Kepada :
Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Yang Amat Berhormat Datuk Seri,
MEMORANDUM MENGGESA KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DIGANTUNG TUGAS SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN KE ATAS LAPORAN POLIS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius mengenai pendedahan yang di buat oleh Ketua Umum KeADILan yang juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang terkandung di dalam laporan polis beliau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Selangor pada 1 Julai 2008 yang lepas.
2. Laporan polis beliau yang antara lainnya mendedahkan wujud konspirasi terancang di antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap Dato’ Seri Anwar dari pengetahuan umum.
3. Ini termasuklah tindakan kedua mereka yang berpakat untuk memalsukan laporan perubatan siasatan kecederaan Dato’ Seri Anwar yang menyimpulkan bahawa berlaku serangan fizikal yang serius ke atas beliau, di mana Gani telah bertindak memalsukan laporan perubatan tersebut dengan mengarahkan seorang pegawai perubatan, Dr. Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan satu laporan tidak bertarikh yang menafikan wujud serangan fizikal ke atas Dato Seri Anwar.
4. Kenyataan di atas disokong dengan merujuk kepada Para 10 Laporan Polis Dato Seri Anwar:
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
No comments:
Post a Comment