YAB, Saya telah beberapa tahun menjadi Ketua Pemuda di kampung saya ini semenjak bapa saya menjadi Ketua Cawangan di kampung ini. Sempena musim pemilihan UMNO tahun ini, saya rasa tergerak dan teransang untuk mengutuskan surat sokongan saya kepada YAB Presiden.Saya tahu diwaktu ini YAB memikul tanggungjawab yang amat besar dalam mengetuai parti kita yang disayangi disamping mengetuai negara kita ini. Saya faham untuk memerintah negara ini amat sukar dan payah, kita kena mempunyai kekuatan yang kuat seperti YAB untuk memikul tanggungjawab ini. Sedangkan saya memimpin pemuda cawangan seramai 9 orang ini pun sangat sukar.
YAB, ramai orang kampung saya marah kerana YAB kerana menaikkan harga minyak tempohari, tetapi saya menyokong penuh tindakan YAB kerana ini langkah yang bijak. Saya tidak terasa terjejas sedikit pun dengan kenaikan harga minyak. Yalah saya memang duduk di kampung ini dan bekerja sebagai penoreh getah sepenuh masa hanya menunggang basikal setiap hari. Bagi saya biar padan dengan muka diorang, diorang ni memang pembangkang. Masa Pilihanraya tempohari, diorang nilah yang dok pasang poster dan bendera parti pembangkang.
Diorang ni pun satu tak faham-faham ke harga minyak seluruh dunia naik.Saya amat tidak setuju apabila ramai yang marah bila YAB hanya mementingkan keluarga YAB. Bagi saya biarlah YAB nak buat begitu, sebab YAB kan Perdana Menteri. Ikut suka YAB lah. YAB buat tak tahu aje dengan mereka-mereka ni, diorang tu bukan ape, diorang jeles dengan YAB. Lagipun siapa lagi yang nak bantu keluarga YAB, YAB lah. Betul tak YAB? Lagipun siapa lagi YAB nak percaya? Tentulah keluaraga sendiri. Lagipun mudahlah sikit urusan, nak buat keputusan sewaktu makan malam di rumah pun boleh. Lagi pun kurang sikit diorang melawan. Mudah untuk bahagi-bahagi kerja.
Seperkara memang saya tak setuju dengan orang ramai. mereka mengatakan YAB kuat tidur. Mereka ini sebenarnya tidak faham dan tidak tahu betapa penatnya YAB mentadbir negara. Saya faham, sedangkan saya yang bergelut dari 6.30 pagi hingga 10 pagi menoreh getah baru dapat RM 50 - 70 sehari ini kan pulak YAB yang dapat belasan ribu ringgit sebulan. Sudah tentu YAB amat penat bekerja. Kalau saya nak menoreh getah untuk dapat RM 3,000.00 sebulan pun saya tak mampu ini kan pulak belasan ribu. Sudah tentu YAB mempunyai tenaga yang amat gagah untuk dapat belasan ribu ringgit. Pasti YAB letih dan tertidur.
Bukan sengaja pun. Saya sarankan YAB perlu banyak berehat dan cukup tidur, saya tahu tulang empat kerat YAB amat letih kerana bekerja.YAB, saya ingin mengadu kepada YAB tentang kebodohan Timbalan YAB iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak. Apalah Dato' Seri Najib ni sebok sangat tentang Anwar Ibrahim dan pembantu khas dia datang lewat ke pejabat. Anwar kan pembangkang, mana ada kena mengena dengan kita ni. Biarlah dia datang lewat, dia tak datang pubn tak jadi masalah dengan kita. Ini tidak, sebok tak tentu pasal Anwar lewat. Saya nak tanya YAB, Anwar tu lewat kepajabat ke? Kalau masa Dr Mahathir tu patutlah Dr M marah, sebab dia datang awal tapi Anwar datang lewat.
Tulah sampai kena penjara. Dato' Najib kena faham, Anwar datang lewat pun banyak kerusi kita kalah, kalau dia datang awal mahu kalah kita. Jadi saya sarankan Dato' Najib janganlah menyebok.Akhir sekali, saya ingin mendapatkan surat sokongan daripada YAB untuk saya terus menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Terdapat beberapa orng yang ingin menjatuhkan saya, mereka memberi alasan umur saya sdah 41 tahun pada bulan Mei lalu. Jadi diorang tak benarkan saya bertanding Ketua Pemuda. Mana boleh macam tu, betul tak YAB?
Jadi saya ingin memohon jasa baik YAB untuk memberi sokongan kepada saya.
Yang Setia
Ahmad Idzham bin Abu Noh,
Ketua Pemuda UMNO,
Cawangan Kampung Keris Silang Totok,
Johor.
Nadi Reformis
AMK Gelang Patah
"Kerajaan yang Adil Disanjung, Kerajaan yang Zalim Dipancung "
No comments:
Post a Comment