KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta pihak tertentu supaya menghentikan pembohongan demi pembohongan yang dicipta untuk memburukkan namanya.
“Hentikan pembohongan yang tidak berfaedah ini. Malah satu perintah mahkamah telah dikeluarkan untuk menghalang saya dari berada di Parlimen dan sekitarnya,” katanya.
“Hentikan pembohongan yang tidak berfaedah ini. Malah satu perintah mahkamah telah dikeluarkan untuk menghalang saya dari berada di Parlimen dan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata, aparat-aparat penguasa mengambarkan dirinya seolah-olah pengacau ketenteraman sedangkan yang menyusahkan rakyat ialah mereka yang takut akan bayang-bayang sendiri.
Dalam perkembangan yang sama, Anwar turut kesal bila diberitahu keadaan lalu lintas di sekitar ibu kota amat sesak berikutan tindakan pihak polis yang mengadakan sekatan jalan raya yang kononnya untuk menghalang perhimpunan di Parlimen.
“Kenyataan media yang diedarkan semalam jelas menyatakan bahawa saya dan Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam mengadakan sebarang perhimpunan di Parlimen dan sekitarnya.” tegasnya lagi sebagai mengulas dakwaan beliau dikaitkan sebagai individu yang akan memobilisasikan perhimpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment