DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 July 2008

Ahli BN Sabah, Sarawak minat jalin kerjasama


KUALA TERENGGANU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).


Pengarah Strategi PKR Pusat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan positif tersebut turut melonjakkan keyakinan PR terhadap sasaran yang ditetapkan iaitu membentuk kerajaan pakatan pada 16 September depan. Menurut beliau, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) berlalu, pihaknya mendapati wujud perasaan tidak berpuas hati di kalangan Ahli Parlimen BN di kedua-dua negeri berkenaan sehingga memaksa pemimpin PKR berkunjung ke sana.


“Kita diundang untuk mendengar masalah mereka dan hasilnya kita membuat kesimpulan mereka menunjukkan minat yang terlalu tinggi untuk bekerjasama dengan kita dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir dalam satu ceramah penerangan berkaitan isu membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pasaraya Mydin di Kuala Ibai, di sini malam kelmarin.


Menurut Saifuddin, Ahli Parlimen PR kini berada pada angka yang cukup munasabah untuk membentuk sebuah kerajaan baru seperti mana telah dimaklumkan sebelum ini dan ia bakal menjadi kenyataan walaupun pelbagai dugaan berlaku sekarang. Ahli Parlimen Machang itu memberitahu, Anwar juga turut membayangkan dirinya akan ditahan oleh pihak berkuasa ekoran pendedahan satu laporan perubatan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan sebenarnya tidak diliwat sebagaimana dilaporkan.


Bagaimanapun katanya, rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September akan diteruskan walau apa juga yang berlaku ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana PR digerakkan secara kata sepakat atau sebulat suara. Mengulas kenyataan berbeza Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat UMNO dan Pas bermuzakarah beliau menjelaskan perbezaan pendapat merupakan satu proses yang mampu mematangkan pakatan.


“Perbezaan pendapat itu sebenarnya proses mematangkan dan gambarannya adalah bagaimana pimpinan menguruskan perbezaan itu dan saya yakin pimpinan PR akan mampu menguruskan perbezaan pendapat ini dengan baik,” katanya.

No comments: