Justifikasi Sekarang , beberapa tindakan awal pihak – pihak tertentu , sebagai persediaan awal bagi menjustifikasikan DSAI ditangkap , telah bermula seperti sekatan jalan raya di seluruh negara oleh pihak polis DAN latihan bersama polis dan tentera.
Baca petikan dalam KENYATAAN 1, KENYATAAN 2 dan KENYATAAN 3 , di bawah. Ianya adalah berkaitan.
Seperti yang dikatakan oleh DSAI , kebarangkalian beliau ditangkap tidak boleh ditolak begitu sahaja
Kenapa DSAI perlu ditangkap ?
Untuk mengelakkan berlaku kejatuhan kerajaan UMNO/BN menjelang 16 September 2008 ?
Untuk memperlahankan kejatuhan kerajaan UMNO/BN menjelang 16 September 2008 ?
Untuk mengekalkan kerajaan UMNO/BN yang telah ditolak oleh rakyat terbanyak ?
Siapa yang akan mengeluarkan arahan DSAI ditangkap ?
PM
Perdana Menteri , iaitu pihak yang berkepentingan secara langung dengan pemerintahan dan kuasa , berkemungkinan akan memberikan arahan kepada pihak Polis bagi menangkap DSAI dan menyimpan atau menahan di lokap Bukit Aman , atau lain – lain tempat yang difikirkan sesuai Perdana Menteri sudah tentu , sedaya upaya dan seboleh mungkin akan mempertahankan kuasa yang dipegang selama ini
Menteri Dalam Negeri
Sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung didalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam , sudah tentu dengan kuasa yang ada pada nya boleh mengarahkan pihak polis untuk membuat tangkapan dan seterusnya menahan DSAI
Ketua Polis Negara
Kuasa eksekutif terletak di tangannya. Dengan arahan Perdana Menteri dan/atau Menteri Dalam Negeri , beliau boleh mengarahkan anak – anak buahnya menangkap DSAI dan menahan di lokap Bukit Aman atau lain – lain tempat yang difikirkan sesuai. Ditambah lagi dengan kes aduan bertulis DSAI ke atas KPN bersabit tuduhan memalsukan bukti kes bagi tahun 1998. Sekarang adalah masa yang bermanfaat untuk bertindakbalas.
Peguam Negara
Pihak yang dituduh dengan kes aduan bertulis DSAI ke atas KPN bersabit tuduhan memalsukan bukti kes bagi tahun 1998. Sekarang adalah masa yang bermanfaat untuk bertindakbalas.
Adakah DSAI akan dipukul dalam lokap tahanan polis ?
Kemungkinan ini tidak dapat ditolak mentah – mentah
Sejarah telah menunjukkan pada tahun 1998 ,
lebam mata kiri akibat pukulan maut orang tertentu ,
semasa DSAI berada didalam tahanan polis yang dikatakan selamat.
Walaupun polis akan memberikan jaminan keselamatan DSAI
Harus jangan lupa , beberapa minggu lalu , gerakan dan operasi membunuh DSAI , yang mungkin didalangi pihak –pihak tertentu di negara ini , telah berjaya digagalkan oleh DSAI.
Apa pilihan yang ada pada kita ?
Lihat dan tengok keadaan
Melakukan rusuhan
Turun ke jalan – jalan raya
Pilihan ini telah diberikan tips oleh TGHH , beberapa hari lalu , selepas sahaja Protes Sejut Rakyat. Inilah kaedah yang paling praktikal untuk menunjukkan bantahan kepada Perdana Menteri dan kerajaan UMNO/BN
Menghantar memorandum kepada DYMM Agung
Kita boleh memulakan doa , sembahyang hajat dan munajat secara berjemaah atau bersendirian
Nota
Seharusnya tuan – tuan dan puan – puan sudah ada perancangan tersendiri
Walaubagaimanpun , jangan sekali – kali menimbulkan rusuhan dalam mana – mana program yang dianjurkan kelak.
Sekiranya tuan – tuan dan puan – puan ada memiliki KAMERA DIGITAL atau VIDEO RECORDER , rajin – rajinlah dan selalu – selalulah membawanya sepanjang masa. Mungkin ada sebarang kejadian yang tidak diingini dan provokasi yang dicetuskan oleh pihak – pihak tertentu , seperti CAWANGAN KHAS dan lain – lain , maka bolehlah dirakamkan dan dijadikan sebagai barang kes atau bukti.
Soalan
1. Adakah kita akan membiarkan begitu sahaja DSAI ditahan ?
2. Adakah kita akan membiarkan begitu sahaja DSAI berkemungkinan dibunuh dalam lokap
tahanan polis di Bukit Aman atau lain – lain tempat ?
3. Adakah rakyat terbanyak akan senyap dan duduk diam sahaja , melihat perlakuan polis dan kerajaan UMNO/BN ?
4. Adakah tahap kemarahan rakyat terbanyak terhadap kerajaan UMNO/BN akan meningkat secara mendadak ?
5. Adakah kerajaan UMNO/BN akan bertambah kukuh ?
6. Adakah kerajaan UMNO/BN akan betul – betul jatuh kali ini ?
Kepada Allah kita berserah dan bertawakkal.
Kenyataan 1
Perhimpunan dilarangOleh Jalal Ali Abdul Rahim, Zulhilmi Hat dan Nik Sukry Ramlibhnews@bharian.com.myMahkamah Majistret perintah usah berkumpul di Parlimen
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyokong Pakatan Rakyat serta mana-mana orang berkenaan, berada atau berhimpun di perkarangan Parlimen atau lingkungan lima kilometer dari bangunan itu, hari ini.
Perintah yang ditandatangani Majistret Nazran Mohd Sham itu dikeluarkan atas permohonan polis selepas mendapat maklumat bahawa satu perhimpunan bagi menyo- kong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di perkarangan Parlimen hari ini. Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah berpuas hati bahawa Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan penyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan perhimpunan itu walaupun tidak memohon permit.
Kenyataan 2
Jika ditangkap - Anwar mahu PAS, KeADILan dan DAP teruskan perjuanganIzwan Abdul Halim Sun Jul 13, 08 2:40:23 pm MYT
KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu PAS, KeADILan dan DAP untuk meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya apa-apa terjadi kepada beliau. Beliau juga mahu agar rakyat turut sama meneruskan agenda perjuangan bersama pemimpin Pakatan Rakyat seandainya kemungkinan beliau dipenjara semula. Perkara itu ditegaskannya semasa menyampaikan ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' bersama-sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah di sini semalam. Menjawab pertanyaan media bahawa wujud khabar angin yang mengatakan pihak keselamatan akan melakukan sesuatu ke atasnya, Anwar tidak menolak kemungkinan itu. "Kita tidak tolak kemungkinan itu sebab kita pernah lalui dan watak yang sama juga masih main peranan, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak tolak kemungkinan. "Dulu kita tolak kemungkinan perkara itu berlaku, jadi kemungkinan itu ada. Saya cuma harap harap kali ini mereka hormat proses undang-undang,"ujarnya pada sidang media selepas ceramah tersebut.
Kenyataan 3
Protes tindakan polis, Anwar tidak mahu ke IPK
Anis Nazri Mon Jul 1
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan tidak akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur, hari ini, seperti yang dilaporkan semalam. Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, keputusan itu diambil memandangkan tindakan pihak polis mendatangi rumah Anwar bagi menyerahkan suatu perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada Sabtu, 12 Julai lalu. Malah, katanya pada Ahad, 13 Julai, pihak polis sekali lagi datang ke rumah Anwar dan mengganggu serta menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut. Pihak polis,mendakwa beliau enggan meninggalkan rumah Anwar dan menyebabkan keluarga Anwar berada di dalam ketakutan. "Pihak polis dan anakguam saya (Anwar) telah mengambil kata sepakat untuk hadir di IPK hari ini, bagaimanapun dengan tindakan intimidasi ini, anakguam saya tidak akan hadir kerana terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional polis," tegas beliau dalm kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini.
Anwar juga, menurut Sankara bersedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang.
Nadi Reformis
AMK Gelang Patah
No comments:
Post a Comment