DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 May 2010

ZALEYSMB... BUKTIKAN YANG AMK JOHOR SEMAKIN LUMPUH

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menafikan keras satu kenyataan bohong oleh laman web http://agendabangsa.com yang mengatakan bahawa Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah berjaya dilumpuhkan oleh sekumpulan belia yang menggelarkan mereka sebagai INSAF.

Pemilik laman web tersebut membuat kenyataan "kurang bijak" hanya berpandukan beberapa blog cabang yang tidak aktif lagi. Inilah bentuk kebodohan bloggers upahan APCO-Umno.

Jika pemilik blog agendabangsa.com yang menggunakan nama singkatan zaleysmb mengatakan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor lumpuh setelah beberapa blognya tidak aktif, sewajarnya penulis yang "kurang bijak" ini membuat carian "berapa banyakkah pula laman web pemuda APCO-Umno yang aktif...???.

Saya mencabar zaleysmb menyenaraikan berapa banyakkah laman web Pemuda APCO-Umno Bahagian yang aktif di Negeri Johor ini...?? Berdasarkan carian saya, setelah lebih 60 tahun parti APCO-Umno ini ditubuhkan, hanya separuh dari 26 Bahagian Pemuda APCO-Umno yang mempunyai laman web/blog rasmi. Bahkan hanya beberapa laman web/blog sahaja yang aktif. Ini amat2 memalukan Pemuda APCO-Umno yang merupakan parti tertua di negara ini.

Saya mencabar zaleysmb menyenaraikan nama dan nombor keahlian anggota Angkatan Muda Keadilan diseluruh negeri Johor yang bertindak keluar dari PKR seperti mana yang didakwa olehnya.

Saya juga mencabar beliau membuktikan ujudnya kumpulan "INSAF" seperti yang didakwa oleh zaleysmb yang telah berjaya melumpuhkan Angkatan Muda Keadilan di negeri Johor ini.

Jangan hanya kerana ingin melihat artikel kamu dilihat hebat, maka kamu menaburkan fitnah dan memberikan kenyataan bohong kepada rakyat. Jadilah penulis blog/laman web yang bermaruah.

Justeru, saya sebagai pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mencabar pemilik blog agendabangsa.com @ zaleysmb untuk membuktikan dakwaannya terhadap Angkatan Muda keadilan Negeri Johor.

"Berani Kerana Benar"

Naib Ketua (I)
Angkatan Muda Keadilan
Negeri Johor

9 comments:

AgendaBangsa said...

Assalammulaikum sila baca http://www.agendabangsa.com/news.php?readmore=90 tahniah AMK ..meh joint UMNO ...aku tau ko orang kecewa dok dalam UMNO ...tapi tak kan kekecewaaan tu nak menjahanamkan Generasi akan datang ...fikir2 leee jangan kerana marahkan Nyamuk Kelambu di bakar ....

Anak Bentan said...
This comment has been removed by the author.
shazan amir said...

Sdra Agendabangsa..

Terima kasih atas kritikan sdra. Saya terima dengan positif.
Namun untuk kami kembali kepada APCO-Umno ianya tidak akan berlaku sama sekali.
Saya mengambil contoh di Pontian, semasa menjadi pergerakan pemuda Umno Pontian, Pewakilan Pemuda dibayar dengan sejumlah wang untuk mengangkat seorang pemimpin yang kini menjadi ADUN.
Kemudian pada pemilihan Ketua Bahagian Pontian pada pemilihan yang lalu, sekali lagi beliau menggunakan kekuatan wang untuk menewaskan lawannya seorang Ustaz.
Apakah ini contoh pimpinan yang terbaik perlu saya ikuti.
Apakah ini akan mendidik anak bangsa saya ke arah yang lebih baik...
Apakah ini budaya yang baik untuk dicontohi..
apakah ini ahlak yang perlu saya terapkan dalam pemikiran anak bangsa saya...

Pada saya Umno itu umpama mangkuk jamban yang sudah puluhan tahun tidak dicuci. Segala penyakit, kotoran, kuman ada disitu. Siapa yang cuba menggunakannya pasti akan mendapat penyakit.
Bila mana pemimpin yang korup kita angkat untuk memimpin ummah, maka kebejatan ahlak dan sosial akan berlaku.
Agendabangsa..
Jika anda mempunyai niat memartabatkan bangsa, teruskan niat suci dan usaha anda. Semoga Allah bersama-sama perjuangan anda. Namun untuk kami berpatah balik kepada Umno "jauh panggang dari api".

Salam Perjuangan

AgendaBangsa said...

Assalammulaikum ...Tahniah di atas semangat juang yang ada dalam diri saudara..aku nak bertanya kemanakah arah tuju perjuang saudara..jika saudara melayu ..apakah PKR memegang prinsip mempertahankan hak melayu..aku pun pernah terlibat mempertahankan Anwar Ibrahim semasa gerakan reformasi di kuala lumpur ..aku pun pernah merasa di hambat dan di belasah ...kerana ketika itu aku rasa anwar teranya..dan tuduhannya amat keterlaluan ...namun bila aku bersama kumpulan2 aku menerima banyak informasi tentang kotornya politik anwar Ibrahim aku rasa amat terkilan ...aku tertipu ..anwar yang aku puja dulu rupa nya syaitan bertopengkan manusia ..aku kembali ke kempus skudai ..bersama puluhan2 rakan2 reformasi ..sejak darri itu aku amat membenci anwar.. setelah anwar di masukan ke penjara aku bersyukur ...bila PKR di tubuhkan aku tahu asas perjuangan nya hanya menuntut keadilan untuk anwar sahaja ....dan kini PKR agak berjaya ..kerana DAP dan PAS membantu ...DAP dan PAS adalah parti yang berbeza ...Cina KOMINIS dan Melayu Perjuang ISLAM... PKR menjadi jambatan untukmengabungkan mereka ..justeru itu PK agak berjaya pada PRU yang lepas ..di sini aku ganbarkan bahawa kalian anak2 melayu yang memperjuangkan PKR adalah melayu librar ..melayu yang tak berjiwa melayu ..melayu yang mampu di beli ..oleh bangsa CINA ..kalian kena sedar bahawa kalian yang menentukan status melayu pada masa akan datang...CINA DAP ..ketawa kan kita..banyak mana cina sokong MCA skg ....cina akan terus sokong DAP ..depa tak kan sokong PKR ....depa tak kan sokong PAS ...CINA tetap Cina...tapi Melayu boleh jadi Bukan Melayu ...

shazan amir said...

Pejuang Melayu sangatkah Umno tu...

Sudah lebih 50 tahun Umno ini ujud dibumi Malaysia.. Ia dikatakan pembela Melayu.. Namun dimanakah Melayu ketika ini...

Hak melayu termaktub dalam perlembagaan... dan ia tetap dihormati oleh bangsa lain... Usah heret soal melayu...

Pokoknya dimana orang melayu setelah Umno perintah selama lebih 50 tahun. Kita punya segala kekuatan ekonomi tapi kenapa melayu masih merempat dibumi melayu ini... Siapa silap... PKR kah Silap... DAP kah silap... PAS kah silap... yang pasti UMNOlah punca orang melayu merempat dibumi sendiri..

AgendaBangsa said...

Assalammulaikum ..sdr .. aku akui UMNO ada silapnya ..membaiki adalah lebih baik dari meruntuhkannya .. dengan meruntuhkan UMNO ..dan membina PKR siapa di dalam PKR ..berapa ramai melayu ..apakan PKR akan membenarkan PM di lantik dari bangsa CINA / INDIA / bukan dari bangsa Melayu ...timbalan PM sudah semestinya Cina akan dilantik ..India akan di lantik ..Anwar Ibrahim jika di takdir menjadi PM ..sudah tentu tidak dapat mengawal kebangkitan kaum Cina dan India ..tuntutan memusnahkan perlembagaan khusus buat bangsa bumiputera akan terhapus ..hak sama rata ..sedangkan kita tahu kekuatan ekonomi kini di pegang oleh bangsa CINA ..dalam kekuatan ini sudah pasti kaum cina akan memerintah MALAYSIA ...negara AKU akan jadi SINGAPORE 2 ...ye ...benar ko cakap orang melayu merempat di negara sendiri ...tapi jika Pakatan Rakyat memerintah adalah lebih teruk lagi bangsa melayu ...mungkin tanah2 kg melayu akan di tukar statusnya ...menjadi internasional lot .. dan tiada lagi rezeb2 tanah melayu ...aku pasti MALAYSIA akan menjadi Singapore 2 jika Pakatan Rakyat Memerintah .. aku tak paham kenapa kalian begitu taksub dengan Pakatan Rakyat ..aku tahu ko tahu siapa dan apa idologi DAP ..parti serpihan PPP ..singapore .. aku tahu ko kalian anak melayu ..dan darah yang mengalir dalam badan kalian adalah darah melayu ...jangan lah gadaikan bangsa kita demi kepentingan politik seseorang .. ingat sejarah perjuangan orang terdahulu ...demi bangsa melayu mereka berjuang ...insaf lah wahai anak-anak bangsa ....

shazan amir said...

Wahai Sahabat ku Agendabangsa..

Apakah aku kaum melayu akan membenarkan bangsa ku diinjak-injak dan diperlekeh oleh bangsa lain... Aku juga ada semangat bangsa... tetapi aku lebih yakin memartabatkan bangsa melalui Pakatan Rakyat...
APCO-Umno sudah ditegur oleh rakyat melalui protes pilihanraya pada PRU-12 namun mereka tidak serik.
Khairy Jamaludin dilantik sebagai Ketua Pemuda APCO-Umno Malaysia dengan penuh kontroversi apabila kekuatan wang digunakan oleh KJ untuk menang dalam jawatan tersebut.
Begitu juga pemilihan perwakilan Umno Bahagian ke Perhimpunan Agung Umno, ratusan ribu dibelanjakan untuk sekadar menjadi perwakilan. sekali lagi kekuatan wang digunakan untuk berkuasa.
Cukup dua isu yang aku timbulkan...
Apakah ini membuktikan yang pimpinan Umno ini sudah insaf...
Apakah ini membuktikan Umno dalam pemulihan...
Apakah ini contoh yang harus dipelajari dan ditemuruni oleh generasi akan datang...
Persoalannya... Ketika zaman kesultanan melayu, british, jepun dan komunis... bukankah ramai orang melayu yang menjadi penderhaka kepada bangsanya sendiri kerana dilambakkan dan dijanjikan kesenangan oleh penjajah..
Dan sekarang Umno mendidik rakyat bahkan generasi akan datang dengan pemikiran penjajah yang sekaligus merosakan anak bangsa...
Inikah yang kau bangakan apabila ramai anak melayu yang mengandung anak luar nikah, buang anak, bunuh makbapak, ragut, rogol dan macam2 lagi.
Saudara ku Agendabangsa..
Percayalah aku juga ada jiwa melayu apatah lagi aku berkalimah syahadah... Kau faham itu...

AgendaBangsa said...

Assalammulaikum saudara ku ..
Nampaknya engkau dan aku ada kesamaan dalam istilah melayu ..nama kau melayu ...nama ku melayu ..hati dan jiwa kau melayu ..hati dan jiwa aku juga melayu ..tapi perjuang kau nampaknya jauh dari melayu ...perjuang aku dekat dengan melayu sebab aku masih memperjuang kan UMNO parti orang-orang melayu ...kau bersama PKR ..parti yang di asaskan bukan dengan erti memperjuangkan kemerdekaan ..parti kau hanya ujud setelah anwar Ibrahim di jatuhkan dan diaibkan ..PKR berjuang dengan jiwa yang cukup kotor ..menjadi perusuh jalanan ..menjadi perosak keamanan ...aku yakin ko tentu membenarkan aku berkata sedemikian..PKR bukan sebuah parti yang mempunyi jiwa yang murni ...UMNO walaupun aku akui kotor ketika ini ..namum ianya ada roh dan jiwa yang baik....UMNO di asaskan demi masa depan Agama Islam dan Bangsa Melayu....alif baa dan taa ...prinsip UMNO...aku yakin dan percaya di sudut hati kalian tersimpat perasaan terhadap UMNO ..namum dek kerana pemimpin UMNO yang kotor dan jijik yang masih ada di dalam UMNO yang membuat kalian membenci UMNO ...agendabangsa juga bukan lah alat kepada pemimpin UMNO sebegini ..agendabangsa tegas dengan prinsip asas UMNO ..insyaalah jiwa dan perjuangan kami masih kuat dan belum terbeli oleh mana2 pemimpin ...Pemimpin UMNO kotor kami sanggah ...aku harap jiwa kalian anak-anak bangsa yang berada didalam PKR jangan lupa pada sejarah ...siapa ibu kita siapa datuk dan nenek kita ...siapa moyang kita ..dan siapa keturunan kita ..tq

shazan amir said...

Adinda ku Agendabangsa...

Jika benar bagai dikata, maka kotakanlah..
PKR memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira bangsa... Siapapun dalam negara ini tidak kira melayu, cina, india, iban,kadazan punyai hak dan keistimewaan... Hak keistimewaan orang melayu sudah termaktub dan ia wajar dihormati.
Perjuangan PKR memartabatkan hak orang melayu seiring dengan memperjuangkan hak bangsa lain. Yang mana termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati oleh semua pihak. Namun kau lihat parti Umno ikutan mu yang semakin senyap memperjuangkan hak melayu... KENAPA??? Mengapa PERKASA pula menjadi juara MELAYU..
Selidikilah adinda ku...
Aku hormati perjuangan mu memartabatkan bangsa kita namun nasihatku untuk dirimu dan diriku serta teman ku yang lain.. Tetapkan Iman mu, Tetapkan matlamat Perjuanganmu, Usah terpesona dengan Harta dunia...

Aku turut bangga jika kau mempunyai niat untuk memperbaiki Umno namun usah benarkan dirimu dipalit dengan dosa pemimpin lalu. Kau harus bijak bertindak...

Adindaku..
Cukuplah Ayah, Bonda, Atuk, Nenek dan moyang ku dipersenda oleh parti pemerintah... Dikala pimpinan Umno/BN bersenang lenang, pejuang2 ini masih bersusah payah mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak.
Bilamana anak sudah membesar disekolahkannya sehingga ke menara gading.
Aku anak penoreh getah, kawan ku anak pekerja ladang dan estet di nafikan hak mendapat biasiswa. Tetapi anak seorang Ahli Parlimen Umno mendapat biasiswa.. Inikah dasar pemerintah.

Adinda..
Jika kau berniat mahu membuat reform dalam Umno, aku doakan kejayaan mu... Namun perlu kau sedari dirimu... MAMPUKAH kau...

wassalam