DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 July 2008

Apakah polis sedang buat provokasi agar rakyat memberontak?



MENGAPA polis mahu meneruskan sekatan jalanraya sekitar Lembah Klang, jika dengan alasan yang dangkal dan mual. Sepatutnya, agensi kerajaan yang terlatih itu bertindak secara profesional dan bukannya berdasarkan "andaian".Soalnya, "andaian" siapakah yang pihak polis terima pakai hingga begitu rajin dan prihatin untuk mengadakan sekatan jalanraya itu. Apakah tujuannya, jika hanya untuk menaikan rasa amarah rakyat yang menggunakan jalanraya terbabit. Untuk menyusahkan mereka, hingga mereka terpaksa memboroskan minyak petrol dan diesel semata-mata terjebak dengan kesesakan jalanraya angkara polis.Inilah yang dikatakan provokasi.


Agar rakyat marah. Agar rakyat benci. Dan akhirnya mereka bertindak liar. Memberontak? Adakah ini yang dimahukan oleh Pak Lah? Ini semua kerja gila, kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu. Dari mana Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mendapat khabar mengenai 'kemungkinan' suatu perhimpunan besar akan dianjurkan dalam masa terdekat? Mengapa polis masih bertindak mengikut "andaian" dan khabar angin?Polis patut tahu bahawa sekatan jalanraya tidak pernah mematahkan kaki rakyat untuk berhimpun jika benar ada perhimpunan dan tunjuk perasaan. Sekatan polis bukan kayu ukur dan pagar duri yang gagah menghalang mereka berkumpul.


Tidak perlu polis berbuat demikian dan percaya dengan desas-desus seperti itu.Apakah ini petanda baru, kerajaan BN yang dipimpin Pak Lah bakal tumbang dan tumpas menjelang September ini. Macam Debat Minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery, rata-rata penonton memberikan kredit kepada Anwar, bukannya kepada Shabery. Shabery hanya dilihat sebagai belaci Pak Lah dan tidak menyebelahi rakyat yang susah dan disusahkan dengan kenaikan harga minyak secara drastik itu.Apa bezanya dengan tindakan polis sekarang. Sekatan akan menyebabkan jalan sesak.


Semua kenderaan bergerak perlahan atau terhenti terus. Tetapi terus minyak dibakar, duit tetap keluar. Kehidupan rakyat tambah derita dengan langkah bodoh pihak polis ini. Janganlah angkara minyak naik, maka darah rakyat juga mahu dinaikkan. Apakah yang Pak Lah dapat dengan tindakan gila sebegini?


Nadi REFORMIS


AMK Gelang Patah

No comments: