanan bersama sahabat yang lain dan penulis memberi keterangan kepada anggota polis dan kemudiannya dilepaskan. Alhamdulillah....
Penulis meneruskan perjalanan ke Markas PAS Tmn. Saujana, Plentong dan semasa dalam perjalanan, penulis dimaklumkan oleh petugas2 di sana telah berlaku provokasi "bangsat" oleh sekumpulan kecil Pemuda Umno yang kununnya berani namun sebenarnya mereka umpama langau yang bertujuan untuk mengganggu program ceramah tersebut. Kerendahan moral dan ahlak mereka yang bertindak memaki hamun DS Anwar yang sedang berceramah ketika itu jelas menunjukkan bahawa inilah kebejatan ahlak dan perilaku hasil didikkan APCO-Umno. Walaupun beberapa ahli AMK ada yang bertindakbalas dan berlaku cabar mencabar hingga berlaku sedikit ketegangan namun ianya berjaya dikawal. Apa yang dikesalkan ialah ketidak tegasan anggota polis untuk menurunkan "banner2" provokasi yang digantung berhampiran tapak ceramah itu amat dikesali. Persoalannya, apakah pihak polis turut mendiamkan diri jika kami pula bertindak seperti mana yang dilakukan oleh Pemuda APCO-Umno itu pada program mereka...???
Kehadiran lebih dari 7000 orang pada malam itu juga menunjukan bahawa angin perubahan politik akan berlaku di Parlimen Pasir Gudang. Tindakan provokasi Pemuda Apco-Umno bukan menggambarkan kekuatan mereka namun ianya mencerminkan kegusaran mereka apabila melihat kebangkitan rakyat Pasir Gudang yang mulai menolak Apco-Umno. Sekalung tahniah untuk PKR Pasir Gudang kerana berjaya menganjur program tersebut dengan jaya.
Gambar2 akan dimuatkan kelak...
No comments:
Post a Comment