DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 July 2008

Isu sebenar tidak dibincang, bermulalah “Character Assasination”…

Posted by aminiskandar@black

Hari ini, Hospital Pusrawi membuat sidang akhbar untuk menyatakan sokongan mereka terhadap konspirasi politik regim Abdullah - Najib untuk mengaitkan Anwar dengan kes liwat sekaligus untuk menutup peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dimana-mana kawasan.

Selain daripada itu, Pusrawi telah membantu kerajaan dalam usaha untuk melakukan “character assasination” terhadap Dr. Mohamed Osman, doktor dari Burma yang bertanggungjawab menggeluarkan laporan yang mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Pengurus Besar Pusrawi turut menyatakan bahawa Dr. Mohamed Osman hanyalah seorang pegawai perubatan dan tidak menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat terhadap Saiful. Akan tetapi, ketika ditanya wartawan tentang apakah laporan perubatan yang sedang beredar diseluruh negara tersebut benar atau tidak, pengurus besar Pusrawi tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata “ia kelihatan sama (dengan salinan asal).”
Nampak sangat Pusrawi cuba mengalihkan perhatian daripada isu utama. Persoalan tentang laporan perubatan hospital tersebut yang mengesahkan Saiful tidak diliwat tidak dijawab. Akan tetapi, fokus telah dialih kepada Dr. Mohamed Osman. Kredibiliti doktor dari Burma kini dipersoalkan.

Dr. Mohamed Osman juga dikaitkan dengan sebuah organisasi yang dinamakan Riseap. Menurut laporan beberapa laman blog pro Umno / BN, Anwar dikatakan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi kepada organisasi tersebut.Akan tetapi, sehingga kini masih belum disahkan oleh Anwar atau pertubuhan tersebut.

Jelas sekarang isu sebenar ingin dialih! Perbincangan mengenai laporan perubatan Pusrawi tentang tiada kesan liwat terhadap Saiful tidak lagi dibincangkan. Yang dibincangkan ialah tentang Dr. Mohamed Osman yang dikatakan sedang menyorok daripada ditangkap oleh polis dan diperlakukan seperti P. Balasubramaniam.

Akan Datang:


Rakyat harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa PDRM akan menangkap dan menyumbat Anwar kedalam penjara dalam jangkamasa terdekat ini.

Kemungkinan terbesar, Anwar akan dibunuh jika liwat tidak dapat dikaitkan dengannya. Ini tidak mustahil, kerajaan Barisan Nasional dan jentera-jenteranya pernah melakukan perkara yang lebih hebat lagidaripada ini seperti pembunuhan yang berlaku di Kampung Memali, Baling pada tahun 1985.

No comments: