DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 July 2008

Manipulasi fakta: Anwar sambung keterangan di BPR, Musa fail saman


(Mutakhir) PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini pagi ini untuk kali kedua dalam seminggu untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula hari ini saman bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Anwar telah memberi keterangan Rabu lalu berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba di BPR kira-kira pukul 9.50 pagi dengan ditemani peguam R. Sivarasa.


Dalam pada itu, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.Musa menuntut ganti rugi dalam jumlah yang tidak dinyatakan dan juga injunksi untuk melarang Anwar daripada mengulangi dakwaan itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Musa dan Gani terlibat dalam memalsukan fakta beliau dipukul Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada 1998.
Abdul Gani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes itu.


Rabu lalu Anwar memberikan keterangan lebih dua jam dan kemudian ditahan polis berhubung dakwaan meliwat.


Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan itu minggu lalu, Anwar berkata, beliau telah memberikan semua keterangan yang diperlukan dan bukti berhubung laporan itu kepada BPR.


"Saya berasa puas hati kerana pegawai-pegawai BPR telah mencatat semua dan mengesahkan, tetapi belum selesai kerana banyak keterangan lain yang dikehendaki.


"Tapi saya memohon maaf kerana saya telah menerima waran tangkap untuk segera hadir di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur dan saya tidak mahu lambat," katanya.
Beliau berkata keterangan yang diberikan oleh beliau meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik.


"Saya akan kembali seberapa segera (untuk menyambung memberi keterangan)," katanya

No comments: