Dari Suara KeADILan bil 139.
Najib Tun Razak :-
Dikaitkan dengan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu seperti terkandung dalam SD pertama Balasubramaniam.
Didakwa menerima 'komisyen' RM530 juta hasil daripada perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis yang diuruskan oleh Primekar Sdn Bhd syarikat milik Razak Baginda yang menghadapi tuduhan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Kunjungan Saiful kepejabatnya seawal 12 Februari lalu.
Pada awalnya, menafikan pernah bertemu Saiful.
Akhirnya mengakui Saiful temuinya dengan beralasan untuk dapatkan biasiswa walaupun keputusan semester Saiful tidak layak untuk meneruskan pelajaran ataupun mendapat biasiswa.turut bersama :
SAIFUL BUKHAIRI AZLAN
Berkunjung ke rumah Najib pada 25 Jun sebelum laporan polis dibuat.
Dakwa diliwat pada 26 Jun dalam laporan polisnya pada 28 Jun lalu.
Mempunyai hubungan rapat dengan isteri TPM, Rosmah Mansur.
Tidak menamatkan pengajiannya di UNITEN kerana keputusan semester yang begitu lemah.kaitan :
ROSMAH MANSUR
dikaitkan dengan kehadiran bersama 2 lagi individu lain dikawasan mayat Altantuya Shaariibu yang diletupkan dengan peledak C4 pada 19 Okt 2006. Lalu oleh akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin di Mahkamah Tinggi 18 Jun lalu.
DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........
19 July 2008
‘Toksah dok percayaLAH’

Kelmarin, Perdana Menteri Abdullah Badawi kata, "Kalau dia betul-betul kata tak terlibat ke apa. Bagi sampel.Dia (Anwar) kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya... apa susah sangat?"Abdullah ingat ada orang mahu percaya cakap dia ke? Apa, Abdullah ingat Anwar telah lupa ke?Menurut peguam Anwar, R.Sivarasa, dalam perbicaraan kes liwat pada tahun 1998 dan 1999, bukti DNA Anwar telah dipalsukan apabila seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan telah membuang sampel DNA daripada penjagaan forensik secara tidak sah.
"Ketika sesi soal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, maka terdedahlah yang DNA yang diambil dari sampel darah sengaja diletakkan di atas tilam yang dikenali umum itu," kata Sivarasa.Apakah jaminan Abdullah bahawa perkara seumpama itu tidak berulang? pemalsuan bukti yang berlaku dalam kes terdahulu membabitkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan (yang pada ketika itu ketua pendakwaraya dan ketua siasatan) kini memegang jawatan yang lebih berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang.Macam-macam dalih dikemukakan oleh Abdullah bila orang kata tuduhan liwat keatas Anwar adalah ‘konspirasi’ pihak kerajaan.
"Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada. Toksah dok percayalah," katanya."Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang.Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang.Betullah tu! Kita ikutlah nasihat Abdullah : ‘Toksah dok percayaLAH’
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
DNA: Anwar bersedia jika 5 syarat dipenuhi, PM saran jalani ujian

Anwar telah meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.
Pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.Kedua, di mana ?(berlakunya kejadian)Ketiga tempat mana ?Keempat di mana saksi ?
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat bekas pembantunya, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil."Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.
"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng, Melaka malam tadi.Kata Anwar, jika empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya corrobotive evidence (bukti yang memberi pengesahan)."Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat," kata beliau bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.
Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lepas seolah-olah beliau "Osama Laden" ."Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," kata beliau yang dipetik Bernama.Kata Anwar, semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.
Kira-kira enam jam sebelum itu, Anwar pada sidang media di rumahnya di sini juga telah meletakkan syarat bagi menjalani DNA iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel daripada pihak pengadu, Mohd.
Saiful dijalankan secara profesional.Beliau semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata beliau menerusi peguamnya R. Sivarasa."Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.
"Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA," katanya.Di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Anwar perlu memberikan sampel DNA yang boleh dibuat secara telus bagi membantu siasatan dakwaan kes liwat yang didakwa melibatkannya.
Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya."Kalau dia betul-betul kata tak terlibat ke apa. Bagi sampel," kata Abdullah, sambil menambah kata seolah-olah dirinya berada di tempat Anwar sekarang dengan berkata: "Buat sekarang. Saya nak tengok."Abdullah berkata:
"Dia (Anwar) kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya... apa susah sangat?"Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan pihak berkuasa mengambil sampel itu sekali lagi setelah sampel berkenaan diambil 10 tahun lalu semasa kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu.Mengenai perhatian kerajaan Amerika Syarikat dan Jepun kononnya kes itu bermotifkan politik, Abdullah berkata ia tidak betul."Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada.
Toksah dok percayalah," katanya.Abdullah berkata kerajaan sememangnya mahu kes itu diselesaikan dengan segera.Mengenai permintaan Anwar supaya Perdana Menteri memberi jaminan siasatan polis akan dijalankan secara profesional, Abdullah memberikan jaminan itu."Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang. Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang.
"Kita ada undang-undang. Undang-undanglah yang akan menjadi pedoman untuk kita nak bertindak atau ambil apa-apa langkah dan tindakan," kata Abdullah.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
"Kita ada undang-undang. Undang-undanglah yang akan menjadi pedoman untuk kita nak bertindak atau ambil apa-apa langkah dan tindakan," kata Abdullah.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Azizah: 'Saya percaya Anwar, satu lagi konspirasi politik'

DR. WAN Azizah Wan Ismail ketika ditemu bual mStar Online di rumah beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Sambil menyifatkan nasib dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi politik, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menjangkakan momentum gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya selepas ini.
"Saya kata ada dan tidak... memang pada satu sudut kita kena tumpukan perhatian kita kepada kes apabila dibawa ke mahkamah," katanya.Bagaimanapun kata isteri bekas Timbalan Perdana Menteri itu, ramai orang melihat isu yang dihadapi Anwar sekarang bukan kes biasa sebaliknya sebagai "kes politik.""Ini kes politik, tak akan bukan kerana politik, tindakan-tindakan ini dilakukan. Dan, ada yang mengatakan ini adalah zalim, zalim terhadap sesiapa, bukan kerana saudara Anwar, tetapi sesiapa saja," kata Ketua Pembangkang di Parlimen ini dalam temu bual dengan mStar Online di rumah mereka di Bukit Segambut hari ini.Malah, Dr. Wan Azizah berkata, pihak pemerintah bertindak 'tegas' ke atas Anwar selepas forum debat yang disertai Anwar pada malam Selasa lalu.
Anwar ditahan hari keesokan ketika beliau dalam perjalanan ke rumahnya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah, sejam sebelum hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.Kata Dr. Wan Azizah, tahap sokongan ke atas Anwar meningkat ekoran program itu yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen ke seluruh negara.Ia merupakan kemunculan pertama Anwar selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998.
Ketika ditanya lagi sejauh mana beliau melihat ia sebagai konspirasi politik, Dr. Wan Azizah menjelaskan: "Saya bermaksud begini... sebab, cara bagaimana Anwar diperlakukan, kenapa?"Katanya, jika Anwar berhadapan dengan tuduhan yang dimaksudkan, beliau tidak harus dikepung oleh anggota pasukan khas sehingga 20 orang dengan sesetengah mereka bertopeng, di tengah-tengah jalan ketika pulang ke rumah."Serbu, ditahan di tengah jalan, macam drama, macam drama Tamil pula itu," katanya dengan diringi senyuman kecil beliau."Tahun 98 pun macam itu, mereka datang ke rumah ketika sedang diadakan sidang akhbar. Sungguh dramatik, tiada syak ini adalah motif politik," katanya.Di peringkat awal temu bual Dr. Wan Azizah juga menyifatkan tangkapan Anwar sebagai "ulang tayang" dengan merujuk kepada suasana tahun 1998 di rumah mereka di Bukit Damansara."Dan kenapa pihak polis dan juga pihak kerajaan ingin sangat peroleh sampel untuk DNA kerana kita tahu bahawa sampel DNA sudah dipegang oleh polis sejak 1998, dan kita juga telah lihat bahawa banyak bukti telah direka cipta dalam kes-kes terdahulu apabila Anwar telah dibebas, dilepaskan daripada tuduhan-tuduhan terdahulu."Ini kita melihat ulang tayang yang saya rasa bahawa peristiwa kali ini macam ulang tayang," katanya lagi.Apabila ditanya sejauh mana pihaknya boleh melihat ia sebagai konspirasi politik sedangkan beliau dan Naib Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali sendiri telah menemui dua kali sepanjang tiga minggu lalu, Dr. Wan Azizah memberitahu, kedua-dua mereka menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meminta jaminan keselamatan Anwar."Saya apabila bertemu, bila dikatakan hendak ditangkap, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa terlibat dan sekurang-kurangnya kedua-dua mereka tidak boleh mencampuri kes Anwar kerana ada konlfik kepentingan."Perdana Menteri jamin Anwar tidak akan dipukul dan dikasari, jaminan itu saya peroleh sendiri, yang lain itu... saya mahu lebih lah tetapi...," kata beliau sambil menambah:"Kini makin terserlah, ini adalah politik. Oleh kerana politik, mereka bertindak dan beginilah dilakukan apabila Anwar dilihat sebagai satu cabaran, cabaran yang kuat kepada pihak pemerintah. Lebih-lebih lagi apabila ada debat yang kuat, tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada debat macam pemilihan presiden Amerika Syarikat."Kita melihat bahawa saudara Anwar memang meyakinkan bagaimana kalau dia, kita boleh memegang tampuk kerajaan. "Itu telah melonjakkan rating Anwar, Keadilan dan Pakatan... melihat ini saya kira pihak berkuasa mengambil tindakan (menahannya)," katanya.
BERITA TERDAHULU:
DNA: Keluarga Anwar was-was syor polis benarkan Anwar pilih sendiri pakar
KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap was-was untuk memberikan sampel darah meskipun pihak polis memberikan pilihan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu agar memilih sendiri pakar forensik mengendalikan pemeriksaan dan ujian DNA terhadapnya.Dalam temu bual dengan mStar Online sebentar tadi, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, berdasarkan pengalaman sedekad yang lalu keluarga pihaknya masih tidak percaya dengan pihak berkuasa polis."(Kami) masih was-was, sebab kita dah kena (pengalaman dulu)... kalau tuan-tuan, kalau saudara atau sesiapa terkena baru terasa," kata beliau dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya di Bukti Segambut dekat sini, sehari selepas Anwar dibebaskan atas jaminan polis semalam.
Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mungkin mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan analisis DNA jika beliau terus enggan bekerjasama.Malah kata beliau, pihaknya memberi pilihan kepada Anwar untuk memilih pakar forensik sendiri bagi tujuan itu demi mengelakkan keraguan terhadap hasil ujian DNA kelak.Anwar yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kelmarin untuk disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak permintaan polis untuk menjalani ujian DNA.

Menurut Ismail, dalam kes liwat adalah penting untuk mendapatkan contoh DNA daripada orang yang dituduh terlibat.Ditanya sama ada polis akan menggunakan contoh DNA yang diambil daripada Anwar 10 tahun lepas (ketika beliau berdepan tuduhan serupa) untuk disepadankan dengan Mohd Saiful, Ismail berkata, polis tidak akan berbuat demikian.Mengulas lanjut, Dr. Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pihak berkuasa mempunyai rekod DNA yang telah diambil pada 1998.Malah jelas beliau, dalam kes Anwar pada 1999 pihaknya tidak dibenarkan membawa pakar-pakar untuk berhujah di mahkamah.
"Itu kan ada dulu, dulu dibawa tilam, kita bawa pakar kita, tidak dibenarkan untuk berhujah dalam mahkamah."Lepas itu Haji Sulaiman (Abdullah, peguam Anwar) hendak berhujah dengan baik sekali dan bila hujah kita, dia nampak pendakwa raya akan kalah, tetapi (hujah) telah ditolak," katanya.Mengambil kira pengalaman itu, kata beliau, sukar bagi pihaknya untuk bekerjasama kerana kredibiliti polis kini dipersoalkan dan meragukan.
"Kita tidak boleh memberi kepercayaan penuh kepada polis, sebab itu lah kita mengambil langkah-langkah, sebab kita dah kena dulu," katanya.Dr. Azizah menambah, pihaknya juga tidak mahu mempercayai polis kerana Anwar dijanji akan dibenarkan untuk pulang selepas diambil keterangan dan menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur tetapi tidak dtunaikan."Kita dah tahu... pasal apa? Mereka semalam (kelmarin) janji Anwar akan keluar tetapi mungkir janji. Jadi macam mana?" katanya.
Katanya lagi, Anwar akan membenarkan sampel diambil atas arahan mahkamah."Kalau tidak no way," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya meletakkan syarat sebelum memberikan sampel untuk ujian DNA, Dr. Wan Azizah berkata, "kita tengok dulu dan kita tengok apakah kandungannya, kenapa tidak diberi (laporan polis), kenapa hendakkan DNA itu.""Sudah 10 tahun memberi, sudah diambil DNA... DNA tidak akan bertukar, sampel DNA telah diambil daripada darah dahulu tanpa pengetahuan doktor, dalam simpanan doktor..."Masa itu sudah diambil darah untuk diperiksa DNA, kita tidak mempercayai kerana apa yang telah berlaku 10 tahun yang lampau, kita tidak ambil satu sikap mempercayai," katanya lagi.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Mengapa Pak Lah tidak gantung jawatan Najib?

DUA Akuan Bersumpah yang menggemparkan lanskap politik negara, nampaknya tidak lut menujah Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Akuan Bersumpah Raja Petra, dan dari P. Balasubramaniam.Bukan sahaja Najib kebal, Perdana Menteri pula mengambil jalan sangsong menabalkan dan berjanji akan menyerahkan kuasa sebagai Perdana Menteri pada Jun 2010, dua tahun akan datang.
Pak Lah yang kian terkepit tidak terliur langsung dengan dua Akuan Bersumpah tersebut. Pihak polis juga, tidak mengambil keterangan dari Najib walhal sudah ada report polis dibuat berdasarkan dua Akuan Bersumpah itu.Polis sepatutnya turut mengambil keterangan kerana Najib dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya. Sebaliknya, Raja Petra pula diseret ke mahkamah dan P. Balasubramaniam "hilang" entah ke mana selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua bagi menafikan Akuan Bersumpah yang pertamanya.
Terdapat dua isu yang didedahkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Keadilan Rakyat.Pertama: Hubungan seks antara Najib dengan Altantunya dan penglibatan Najib serta Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan kes pembunuhan wanita Monggolia itu. Kedua: Altantunya menerima komisyen pembelian jet Sukhoi daripada Russia sebanyak USD500,000 daripada Najib.Kedua-dua kes ini, sebenarnya boleh diperincikan oleh polis dalam Penel Kod atau Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah tahun 1997- dua tahun penjara jika disabitkan kesalahn pertama dan 20 tahun penjara dan didenda sebanyak lima kali ganda daripada nilai rasuah jika disabitkan kesalahan kedua.
Namun, Najib dijangka akan terlepas dari proses ini. Barangkali kerana Najib Timbalan Perdana Menteri, atau Najib amat ditakuti oleh Pak Lah dan Khairy.Lebih tepat lagi, jika Pak Lah telus dan tembus, Najib sudah wajar digantung jawatannya kerana beliau adalah suspek yang dalam siasatan. Namun, ini tidak terjadi!
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Dilemma Pak Lah untuk membuktikan Anwar terlibat kes "liwat"

PERDANA MENTERI, sebenarnya berada dalam keadaan tersepit untuk meyakinkan rakyat bahawa isu "liwat" Anwar benar-benar berlaku. Tragedi 1998 dengan mata yang lebam, deraan polis yang melampau, media berat sebelah - rasanya menjadi punca mengapa rakyat tidak lagi mempercayai Anwar ada kes dalam isu "liwat" yang diperkatakan ini.Paling malang, lebih ramai yang tidak rasional dalam menangani isu Anwar "liwat" dan isu "pembunuhan Altantunya" yang dikatakan melibatkan Najib Tun Razak.
Jika ada individu yang menyatakan mungkin benar Anwar "liwat", cepat-cepat individu yang lain membangkitkan soalan "anta ada saksikah?". Tetapi, jika dituduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya, tidak ada siapa pula yang bertanya "anta ada saksikah?"Sedangkan, kedua-dua tokoh ini amat diperlukan saksi dan bukti untuk diperakui pembabitan mereka.Inilah yang saya lihat satu gejala kurang sihat dalam menukilkan keadilan hatta kepada musuh sekalipun.
Mungkin sebagai pendokong Pakatan, Anwar dipuja dan dipuji sementara Najib dicerca dan dikeji.Kisah klasik, keikhlasan Syaidina Umar Al-Khatab yang nyaris-nyaris membunuh seorang kafir (musuh peperangan) patut dirujuk. Umar tidak meneruskan hasratnya untuk menusukkan mata pedang ke dada si kafir itu, apabila si kafir itu meludah muka Umar (dalam jarak dekat dan Umar boleh membunuhnya dengan mudah).Umar bimbang, tusukan mata pedang itu akan membawa maut kepada si kafir, dan kematiannya bukan disebabkan si kafir itu musuh Islam tetapi sebaliknya kerana dendam atas ludahannya ke muka beliau.
Umar tidak jadi membunuhnya.Dari kisah ini, Umar menunjukkan satu bentuk keadilan telah diberikan kepada musuhnya, yang sudah tentu sukar untuk dilaksanakan oleh kita semua.Apatah lagi, "konspirasi" telah dilagang dan dijadikan hujah yang paling kukuh menguasai pemikiran sesiapa sahaja. Baik isu Anwar, juga isu Najib dan isu-isu politik yang lain
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Apakah polis sedang buat provokasi agar rakyat memberontak?

MENGAPA polis mahu meneruskan sekatan jalanraya sekitar Lembah Klang, jika dengan alasan yang dangkal dan mual. Sepatutnya, agensi kerajaan yang terlatih itu bertindak secara profesional dan bukannya berdasarkan "andaian".Soalnya, "andaian" siapakah yang pihak polis terima pakai hingga begitu rajin dan prihatin untuk mengadakan sekatan jalanraya itu. Apakah tujuannya, jika hanya untuk menaikan rasa amarah rakyat yang menggunakan jalanraya terbabit. Untuk menyusahkan mereka, hingga mereka terpaksa memboroskan minyak petrol dan diesel semata-mata terjebak dengan kesesakan jalanraya angkara polis.Inilah yang dikatakan provokasi.
Agar rakyat marah. Agar rakyat benci. Dan akhirnya mereka bertindak liar. Memberontak? Adakah ini yang dimahukan oleh Pak Lah? Ini semua kerja gila, kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu. Dari mana Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mendapat khabar mengenai 'kemungkinan' suatu perhimpunan besar akan dianjurkan dalam masa terdekat? Mengapa polis masih bertindak mengikut "andaian" dan khabar angin?Polis patut tahu bahawa sekatan jalanraya tidak pernah mematahkan kaki rakyat untuk berhimpun jika benar ada perhimpunan dan tunjuk perasaan. Sekatan polis bukan kayu ukur dan pagar duri yang gagah menghalang mereka berkumpul.
Tidak perlu polis berbuat demikian dan percaya dengan desas-desus seperti itu.Apakah ini petanda baru, kerajaan BN yang dipimpin Pak Lah bakal tumbang dan tumpas menjelang September ini. Macam Debat Minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery, rata-rata penonton memberikan kredit kepada Anwar, bukannya kepada Shabery. Shabery hanya dilihat sebagai belaci Pak Lah dan tidak menyebelahi rakyat yang susah dan disusahkan dengan kenaikan harga minyak secara drastik itu.Apa bezanya dengan tindakan polis sekarang. Sekatan akan menyebabkan jalan sesak.
Semua kenderaan bergerak perlahan atau terhenti terus. Tetapi terus minyak dibakar, duit tetap keluar. Kehidupan rakyat tambah derita dengan langkah bodoh pihak polis ini. Janganlah angkara minyak naik, maka darah rakyat juga mahu dinaikkan. Apakah yang Pak Lah dapat dengan tindakan gila sebegini?
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
17 July 2008
Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA umum keluar parti

KLANG: Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dengan alasan MCA bukan lagi satu wadah berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.
Dr Tan, 57, yang juga anggota jawatankuasa pusat MCA dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa beliau telah memberitahu ibu pejabat parti mengenai keputusannya itu melalui satu faks yang dihantarnya pagi tadi.
Ketika ditanya parti mana yang beliau akan sertai selepas ini, katanya beliau akan mengumumkan perkara itu tidak lama lagi.
Bagaimanapun apabila didesak pemberita, Dr. Tan berkata: "Mungkin Parti Keadilan (Rakyat)."
Dr. Tan berkata beliau mendapati perubahan politik dalam negara telah menyakinkannya bahawa MCA bukan lagi satu wadah yang berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.
Katanya amalan berpuak-puak juga menular dalam MCA yang menyebabkan berlaku pertelingkahan dalaman.
Dr Tan berkata tindakannya itu adalah bagi mengambil peluang untuk menyertai perkembangan sistem dua parti dalam arena politik negara yang telah menampakkan bibit-bibitnya selepas plihian raya umum Mac lepas.
"Kita semua akan bersetuju bahawasanya satu parti politik yang dominan tidak baik untuk demokrasi dalam negara yang berbilang kaum. Hanya sistem dua parti boleh melengkapkan keperluan 'pantau dan imbang' dalam sistem politik untuk memelihara demokrasi, kesederhanaan dan keamanan dalam negara kita," katanya.
Mengenai sama ada pengikutnya akan menyertai beliau, Tan mengingatkan mereka supaya membuat keputusan bijak dalam menentukan arah tuju politik masing-masing.
Dalam sidang media yang sama, Dr. Tan turut ditanya mengenai desas-desus bahawa tindakan beliau keluar daripada MCA ada kaitan dengan tawaran kepada beliau menjadi Yang Pertua Majlis Perbandaran Klang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara tersebut. Dr. Tan, pernah digantung perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Wanita selama setahun bermula Ogos 2005 oleh Majlis Presiden MCA kerana didapati bersalah mengedar rakaman video pergaduhan melibatkan ahli parti itu semasa pemilihan cawangan MCA Jalan Young di Klang pada 17 April tahun yang sama.
Walaupun dengan tindakan itu, beliau kekal memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada ketika itu.
Hukuman terhadap beliau kemudiannya dikurangkan kepada enam bulan ekoran rayuannya.
Beliau tidak mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Wanita MCA dalam pemilihan parti pada tahun yang sama disebabkan penggantungan tersebut. Dr Tan dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat parti selepas tamat tempoh penggantungan itu.

Akuan bersumpah: Raja Petra didakwa fitnah isteri Najib, 2 lain

Raja Petra bersama J. Chandra tiba di IPKKL pagi ini. -foto AP
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memfitnah termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.
Tohmahan itu didakwa dibuat dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan 10.25 pagi 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Pertuduhan itu berkait dengan akuan bersumpah yang menyentuh penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; pakar bahan letupan C4, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati Hassan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
Jika disabitkan kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis manakala peguam J. Chandra mewakili Raja Petra.
Ketika dibacakan pertuduhan, Raja Petra yang berada dalam kandang tertuduh berkata, beliau enggan mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan dan mengatakan ia adalah berniat jahat.
"Saya enggan membuat pengakuan atas alasan pertuduhan terhadap saya mempunyai kecacatan dan mala fide," sebut Raja Petra berulang kali.
Dia turut menyatakan akan memecat peguamnya J. Chandra sekiranya Chandra bersetuju dengan pihak pendakwaan.
Tindakan Raja Petra yang tidak berhenti bercakap ditegur Majistret Nazran Mohd Sham yang berkata: "Saya tidak sempat menulis apa yang awak cakap, beri saya peluang, jika anda tidak menghormati saya tidak apa, tetapi tolong hormati mahkamah".
Kes itu akan disebut semula pada 15 Ogos.
Kira-kira pukul 2.15 petang tadi, Majistret Nazran Mohd. Sham yang mengendalikan kes tersebut memutuskan Raja Petra boleh diikat jamin dengan RM2,000 dan menolak personal bon yang diminta peguam Raja Petra.
Selepas 90 minit berlalu, Raja Petra menerima keputusan mahkamah dengan ikat jamin RM2,000 yang disediakan oleh isterinya.
Terdahulu Anselm memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesemua tuduhan tetapi dibantah oleh Chandra dengan merayu jaminan sebanyak RM5,000 sahaja.
Ketika itu Raja Petra bangun sekali lagi dan menyatakan beliau tidak mahu sebarang jaminan dikenakan ke atasnya. Tindakannya itu menyebabkan mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan Chandra berbincang dengan anak guamnya itu.
Dalam pada itu, Chandra meminta personal bon (ikat jaminan tanpa penjamin) kerana sebelum ini Raja Petra tidak makan dan tidur dalam penjara. Bagaimanapun, Anselm membantah dengan berkata ia tidak relevan.
Sebelum itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah bersama dengan dua peguamnya memujuk Raja Petra untuk menerima ikat jamin tersebut dan meneruskan perjuangannya di luar.
Kira-kira pukul 3.45 petang tadi, Raja Petra diiringi beberapa anggota polis keluar dari mahkamah untuk menyelesaikan prosedur ikat jamin.
"Tunggu sehingga 15 Ogos nanti," kata Raja Petra apabila ditanya sebab mengatakan dakwaan tersebut adalah berniat jahat.
Sebelum dihadapkan di mahkamah Jalan Duta, Raja Petra dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan kemudian dibawa mahkamah Jalan Duta untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
Raja Petra tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.
Ketika di IPK KL, Raja Petra turut ditemani oleh Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.
Polis telah memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.
Pada hari itu Raja Petra Kamaruddin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.
Pada bulan Mei, Raja artikel bertajuk Petra dituduh menerbitkan Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman webnya pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.
Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas peguam tertuduh, K Balaguru, tidak membantah jumlah yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

'Saya enggan, takut gambar saya tersebar luas di You Tube' - Anwar

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas dibebaskan atas jaminan polis petang tadi di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bersama beliau ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kanan), anak mereka, Nurul Izzah (paling kiri, berdiri) dan salah seorang peguamnya, R. Sivarasa (dua dari kiri). - foto The Star CHUA KOK HWA
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan alasan tidak yakin akan ujian itu dan atas nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara.Anwar percaya pemalsuan terhadap bukti DNAnya boleh berlaku berdasarkan tuduhan palsu kes liwatnya pada 1998 dan juga kerana orang yang menuduhnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih di dalam tahanan polis.“Mengenai isu pengambilan darah, saya dinasihatkan oleh peguam dan pakar-pakar DNA dari dalam dan luar negara untuk tidak membenarkannya,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut pukul 2 petang ini selepas dibebaskan pagi tadi.
Alasan yang diberikan ialah simpanan sampel darah beliau sudah ada dalam simpanan polis dan takut kemungkinan berlaku manipulasi terhadap sampel tersebut oleh pihak-pihak tertentu.
Anwar ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang semalam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada pukul 9.50 pagi hari ini selepas polis mengambil lagi keterangannya pukul 7.30 pagi.Katanya beliau diletakkan di lokap di tingkat tujuh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala dan dilayan dengan baik.
Beliau juga mempersoalkan prosedur polis dengan mendakwa polis tidak membebaskannya berikutan keenganannya memberikan sampel darah tetapi membebaskannya pagi ini walaupun beliau masih tidak berbuat demikian.Ketika ditanya sama ada beliau mahu berjumpa Saiful, Anwar berkata:"Ia sekadar episod dalam drama. Ini tuduhan serius, melibatkan kesalahan jenayah. Ada bukti dan asas patut disiasat, jika tiada asas dan bukti, penuduh yang patut ditahan dan tertuduh harus dilepaskan."
Semalam Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 8.35 malam tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bagaimanapun beliau bertanya kepada pegawai perubatan HKL mengapa sampel darah beliau mahu diambil, pegawai tersebut memaklumkan bahawa sampel tersebut akan dikirimkan untuk tindakan polis.
“Oleh itu saya inginkan jaminan apakah proses tersebut dapat dipastikan tiada sebarang unsur atau percubaan seperti tindakan sebelumnya (kes 1998) iaitu menipu meletakkan DNA terawal di tempat-tempat tertentu,” katanya.
Beliau juga inginkan jaminan kerajaan untuk melihat keterangan yang ada bagi memastikan kes ini disiasat dengan telus dan profesional.
Mengenai pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, Anwar berkata beliau telah ditelanjangkan bagi menjalankan pemeriksaan seluruh badan.
“Saya dibogelkan. Seluruh badan saya diperiksa termasuk kemaluan. Mereka juga ukur apa yang perlu dan saya ikut semuanya.
"Namun saya enggan gambar saya diambil kerana takut akan tersebar luas dalam You Tube,” katanya sambil tersenyum.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga hairan dan kesal kerana sehingga kini beliau masih belum menerima salinan laporan polis yang dibuat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Jelasnya, jika selepas ini atau esok beliau menerima laporan itu, adalah sukar untuknya memastikan sama ada laporan itu benar-benar asli ataupun tidak.
“Kalau lepas ini saya terima, siapa boleh pastikan laporan itu asli atau tidak? Mana ada siasatan dijalankan terhadap tertuduh tanpa melihat laporan tuduhan terhadapnya?,” kata beliau.
Anwar juga tidak menolak kemungkinan pindaan akan dilakukan terhadap laporan polis terhadapnya selepas beliau selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur semalam.
Ditanya sama ada beliau meminta kebenaran polis untuk melihat laporan itu semasa siasatan dijalankan semalam, beliau berkata, polis memberikan pelbagai alasan untuk tidak memberikannya.
Bercerita mengenai apa yang berlaku sehingga beliau perlu ditahan di lokap, beliau berkata, pada mulanya polis berjanji akan membebaskannya semalam selepas selesai menjalankan ujian kesihatan di HKL.
“Sebelum itu saya diberi jaminan oleh pegawai atasan polis untuk merekodkan keterangan, buat pemeriksaan kesihatan di HKL dan kembali semula ke IPK untuk diberikan bon polis agar saya dibebaskan semalam juga, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya..
Semalam beliau ditempatkan di lokap tingkat tujuh IPK dan diarah tidur di lantai simen tanpa alas.
“Lokap itu adalah lokap yang menempatkan penjenayah besar. Saya disuruh tidur dilantai simen tanpa alas hingga menyebabkan pinggang saya kembali sakit kerana tidak tahan dengan sejuk,” katanya.
Namun kira-kira pukul 1 pagi, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail datang memberikan tuala bagi dijadikan alas.
Selepas keterangan sambungan diberikan kepada polis hampir 30 minit, beliau dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.30 pagi.
Sejurus sampai ke rumah, beliau diberikan suntikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadi kerana mengadu terlalu sakit dan beliau perlu berehat sebelum bersedia mengadakan sidang media kira-kira pukul 2.05 petang.
Diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang bersedia bermuzakarah dengan pemimpin Umno, beliau menyokong usaha PAS untuk berjumpa sesiapa sahaja.
Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu juga menegaskan hubungan PKR dan PAS masih utuh seperti dahulu tanpa masalah.
Beliau turut ditanya mengenai keputusan untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil bagi memberi laluan untuknya, beliau berkata hasrat itu akan tetap dilakukannya.
“Saya baru dibebaskan. Bagilah saya sedikit masa,” katanya yang turut mengakui detik 16 September (umum ahli BN lompat parti) yang dijanjikan pasti akan dibuktikan.
Dalam sidang media tersebut beliau turut ditemani isteri, peguamnya Sakaran Nair dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Anwar bimbang laporan dipinda

DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi melahirkan kebimbangan mengenai kenyataannya yang diambil oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL) malam tadi berkemungkinan akan dipinda.
“Saya rasa tidak selesa apatah lagi saya tidak ditunjukkan laporan daripada pengadu. Mungkin laporan saya itu akan dipinda. Ini kerana tiada saksi yang boleh membuktikan laporan yang saya berikan itu asli atau tidak.
“Saya ada juga bertanya mengenai laporan pengadu, tetapi mereka hanya menjawab diarahkan tidak boleh beri laporan. Siapa yang arah?Timbalan Perdana Menteri, isterinya atau ketua polis negara sendiri?,”katanya.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau juga diarah mengambil sampel DNA dan contoh darah ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di HKL, tetapi enggan berbuat demikian atas nasihat para peguamnya dan pegawai perubatan.
"Apa perlu saya beri, Dulu pun mereka pernah paksa saya mengambil sampel itu. Jadi, apa saja boleh terjadi,” jelasnya dengan nada sangsi.
Pada 1.11 petang semalam, Anwar telah dibawa ke IPKKL oleh sepasukan anggota polis bertopeng yang difahamkan anggota D9 dan UTK selepas menahannya di kawasan kediaman beliau di Bukit Segambut sekembali dari memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya. Anwar dibenarkan pulang lingkungan jam 9.45 pagi tadi dan diarah kembali memberi keterangan di IPKKL pada 18 Julai ini.
Beliau juga menambah, ekoran keengganan pihak polis membebaskannya malam tadi menyebabkan pinggangnya mengalami kesakitan sehingga disuntik ubat penahan sakit.
“Walau diberi jaminan akan dibebaskan malam tadi oleh pegawai polis berpangkat SAC II dan ACP selepas keluar dari HKL, tetapi tidak berlaku. Malah saya terpaksa bermalam di lokap beralaskan simen di tingkat tujuh IPKKL.
“Akibat tidur atas simen, saya mengalami sakit pinggang. Nasib baiklah keadaan kembali baik selepas Wan Azizah datang pada jam 1 pagi dengan membawa tuala sebagai alas tidur. Bagaimanapun, polis memberi layanan yang baik sepanjang berada di sana," tegas beliau.
Nadi Reformis
AMK Gelang Patah
PDRM = Gestapo

Musa Hassan dan Bakri Zinin, tidak boleh kita percayai. Musa Hassan terlibat dalam konspirasi pertama ketika Anwar dijatuhkan pada tahun 1998.
Pada tahun 1998, kedua-dua Musa dan Bakri masih lagi berpangkat rendah sementara Gani Patail belum lagi menjadi peguam negara.
Kini, Musa ialah Ketua Polis Negara, Bakri Zinin pula adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sementara Gani Patail adalah Peguam Negara. Pendek kata, dengan kuasa yang ada, apa sahaja boleh dilakukan untuk menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim.
Lihat gambar diatas, Anwar yang tidak melawan ditangkap oleh anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang begitu ramai. Mengapa perlu semua ini dilakukan? Mengapa digunakan taktik ala-Gestapo?
by aminiskandar@black

Anwar bebas, Nora mungkin terus direman
Julai 17, 2008
Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan oleh polis pada pukul 9.45 pagi tadi dengan jaminan polis. Beliau terus kerumahnya di Bukit Segambut dan dijangka akan memanggil sidang akhbar dirumahnya pada pukul dua petang.
Beliau tidak didakwa oleh polis dalam kes tersebut akan tetapi perlu kembali melapor kepada polis di IPKKL sebulan dari sekarang pada 18 Ogos.
Sementara seorang teman saya, Norazimah Mohd Nor yang merupakan seorang aktivis reformasi dan penulis blog yang ditahan semalam mungkin akan terus direman menurut seorang teman yang menunggu Nora di Mahkamah Jalan Duta.
Menurut teman tersebut, Nora ditahan selepas beliau memaki polis akibat gangguan seksual yang diberikan oleh pegawai polis tersebut.

Kemaskini: Anwar dibebaskan, sidang akhbar jam 2 petang
Khamis, 17 Julai 2008
KUALA LUMPUR, 17 Julai (SK)- Ketua Umum Anwar Ibrahim,telah dibebaskan pagi ini dengan jaminan Polis setelah diambil keterangan beliau Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah.
Semalam Anwar telah ditahan berhampiran rumahnya pada jam 12.50 petang, dan terus dibawa ke IPK Kuala Lumpur.
Polis mula merakam kenyataan Anwar mengenai dakwaan liwat terhadapnya kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Anwar dibawa terus pulang ke rumahnya di Segambut.
Beliau dijangka mengadakan sidang media di kediaman beliau jam 2 petang ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)