DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 May 2010

TINDAKAN "GANAS" ANGGOTA POLIS

Belumpun reda insiden yang melibatkan seorang remaja 14 tahun - Aminulrashid Amzah - yang ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu, satu lagi kejadian berlaku memperlihatkan tindakan ganas anggota polis apabila seorang pelajar kolej cedera kerana ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Kehadiran pihak polis yang menyerbu perhimpunan tersebut tanpa sebarang amaran seolah-olah hendak berperang. Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi. Program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Serbuan pihak polis terhadap majlis2 anjuran Pakatan Rakyat sering berlaku termasuk di Johor. Walaupun pihak penganjur telah mematuhi syarat proses permohonan permit seperti ceramah atau sebagainya iaitu 14 hari sebelum program tersebut diadakan, namun keputusan samada permohonan itu diluluskan ataupun ditolak menyebabkan pihak penganjur terpaksa meneruskan program tersebut walaupun tiada kelulusan permit dari pihak polis berikutan promosi program tersebut telahpun disebarkan. Adalah lebih profesional jika pihak polis memberi jawapan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan serta memberi cadangan lokasi yang sesuai untuk program tersebut jika permohonan itu ditolak.

Pihak polis wajar mengadakan hubungan baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat kerana belum tentu pada Pilihanraya Umum akan datang kerajaan APCO-BN akan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjadi parti pemerintah kerana kebangsatan pemimpin APCO-BN ini semakin hari semakin terbongkar.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara yang meluluskan permit ceramah pada 1 Mei 2010 yang lalu. Nasihat serta kerjasama profesional yang diberikan oleh pihak IPD Johor Bahru Utara wajar menjadi contoh kepada IPD yang lain.

Sewajarnya pihak polis faham bahawa kami bukan mahu bermusuhan dengan pihak polis dan matlamat kami adalah untuk menumbangkan kedurjanaan kerajaan "bangsat' APCO/Umno-BN yang dilihat semakin terdesak untuk mendapat kepercayaan rakyat sehingga sanggup bersengkongkol dengan Yahudi semata-mata untuk memastikan mereka kekal berkuasa dibumi Malaysia walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan negara kepada musuh islam.

2 comments:

MrFiX said...

askum kepada amk gelang patah disni apa yang saya mahu katakan...biar polis buat siasatan dahulu. sapa yang salah. pada masa itu polis bukan nya tahu didalam kereta remaja 14 thn ke atau dewasa..apa yg saya nak katakan apabila polis ditembak mati sapa yang nak bela,polis dilanggar sapa yang nak bela...adakah pakatan rakyat nak bela?aku cabar kau pakatan rakyat apabila polis kena tembak atau kena langgar kau bela polis.....aku pasti artikel ini kau akan kau buang...

shazan amir said...

MrFix...
Sdr boleh beranggapan begitu dan bagi kami dalam PR kami tetap membela sesiapa sahaja asalkan mereka adalah manusia yang dizalimi. Saya tak tahu S.O.P Polis Singapura mungkin sama mungkin tidak dengan S.O.P polis di Malaysia. Wajar saudara membuat penyelidikan terlebih dahulu. Kenyataan Polis sebelum ini dan beberapa kenyataan akhbar yang bercanggah sama sekali.
Sdra Mr. Fix..
Pesanan saya dan ingatan makbapak kita semasa di alam persekolahan ialah "mak suka anak mak pandai2 tapi mak tak suka anak mak memandai-mandai...." fahamilah ya...