DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

15 July 2008

Anwar setuju jumpa polis esok


Mutakhir) PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang semalam untuk memberi keterangan berhubung isu liwat mengubah tarikh untuk hadir di IPK Kuala Lumpur pada esok dan bukannya Khamis ini.
Beliau dijangka hadir pada pukul 2 petang.
Perubahan tarikh dari Khamis ke esok baru diputuskan dalam perbincangan antara polis dengan peguamnya, Sankara Nair ketika sidang akhbar yang dilakukan tadi.


BERITA TERDAHULU

Anwar tidak temui polis semalam, esok muncul di BPR

PETALING JAYA: Ketika polis sedang mempertimbangkan langkah susulan untuk menemui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang semalam untuk memberi keterangan berhubung isu liwat, esok bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menemui Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, anak guamnya itu akan berada di Ibu Pejabat BPR, Putrajaya untuk memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat di IPK Selangor awal bulan ini.

Sankara menyatakan demikian dalam surat yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin semalam.

BPR akan menemui Anwar selepas lima hari Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi keterangan kepada BPR berhubung laporan polis yang dibuat oleh beliau.Pada 1 Julai lepas, Anwar membuat laporan yang antara lain mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam pemalsuan keterangan membabitkan kes beliau dipukul pada 27 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.Ketika mengumumkan beberapa pilihan yang dipertimbangkan polis petang semalam, Bakri enggan mendedahkan pendekatan tersebut.

"Saya tidak akan memberitahu apakah pilihan yang kita ada tetapi ini merupakan satu proses perundangan Malaysia," katanya.

"Anda fikir sendiri (pilihan)," kata beliau pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada pukul 3.30 petang semalam.

Menurut Bakri, Anwar telah dipanggil untuk direkodkan rakaman percakapannya di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah iaitu satu proses penyiasatan yang normal.

"Dalam proses penyiasatan kami, kami mengikuti proses perundangan yang sedia ada dan pemanggilan Anwar untuk merakamkan percakapannya (Sekyen 112) merupakan proses perundangan," jelas beliau.

Bakri berkata, proses merakam percakapan merupakan satu peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak polis kepada Anwar.

"Pihak polis telah memberi ruang yang secukupnya untuk Anwar memberi keterangan. Kami menunggu kira-kira 80 minit tetapi beliau tidak muncul sebagaimana yang telah dipersetujui Sabtu lalu," katanya.

Pada Sabtu lalu, Anwar telah bersetuju untuk datang ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung isu liwat membabitkan bekas pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada bulan lalu.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini iaitu dua hari sebelum laporan itu dibuat.

Selain itu, Bakri berkata laporan-laporan di internet yang mengatakan bahawa Anwar telah menghantar kenyataan kepadanya merupakan satu khabar angin.

"Sepanjang hari ini saya berada di balai polis Bukit Aman dan saya tidak menerima sebarang surat sejak 6 pagi tadi," kata Bakri.


Nadi REFORMIS


AMK Gelang Patah

No comments: