DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

15 July 2008

Masa debat di pendekkan sebab iklan

Oleh Tian Chua

Selasa, 15 Julai 2008

PADA bulan lalu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah diundang oleh akhbar portal Agenda Daily untuk berdebat satu tajuk yang menglibatkan dasar negara dan kepentingan rakyat.
Debat yang bertajuk "Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadualkan berlangsung pada 15 Julai, jam 9 malam pada asalnya akan disiarkan langsung melalui stesen televisyen TV3 dan Televisyen swasta Awani, dan stesen kerajaan RTM akan buat liputan tertunda. Namun sehari sebelum pendebatan ini, kami dimaklumkan dengan perubahan baru yang amat dikesali.

Pada saat-saat terakhir, TV3 batalkan siaran langsung, dan ditukarkan kepada stesen televisyen TV9. Akhirnya penyiaran hanya terhad kepada Bernama TV dan Astro Awani yang hanya mempunyai kira-kira 2 juta pelanggan dalam negara ini; dan TV9 satu-satunya stesen televisyen awam yang mempunyai liputan pelanggan yang terhad.Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan.Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut Barisan Nasional untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.Walau bagaimanapun, Anwar akan tetap menghadiri program Debat tersebut demi kepentingan rakyat umum.

Penulis merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan - Pengarang

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

1 comment:

Anonymous said...

sepatutnya pihak kerajaan menteri kewangan ke2,menteri yg menguruskan syarikat sendiri sampai bankrap....jaga2 menteri kewangan tersebut...takut negara menjadi terlalu miskin