DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 July 2008

Anwar sedia bersumpah


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya."Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya," katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini."Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.


"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya."Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan," katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama."Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah."Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.


Sedia berdebat


Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.


"Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini."Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?


Ketua umum PKR itu berkata, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:"Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.


"Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.
Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments: