DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 July 2008

Zahid tidak akan campur tangan walaupun dalam bidang kuasa

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan aduan fitnah kes liwat terhadap beliau di Mahkamah Syariah.

“Terpulang kepada beliau untuk membuat aduan di mahkamah manapun. Bagi saya itu satu langkah perundangan syariah yang dijadikan Anwar untuk membersihkan namanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pagi tadi, Anwar yang diwakili peguamnya Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat aduan ‘qazaf’ iaitu aduan kesalahan bagi jenayah syariah kerana fitnah liwat oleh bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun beliau juga mengesyorkan agar kedua-dua pihak tampil dan bersumpah (bermubahalah) di mahkamah sebagai jalan terakhir bagi menentukan kebenarannya.

“Ini bukan soal satu pihak, kedua-dua mereka akan dipanggil memberi keterangan. Mahkamah tidak memihak kepada mana-mana pihak.

“Selepas dibicarakan, dan masih tidak berpuas hati...mereka boleh bersumpah mengikut syariat Islam,” katanya.
Menurut beliau, terdapat dua situasi dalam kes ini iaitu dakwaan liwat oleh Saiful dan dakwaan fitnah oleh Anwar.

“Jadi kita akan biarkan hakim yang berwibawa di Mahkamah Syariah yang tentukannya.

“Saya tak akan campur tangan walaupun mahkamah ini (Mahkamah Syariah) berada di dalam bidang kuasa saya, biarkan hakim-hakim yang berwibawa membuat ketentuan mengikut enakmen perundangan,” katanya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Beliau juga yakin hasil siasatan polis yang telah dijalankan boleh digunakan sebagai bukti dalam membantu siasatan yang dijalankan pendakwaraya Mahkamah Syariah.

Ditanya sama ada pihak polis akan menghentikan siasatan terhadap kes ini, beliau bagaimanapun tidak pasti mengenai perkara tersebut.

No comments: