DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 July 2008

Sorang lagi pemimpin AMK masuk Umno?

Hari ni aku tak larat nak layan SMS, siapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan yang akan keluar PKR dan menyertai Umno kerana Anwar seorang gay.Ini semua berikutan artikel Raja Petra semalam. And, in time, another PKR Youth leader will resign and will rejoin Umno on the excuse that Anwar is gay and has committed sodomy.

Aku malas nak fikir perkara ni, sebab dah lama aku agak, benda ini akan berlaku kalau meneliti ucapan-ucapan Ezam.“saya tak akan layan pendekar pendekar tempang PKR yang saya anggap seperti Cicak Mengkarung!“mereka mereka ini konon mau cabar saya bersumpah bahawa saya tak terlibat dengan konspirasi ke 2 kes liwat Anwar…

”“ saya suruh semua Cicak Mengkarung ini balek dan sampaikan kepada Anwar & Wan Azizah supaya kedua-dua mereka berani sebut dari mulut mereka sendiri bahawa saya terlibat dengan konspirasi yang mereka dakwa..”“

jika keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah mengatakan saya terlibat dalam konspirasi ke 2 kes liwat Anwar, dalam tempoh 24 jam, saya akan bersumpah dengan nama allah dengan kaedah yang dituntut dalam Islam untuk membersihkan nama saya dan lawan Anwar habis habisan..

”“saya dah rujuk kepada beberapa Ulama Muktabar dan saya dibolehkan untuk mendedahkan apa saja yang saya tahu walaupun perit dan mengaibkan mereka sekiranya diri saya cuba diaibkan dan maruah saya tercabar…”Ada dengar Anwar atau Wan Azizah sebut nama Ezam? Yang aku tengok, depa tak layan pun.

Tapi pasai apa Ezam tak henti-henti provoke Anwar? Sebab dia ada sesuatu yang nak dihebahkan.Jangan terkejut, kalau ada sidang akhbar tentang perkara ini nanti, kerana konspirasi ini sedang memasuki fasa ketiga. Mungkin kali ini, Anwar tidak berpeluang menjelajah negara untuk menerangkan keadaan kerana ditahan dilokap polis.Sementara itu, Kuala Lumpur sudah dikepung. Untuk menghalang orang PKR dari pergi keParlimen, atau untuk menangkap Anwar?

Dicatat oleh Mat Saman Kati

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

No comments: