DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 July 2008

Pendirian asal SAPP kekal

KOTA KINABALU 8 Julai - Parti Maju Sabah (SAPP) menegaskan ia masih tidak berganjak dengan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Richard Yong berkata, SAPP juga akan meneruskan tindakan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

"Kita tidak mahu usulkan undi tidak percaya sekarang kerana bimbang pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan menuduh SAPP bersifat perkauman.

"Ia juga kerana keadaan politik di negara ini yang tidak menentu kebelakangan ini dengan pelbagai isu yang mengelirukan rakyat," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Pada 18 Jun lalu, SAPP mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah dan bersedia menyokong usul tidak percaya terhadap beliau di Dewan Rakyat.

Parti tersebut bagaimanapun enggan mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebaliknya bersedia menerima apa sahaja tindakan daripada Dewan Tertinggi BN.
Berikutan itu, Dewan Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada SAPP untuk dijawab dalam masa sebulan sebelum tindakan diambil terhadap parti tersebut.

Semalam, selepas hampir dua minggu tidak hadir di Parlimen, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui yang juga Naib Presiden SAPP memberitahu bahawa beliau akan terus kekal dalam BN serta tidak akan sesekali melompat menyertai pakatan pembangkang.
Richard berkata, laporan akhbar bahawa Soon Bui mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menarik balik keputusan tersebut adalah tidak benar.

"Kenyataan beliau disalah tafsir oleh media. Soon Bui tidak pernah menyatakan yang SAPP akan menarik balik keputusan untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri," katanya.

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

"Kerajaan yang Adil Disanjung, Kerajaan yang Zalim Dipancung "

No comments: