Saifuddin Nasution Ismail ketika mengunjungi kami di Pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, baru-baru ini...
Muqaddimah: Isu “liwat” yang menggodam Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah melambatkan kerja-kerja penghijrahan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini. Sudah tentu, usaha menumbangkan BN tergendala. Apa persepsi Pengarah Strategik KeAdilan, Sdra. SAIFUDIN NASUTION yang juga Ahli Parlimen Machang dalam merungkaikan kemelut yang dikatakan sarat dengan komplot dan konspirasi ini. Ikuti interbiu saya dan wartawan ANIS NAZRI bersama beliau.
Soalan: Apa hubungan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hingga membentangkan akuan bersumpahnya pada sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim? Rakan atau apa…
Saifuddin: Bala ditemani peguam dia, yang telah memaklumkan kepada kita berkenaan dengan akuan bersumpah sepertimana butiran terkandung. Apa yang mendorong beliau untuk tampil membuat akuan itu ialah kerana beliau mengikuti perbicaraan Altantuya. Dia melihat pihak pendakwaraya telah menutup penghujahan. Dia kemudiannya sedar banyak butiran maklumat yang diberi kepada polis ketika disoalsiasat dahulu, tidak dijadikan sebahagian dari keterangan penghujahan. Atas sebab itu, dia tampil untuk berbuat demikian setelah peguamnya berhubung dengan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah, yang kemudiannya membuat sidang media bersama.
Tapi kenapa Bala menarik semula akuan bersumpah itu keesokan harinya? Ia mengundang banyak persoalan dan persepsi nakal dihujahkan.
Perbuatan menarik balik akuan itu sudah tentu menimbulkan banyak persoalan. Malah, dalam sidang media itu dia ditanya oleh seorang wartawan sama ada dia memikirkan keselamatan beliau apabila membuat akuan tersebut. Dia jawab beliau mempunyai isteri dan tiga orang anak dan perkara tersebut memang menjadi kebimbangannya. Dipercayai, memang betul kemudiannya dia dipanggil ke balai polis dan tampil membuat penafian dan kini menghilang. Kehilangan ini satu perkembangan yang memeranjatkan. Diharapkan pihak polis menjalankan kerja-kerja secara profesional. Keadaan ini bukan clear the doubt tapi menambahkan lagi kecurigaan.
Bala hilang penuh misteri. Apa yang boleh ditanggap atas kehilangan mengejut ini?
Banyak kemungkinan yang boleh kita sebut. Tapi biarlah kita tidak membuat sebarang andaian. Saya cuma menaruh harapan supaya polis profesional kerana tindak-tanduk polis kini diperhatikan, bukan sahaja dalam negeri, tetapi juga luar negara.
Baik, tiba-tiba saja isu ‘liwat” muncul ketika rakyat menunggu Pakatan Rakyat membina Kerajaan Persekutuan yang baru. Apa sebenarnya...
Pertama kerana kerajaan BN tidak pernah cuba belajar daripada sejarah. Khususnya sejarah 1998! Dalam keadaan dimana pelbagai instrumen pemerintah digunakan untuk menghancurkan Datuk Seri Anwar, institusi makamah, institusi peguam negara, institusi kepolisian, institusi media, bahkan kehakiman dan parlimen -- digerakkan dengan sedemikian rupa untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik, tetapi mengaib dan menjatuhkan maruah. Berkenaan agenda reformasi dalam pelbagai cabang pemerintah.Namun, dengan insiden terkini saya boleh tafsirkan kerajaan BN tidak pernah mahu belajar daripada sejarah bahawa menyalahgunakan seluruh instrumen hanya untuk satisfy motif politik sebenarnya ditolak oleh rakyat.
Nampaknya ada “konspirasi politik”. Itu yang disebut-sebut. Bagaimana Saudara yang hampir dengan Anwar melihat ini satu komplot baru untuk menumbangkan beliau dan Pakatan Rakyat?
Hal ini begitu jelas. Selepas prestasi yang begitu cemerlang ditunjukkan oleh Pakatan dibawah leadership Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan pimpinan Pakatan yang lain. Prestasi yang tidak diduga dan menggegarkan sekaligus mengubah landskap politik negara. Serentak dengan itu BN melalui tahap-tahap yang cukup sukar. Seluruh komponennya berada dalam keadaan cukup kacau-bilau. MCA dengan masalah skuad pengintipnya. Gerakan tiba-tiba menjadi lemah, lesu dan tak bermaya dengan peralihan kepimpinan Kheing Yeik kepada Tsu Koon. PPP itu hampir tidak kedengaran lagi. MIC juga sedang melalui proses itu. Sudah ada gerakan terbuka mencabar dan mempertikaikan kepimpinan Samy Vellu.Komponen BN di Sabah Sarawak juga menyuarakan protes dan rasa tidak senang hati secara terbuka. Kemelut itu dialami oleh kepimpinan BN pasca PRU. Sementara Pakatan pula tekun melakarkan tarikh, jangkamasa dan diumumkan secara terbuka oleh Anwar tentang peta laluan itu. Sudah tentu ini memberikan satu tekanan yang cukup kuat kepada pemerintah. Di satu sisi yang lain, bergelut pula dengan pelbagai isu politik seperti kenaikan kos bahan bakar, kos kehidupan serta adanya pertikaian ke atas kelemahan kepimpinan Abdullah Badawi yang dilihat sebagai beban kepada teruknya prestasi BN itu. Bertolak kepada latar belakang itulah Anwar mengumumkan satu persefahaman politik pembangkang atau Pakatan serta meletakkan satu timeline sebagai jadual untuk menuju kepada peralihan politik dalam negara.Ini membina satu justifikasi atau alasan yang cukup kuat untuk kemudiannya pihak pemerintah terpaksa menggunakan jalan yang cukup kotor, jijik dan hina ini dengan sekali lagi memutarkan skrip lama 1998 dengan menuju kepada topik sodomy melibatkan Anwar. Dengan harapan rakyat akan menjauhi Anwar, kerjasama parti-parti Pakatan akan terjejas serta menangguh seketika usul undi tidak percaya ke atas Pak Lah dan dapat menyekat buat seketika kalau ada minat yang ditunjukkan oleh ahli parlimen BN terhadap Anwar dengan diwujudnya isu ini. Maka, sudah tentu semua kriteria ini menjurus kepada satu perkataan sahaja iaitu “konspirasi politik”.
Saudara setuju wujudnya konspirasi politik? Bagaimana ini terjadi? Boleh ceritakan sedikit rentetan peristiwa hingga membawa kepada sidang media pertama di Hotel Quality Inn jam 2.00 pagi dan mencari perlindungan di Kedutaan Turki…
Pertemuan hari itu adalah pertemuan yang dijadualkan iaitu re-treat pimpinan parti. Anwar adalah seorang yang sangat concern tentang performance dan Persiapan tentang tangungjawab ahli-ahli YB Parlimen, DUN khususnya dan juga pimpinan Keadilan keseluruhannya. Untuk itu, program re-treat itu diadakan. Dan kebetulan minggu itu diadakan di Hotel Quality Inn. Ketika sedang mengendalikan mesyuarat Majlis Tertinggi, kira-kira jam 8.30 pagi, Anwar kemudian memaklumkan berkenaan dengan perkembangan yang berlaku. Ia cukup mengejutkan di kalangan pimpinan parti Keadilan pada saat mengikuti mesyuarat tersebut. Beliau menjelaskan berita bahawa adanya aduan polis melibatkan budak pejabatnya (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dibuat. Beliau juga menerima maklumbalas awal daripada pihak hospital Kuala Lumpur, dimana pegawai berkenaan dibawa menjalani rawatan doktor dan juga aduan polis dibuat keatasnya dalam daerah tanggungjawab Balai Polis 'Jalan Travert' yakni di Balai Polis Hospital KL.Untuk itu, Anwar mengingatkan seluruh pimpinan agar bertenang dan bersedia untuk menempuh satu lagi cabaran dan ujian, yang Insya-Allah boleh dilalui dengan jaya tetapi dengan syarat mengekalkan perpaduan dan perhubungan sesama kita. Anwar meninggalkan Mesyuarat Majlis Tertinggi lebih awal dan menyerahkan tugas kepada Timbalan iaitu Dr. Syed Husin Ali. Kemudian, beliau ke biliknya di Hotel Quality ditemani oleh teman-teman rapat dan peguam.
Saudara dimana pada waktu itu?
Saya ada. Kebetulan turut menemani Anwar sehingga ke bilik. Di situ kita menerima briefing yang lebih detail daripada Anwar tentang kronologi peristiwa berdasarkan maklumat-maklumat yang sebelumnya diperolehi oleh beliau daripada pelbagai sumber di dalam dan di luar kerajaan. Kesimpulannya cukup jelas iaitu mereka meletakkan Anwar sebagai sasaran untuk menghancurkan politik dan nama baiknya, memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dan penyokong. Sekaligus memberikan nafas kepada BN untuk meredakan keadaan terhadap ancaman daripada Pakatan. Kita kemudiannya beralih kepada mendapatkan pandangan daripada para peguam tentang bagaimana cara untuk menghadapi perkara ini. Kita turut mengumpulkan beberapa individu untuk mendapatkan versi yang lebih tepat tentang watak yang kali ini ditonjolkan sebagai perkakas untuk menghancurkan Anwar. Rundingan, perbincangan dilakukan dan akhirnya kita bersetuju bahawa pada saat itu sudah nampak tanda-tanda bahawa skrip 1998 akan berulang, dimana pegawai-pegawai yang dekat dengan Anwar akan dipaksa untuk mereka melancarkan fitnah baru dengan plotnya ialah sodomy dan diikuti dengan penangkapan Anwar. Itulah skrip 1998 dan tangkapan itu cukup ganas. Masing-masing yang menemani beliau itu mempunyai pengalaman 1998. Saya berada di kediaman Anwar di Bukit Damansara pada 20 September 1998. Dan pertimbangan kita ialah pertimbangan nyawa Anwar dan keluarganya itu mestilah diutamakan melampaui kepentingan lain. Kepentingannya ialah keselamatan diri berasaskan kepada pengalaman 1998.
Macam mana timbul idea untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki, tidak di tempat lain?
Sudah tentu komunikasi kita ialah melihat kepada kedutaan-kedutaan yang friendly. Komunikasi itu membawa Anwar dan pegawai berhubung dengan rakan-rakan pimpinan dari Turki yang kemudiannya menawarkan Anwar untuk tinggal di kedutaan; purely semata-mata kebimbangan keselamatan. Setelah itu keputusan dibuat bahawa Anwar kemudian dibawa ke sana lebih kurang jam 6.00 pagi oleh teman-teman. Kita fikir itu langkah yang bersifat sementara iaitu sementara kerajaan Malaysia boleh memberi jaminan keselamatan DSAI.Semalam Datuk Najib dan Datuk Syed Hamid terus memberikan keterangan bahawa tidak pernah menjadi amalan politik di Malaysia, membahayakan lawan politik. Jaminan keselamatan diberikan oleh pihak polis dan TPM, walaupun insiden Anwar dipukul pada tahun 1998 masih menghantui kita. Tetapi kita ambil atas safe value apabila jaminan itu diberikan dalam tempoh kurang 48 jam. Anwar kemudiannya membuat keputusan keluar daripada kedutaan pada sekitar jam 6.45 petang dan terus kembali semula ke tempat penginapannya. Dan kita mengadakan pertemuan semalam sehingga jam 3.00 pagi untuk membincangkan langkah berikutnya. Itulah perkembangan yang berlaku.
Bila Anwar dikatakan mendapat ugutan bunuh? Maksudnya lanskap persekitaran politik menjadi tidak selamat…
Sebenarnya maklum balas tentang perkara (ugut bunuh) tersebut diterima beberapa hari sebelum itu lagi. Bahkan Anwar juga menerima pelbagai feedback daripada kalangan penyokong di dalam dan di luar kerajaan. Bukan sahaja dalam tempoh seminggu itu, Anwar sendiri terima lebih awal daripada itu. Kita mengambil langkah berjaga-jaga, sebab dalam tempoh kempen PRU sampailah minggu lepas, maklumat itu disampaikan dari semasa ke semasa dalam pelbagai versi. Sumber-sumber itu Anwar pun sebut daripada bulletin intelligence daripada polis sendiri. Aspek itu tidak boleh kita abaikan kerana Anwar telah 17 tahun berada dalam kerajaaan. Hubungannya itu masih intact dalam kerajaan. Bila mereka itu melihat bahawa perkara-perkara ini di luar batasan norma kemanusiaan, mereka sendiri tak boleh nak menerima sebab itu mereka berkongsi maklumat. Kemuncaknya, apabila perkara ini sekali lagi berlaku. Sebab itu kita mengambil ingatan bahawa maklumat-maklumat berkenaan ancaman yang menjejaskan dan mengancam nyawa, kita perlu bagi perhatian. Sebab itu kita harus memilih satu tempat yang kita anggap friendly party dan berdasarkan kepada rekod hubungan Anwar dengan pimpinan Turki, kita merasakan itulah tempat paling ideal untuk beliau pergi.
Tidakkah isu “liwat” ini boleh mengubah pendirian ahli-ahli parlimen BN untuk berhijrah dan sekaligus memusnahkan impian Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Untuk tujuan sementara, iya. Untuk menangguhkan atau melambat jadual yang kita tentukan itu, tujuan dan matlamat itu tercapai. Dari sudut keyakinan di kalangan mereka yang telahpun ditemui dan menyatakan kesanggupan itu, saya secara peribadi menyatakan bahawa ia tidak berubah. Sebab dalam masa 72 jam waktu temubual yang kita buat inipun, komunikasi itu masih berjalan. Mereka menghubungi Anwar menyatakan simpati, sokongan dan jaminan mereka yang berterusan. Itu sangat jelas. Anwar berkongsi dengan kita malam tadi waktu pertemuan dengan teman rapat terdekat dalam merencanakan langkah yang patut kita jalankan selepas ini. Maklumkan mesej, email, panggilan telefon yang beliau terima; semuanya itu melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya sama sekali bahawa pemerintah masih boleh melakukan tindakan yang dianggap cukup rendah. Dari sudut itu, saya tidak menganggap bahawa tuduhan liwat yang terbaru ini akan menjejaskan. Tapi kalau nak kata 'melengahkan' sedikit, saya setuju. Sebab Anwar terpaksa berdepan dengan keserabutan itu.
Dari segi keperluan yang dikatakan “komplot konspirasi”, PM dilihat lemah. Unsur undi tidak percaya ada. Semua ini menuntut PM supaya melepaskan jawatan. Bagi saya, yang betul-betul memerlukan kepada “konspirasi” ini ialah TPM. Bagaimana nak kata tentang hal ini?
Kemelut yang sedang dialami oleh Malaysia selepas PRU ialah kemelut kepimpinan. Kesannya kepada aspek kehidupan yang lain; ekonomi, kehidupan rakyatnya. Isu kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi juga dalam BN dan Umno adalah sangat jelas dan menjadi rahsia umum. Apabila proses post-mortem parti dibuat mengenai prestasi buruk dalam PRU, dari Perlis hingga ke Sabah yang diketuai oleh Pengerusi Pengurusan iaitu Datuk Najib, Naib Presiden Jawatankuasa Pengurusan Pemuda, Wanita, Setiausaha Agung, Bendahari dan lain-lain; mereka balik dengan satu berita tanpa segan silu mengatakan bahawa Pak Lah perlu berundur. Itu sangat jelas.Datuk Najib adalah seorang yang dianggap sebagai senior politician. Beliau boleh membaca sentimen lapangan dengan baik.Isunya apa? Sama ada dia punya keberanian untuk memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Di London, Datuk Najib memberi kenyataan bahawa beliau adalah seorang ahli parti yang patuh dan komited dengan formula peralihan yang menjanjikan kestabilan. Tetapi sejurus selepas Majlis Mesyuarat Tertinggi BN yang terakhir, bila ditanya, jika sekiranya pencalonan dibuat ke atasnya untuk bertanding Presiden daripada bahagian-bahagian, apakah pendirian beliau? Reaksinya; "saya akan buat keputusan pada saat itu".. Ini adalah jawapan open-ended yang memberikan tafsiran bahawa Najib tidak semestinya menolak.Itu sebenarnya, memberitahu isyarat yang sangat jelas kepada Pak Lah. Inilah krisis yang berlaku. Maka, jika kita nak kaitkan dengan konspirasi, kalau ia nak direka; kesemuanya menjurus kepada keperluan Najib berbanding Pak Lah. Ertinya dengan melakukan konspirasi ini Najib berjaya meminggirkan Anwar pada sangkaannya. Supaya Anwar bergelut dan berserabut dengan itu terbaru ini menyebabkan Anwar sudah tak boleh fokus lagi kepada tumpuan formula peralihan kepimpinan kerajaan melalui keadah yang telah diumumkan secara terbuka oleh Anwar. Sangkaan Najib ialah dengan kaedah ini, dia berjaya meminggirkan Anwar buat sementara. Cukup untuk dia berhadapan Pak Lah dan melayan balik sokongan, dan mengurusnya daripada akar umbi. Itu significantnya konspirasi ini dibuat dan kesemuanya menjurus kepada suit atau fit betul-betul dengan politik Najib.
Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

No comments:
Post a Comment