DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi melahirkan kebimbangan mengenai kenyataannya yang diambil oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL) malam tadi berkemungkinan akan dipinda.
“Saya rasa tidak selesa apatah lagi saya tidak ditunjukkan laporan daripada pengadu. Mungkin laporan saya itu akan dipinda. Ini kerana tiada saksi yang boleh membuktikan laporan yang saya berikan itu asli atau tidak.
“Saya ada juga bertanya mengenai laporan pengadu, tetapi mereka hanya menjawab diarahkan tidak boleh beri laporan. Siapa yang arah?Timbalan Perdana Menteri, isterinya atau ketua polis negara sendiri?,”katanya.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau juga diarah mengambil sampel DNA dan contoh darah ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di HKL, tetapi enggan berbuat demikian atas nasihat para peguamnya dan pegawai perubatan.
"Apa perlu saya beri, Dulu pun mereka pernah paksa saya mengambil sampel itu. Jadi, apa saja boleh terjadi,” jelasnya dengan nada sangsi.
Pada 1.11 petang semalam, Anwar telah dibawa ke IPKKL oleh sepasukan anggota polis bertopeng yang difahamkan anggota D9 dan UTK selepas menahannya di kawasan kediaman beliau di Bukit Segambut sekembali dari memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya. Anwar dibenarkan pulang lingkungan jam 9.45 pagi tadi dan diarah kembali memberi keterangan di IPKKL pada 18 Julai ini.
Beliau juga menambah, ekoran keengganan pihak polis membebaskannya malam tadi menyebabkan pinggangnya mengalami kesakitan sehingga disuntik ubat penahan sakit.
“Walau diberi jaminan akan dibebaskan malam tadi oleh pegawai polis berpangkat SAC II dan ACP selepas keluar dari HKL, tetapi tidak berlaku. Malah saya terpaksa bermalam di lokap beralaskan simen di tingkat tujuh IPKKL.
“Akibat tidur atas simen, saya mengalami sakit pinggang. Nasib baiklah keadaan kembali baik selepas Wan Azizah datang pada jam 1 pagi dengan membawa tuala sebagai alas tidur. Bagaimanapun, polis memberi layanan yang baik sepanjang berada di sana," tegas beliau.
Nadi Reformis
AMK Gelang Patah
No comments:
Post a Comment